Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Bagaimana dengan result trading anda? Adakah anda dapat sauk profit minggu lepas??
Jika anda perhatikan, market gold telah membuat pendakian di dalam channel yang saya lukiskan pada posting saya sebelum ini. Saya meletakkan target yang market gold akan ke arah garis upper channel. Kiranya siapa yang masuk posisi buy ketika market gold masih lagi di garis lower channel, memang dah dapat untung lah kan? Jauh tu pendakian dari lower ke upper channel.
So, untuk minggu ni bagaimana pula dengan keadaan market gold ya??
17 Julai 2017
Lihat market gold pada hari ini dalam chart H1 di bawah ini. Kalau ada rezeki hari ni, gold akan balik rumah.
Kalau anda tengok pada trend gold sekarang ni dia masih lagi uptrend macam dalam chart saya tunjuk pada posting sebelum ni.
Cumanya sekarang ni, anda boleh lihat situasi market gold seperti sedang mencari arah samada akan turun sekejap dan kemudian naik balik untuk sambung perjalanan minggu lepas.
Apa-apa pun, saya nasihatkan agar anda tidak mengejar market. Sebabnya tak guna kalau anda kejar market tapi tidak entry pada posisi yang sesuai.
Jika anda lihat pada candlestick, anda akan nampak ada tanda reversal signal pada cs di timefram H1 dan timeframe yang lebih kecil.
Tapi still kena lihat adakah reversal signal tersebut sah atau terbatal.
Nampaknya reversal signal tersebut terbatal. Gold masih strong untuk bull..
18 Julai 2017
Lihat pula keadaan market gold pada hari ini.
Dalam tf H1 di atas menunjukkan gold mula ada tanda-tanda reversal. Tapi, buat masa ni gold masih lagi berada di atas indikator Bollinger Band. So, masih lagi dalam keadaan uptrend.
Lihat sekali lagi!
Gold dah mula turun ke bawah middle band. Dan ini merupakan petanda market gold hendak turun. Sekiranya anda nak pastikan betul-betul adakah trend sudah mula membuat perubahan, anda kena confirmkan apa yang berlaku pada tf H1 berlaku juga pada tf H4.
Sebab dua timeframe ini menunjukkan perubahan trend. Kalau hanya setakat dalam tf H1 yang berubah, ini bermakna trend masih lagi dalam keadaan uptrend.
So, sekarang ni tf H1 dah lepas. Jom kita cek pula pada tf H4.
Dah lepas ke belum??
Nampaknya tf H4 masih lagi dalam proses hendak ke middle band. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat! Major still bull tau. So, jangan sesekali main entry sekiranya trend masih belum confirm sepenuhnya.
Lihat!!
Gold telah membuat new high. Macam saya cakap tadi, selagi belum confirm berlaku pertukaran trend, selagi tu jangan entry.
Sekarang gold dalam tf H1 dah buat new high melepasi middle band dan upper band.
Anda boleh lihat roadmap saya yang saya pernah lukiskan dalam posting-posting sebelum ni. Ini roadmap market gold dalam timeframe besr. Nampak tak saya ada lukiskan arah ke mana gold akan pergi sebelum ni yang garis purple tu.
Macam yang saya cakapkan. Gold masih dalah keadaan bull trend. Ini jangkaan saya. Cuma saya rasakan akan ada retracement untuk time frame kecil dalam masa terdekat ni.
Cuba anda study chart saya ni. Bawah ni chart dalam tf H1.
Saya gunakan garis channel untuk melihat akan level gold ni. Kalau anda perasan, gold dah melepasi garis upper channel yang saya lukiskan. Dah terlalu tinggi market gold mendaki.
Anda boleh buka chart anda dan cuba faham akan keadaan market sekarang ni. Zon support terdekat adalah $1234. Insyaallah, kalau gold berjaya melepasi zon support ni, dari mode bull akan bertukar menjadi bear untuk short term trade.
Saya harap anda faham apa yang saya maksudkan.
20 Julai 2017
Jika semalam gold telah membuat new high. Bagaimana pula dengan hari ini? Adakah gold masih meneruskan perjalanan atau dia mengambil nafas baru?
Nampaknya market gold cuba membuat new low pula semalam setelah membuat rally yang panjang untuk minggu ni.
Untuk hari ni, kita lihat gold hanya bermain-main di dalam area BB (middle band - lower band). Apakah petandanya tu??
Ia merupakan petanda yang market akan membuat correction kepada bull. Maksudnya dalam tf yang paling besar gold dalam keadaan downtrend.
Namun, apa yang berlaku semalam dan kelmarin (dalam minggu ini), gold hendak pergi membuat comeback untuk bull. So, trend gold untuk midterm ini adalah bull.
Akan tetapi, petanda yang saya nampak beberapa hari lepas menunjukkan yang gold akan membuat correction sebabkan perjalanan bull yang sudah tinggi. Dari tanda itulah saya harap anda tidak membuat apa-apa order seperti masuk posisi buy ketika harga berada di atas.
Awal pagi tadi saya lihat market gold menunjukkan tanda yang gold akan turun seketika. So, siapa yang pergi masuk posisi buy masa price gold kat atas, anda boleh menyebabkan kerugian pada akaun trading anda.
Sebab tu pentingnya untuk anda kaji satu persatu akan pergerakan gold ni.