Cryptocurrency
Jika sebelum ini saya ada berikan sedikit pendedahan mengenai cryptocurrency di dalam artikel mengenai bitcoin. Kali ini, saya ingin kupaskan lagi isu ini dengan lebih mendalam kerana saya melihat bahawa isu ini mempunyai isu lain yang mendatang.
Seperti yang anda semua sedia maklum, cryptocurrency ini adalah satu teknologi baharu dalam dunia kewangan. Ia adalah satu disruptive technology yang boleh mengubah sistem kewangan sedia ada. Namun, cryptocurrency ni masih lagi dalam fasa awal dan pelaburan masih di tahap sangat berisiko.
Anda sendiri boleh lihat risikonya pada salah satu cryptocurrency iaitu Bitcoin yang telah mengalami beberapa fasa kejatuhan sebelum ini. Begitu juga dengan cryptocurrency yang lain iaitu Ethereum yang juga telah mengalami kejatuhan dalam masa seminit baru-baru ini dari harga $319USD kepada $10cents, sebelum rebound kembali kepada harga asal. Kejatuhan secara mendadak ini telah menjadikan ramai pelabur mengalami kerugian daripadanya.
Apa yang boleh dipelajari adalah instrumen ini adalah hyperspeculative, jikapun ia legit. Hyperspeculative ini menyebabkan ramai orang tertipu untuk membeli cryptocurrency pada harga ia telah berada dipuncak. Sedangkan ianya hanya merugikan kerana saat mereka membelinya pada harga yang tinggi, pihak yang membuat spekulatif ini mengambil peluang menjual cryptocurrency mereka dengan harga tinggi.
Apabila ada puak-puak jerung besar yang melakukan perkara sebegini, sudah tentu ikan-ikan kecil di dalam market yang menjadi mangsa kerana harga pasaran telah jatuh apabila jerung-jerung besar ini menjual cryptocurrency mereka. Ini jugalah yang berlaku bukan sahaja ada market cryptocurrency, bahkan market lain-lain juga.
Cryptocurrency Malaysia
Kalau kat Malaysia, cryptocurrency ini telah dicemari oleh insan-insan scammer yang menjadikan ia sebagai salah satu medium untuk menipu wang orang lain. Terdapat pelbagai scam ponzi yang menggunakan cryptocurrency sebagai frontliner.
Sekiranya skim itu menjanjikan pulangan tetap, maka ia adalah ponzi. Jika ia menjamin pulangan yang tak masuk akal, ia hampir kepada ponzi. Jadi, jangan pula anda tertipu dengan skim sebegini walaupun mereka menggunakan medium cryptocurrency.
Jika sebelum ini, sudah banyak kes skim cepat kaya yang terjadi di Malaysia. Ada yang menggunakan medium emas fizikal, ada yang menggunakan medium forex, ada yang menggunakan medium hartanah, ada yang menggunakan medium lot hotel sewa di Mekah dan banyak lagi. Jadi tidak mustahil cryptocurrency seperti bitcoin juga menjadi salah satu medium skim mereka.
Mungkin orang Malaysia ni bijak sangat. Mereka tahu aje apa jenis income yang boleh menambahkan pendapatan dan taraf hidup masyarakat. Tapi, mereka menggunakannya pada jalan yang salah dan hanya mengambil kepentingan untuk diri sendiri dengan menganiaya orang lain.
Macam yang saya katakan tadi, cryptocurrency adalah jenis hyperspeculative. Kalau anda baru tahu semasa harga naik mencanak, anda telah terlambat. Jadi jangan dikejar lagi sebab kalau dikejar juga anda yang terperangkap di pucuk. Memang niat mereka nak jual ketika harga hyper supaya mereka dapat untung Tapi anda lah yang merana kerana beli kemudian harga jatuh teruk. Macam ni lah ragam dalam market.
Kalau anda nak terlibat dalam apa-apa market sekalipun cryptocurrency, tolong dapatkan ilmu yang betul tentang cara bermain di dalam market. Kalau ada yang ajak-mengajak untuk join skim mereka, konon boleh cepat tambah income, tolong dapatkan nasihat daripada orang yang betul, iaitu orang yang betul-betul mempunyai lesen kewangan yang sah dengan Security Commission dan Bank Negara. Tak salah untuk anda double check dengan Bank Negara sama ada mereka ni ada tersenarai dalam blacklist BNM tak. Mencegah tu kan lebih baik dari mengubati.
Kalau boleh, jangan biarkan diri anda dikaburi dengan pulangan yang tinggi. Kerana sifat tamak dan degil inilah ramai yang dah jadi mangsa skim-skim cepat kaya ni. Sehingga kini, masih ada banyak lagi skim yang aktif mencari mangsa untuk mereka tipu. Walaupun telah diuar-uarkan, telah dinasihat, telah diberitahu, tapi masih ada lagi insan yang tertipu.
.
.
Saya harap, anda boleh SHARE kan posting ini kepada rakan-rakan yang lain supaya tidak ada lagi insan yang tertipu dan menjadi mangsa skim cepat kaya ini. Kitalah yang harus bertindak menghalang skim ini dari terus menular kerana jika tidak kita, siapa lagi??
Anda boleh dapatkan artikel saya mengenai 'Cerita Di Sebalik Tabir Scammer' di SINI.