Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua..
Puasa sudah berlalu. Raya akhirnya kita. Ada yang dapat buat duit raya dengan trading gold?? Tahniahlah pada yang profit. Dengar cerita ada yang buat duit tambang balik raya, ada juga yang buat beli baju raya. Syokkan??
Apa jadi dengan market gold raya ni?? Minggu lepas dalam tf besar market gold masih dalam keadaan uptrend. tapi dalam tf kecil, market gold tengah downtrend. Price gold bermain di garis support yang saya buat dengan channel. Kita tengok lepas atau tak. Kalau tak lepas, gold uptrend lagi. Kalau lepas, kita tengok ke mana arah gold.
2 Julai 2017
Lihat chart gold dalam tf H4 di bawah ini.
Price telah memecahkan garis support pada lower channel namun tidak dapat melepasi garis support pada $1240. $1240 ini adalah psiko level yang menjadi garis support pada price gold,
Kalau anda lihat dalam tf H4 ni, sudah 5kali gold membuat percubaan untuk memecakan level $1240. Ada possibility untuk dia pecah esok.
Lihat pula channel dalam tf D1.
3 Julai 2017
Dalam trading ni satu je yang membolehkan anda ada skill iaitu kena selalu parktis. Dari pengalaman tersebut, anda akan mulai faham market dengan cara tersendiri.
Apa yang penting adalah proses yang anda kena lalui sepanjang trading. Proses tengok chart yang membolehkan anda familiar dengn chart. Jangan lari dari 3 pillars yang saya ajarkan.
1) method
2) money management
3) mindset
4 Julai 2017
Lihat tf H1 dan H4 di bawah ini.
Market gold telah berjaya melepasi garis support pada psiko level $1240.
Lihat pula tf D1 di bawah ini.
Anda boleh lihat ke mana arah perjalanan gold setelah dia membuat breakdown semalam. Jika lihat kepada tf H1, gold akan naik semula untuk mencari nafas di daily pivot. Untuk pemerhatian tf H1 tiada tanda-tanda lagi yang gold akan membuat correction yang besar.
Namun jika anda lihat kepada Daily chart ada 'kemungkinan besar' juga akan berlakunya tweezer bottom. Apa-apa hal kita lihat nanti. Just follow aje market okay.