Assalamualaikum & good morning all traders
Jom kita imbas kembali apa yang berlaku pada gold market minggu lepas.
Gold market telah membuat new high pada minggu lepas. Jika anda lihat kembali posting saya yang sebelum ni, price telah memecahkan beberapa line channel yang saya lukiskan.
Cuba anda lihat kembali chart yang saya tunjukkan sebelum ini.
Adakah anda sudah melihatnya??
Jom kita lihat pula apa yang berlaku pada minggu ini..
24 Julai 2017
Di bawah ini merupakan update bagi chart yang saya post sebelum ni. Anda boleh nampak bagaimana pergerakan market gold.
Nampaknya gold telah sampai ke destinasi yang pertama iaitu tempat di mana saya ada lukiskan zon resistance. Jika anda perhatikan pergerakan market gold, ia merupakan rally yang panjang untuk perjalanan bull kan!
Daripada $1200, gold telah pun tiba di price $1250. Buat masa ni kita tengok dulu pergerakan gold dalam sehari dua ini samada ia akan membuat big correction (penurunan) ataupun gold akan bermain sideway sahaja.
Tapi, anda kena ingat! Sideway juga adalah dalam ketegori correction ye. Dalam makna kata yang lain, tempat untuk market gold mencari nafas dan mencari hala tujunya untuk next movement.
Dalam situasi inilah selalunya akan berlaku news yang mana akan membawa arah market ke arah yang berbeza dari prediction kita.
Saya nak update di sini status usd index yang terkini. Jangan lupa yang market gold ni ada kaitan dengan USD. Jadi, anda boleh cuba-cuba untuk mengintai keadaan USD juga.
Nampaknya usd index telah reach support level yang saya predict sebelum ini. Anda boleh rujuk posting saya berkenaan ni dalam fb IrSofianFan. Ada beberapa chart yang saya telah post.
Anda boleh lihat contoh chart yang saya post. Chart di bawah ini adalah prediction saya sebelum 13 April 2017 yang lepas.
Pada waktu ini, usd index masih belum menunjukkan yang ia akan jatuh. Tapi saya dah buat prediction dengan melukis garis kuning dalam chart tersebut yang menunjukkan arah market akan datang.
Cuba lagi sekali anda perhatikan chart usd index yang terkini kat atas tu. Sama kan seperti apa yang saya predict kan??
25 Julai 2017
Wow!! Gold semalam mencecah dah top zon kuning saya. Lihat chart di bawah ini!
Pembentukan double top mungkin akan berlaku hari ini dan kita tengok sejauh mana dia turun. Dalam panel TG4M H1, H4 & D1, semua candle dah nampak signal nak turun. Cuma pada mata saya, gold sudah mencapai Take Profit 1.
Jika anda lihat kepada chart di atas, kan ada 1 lagi zon kuning yang dia patut singgah iaitu pada price $1273-$1274. Ada garisan hijau striking yang saya lukiskan dalam chart di atas.
Kalau boleh, saya nak anda lukiskan semula channel yang saya lukiskan ni. Nanti mudah untuk anda sendiri lihat pergerakan market gold.
Dalam tf D1 dan H4, saya lihat ada possibility gold akan naik lagi.
28 Julai 2017
Lihat chart gold untuk hari ini.
Hari tu saya ada kata kan yang gold ada possibility nak naik lagi. Now, see.. Resistance zone telah tembus, maknanya ia menuju ke next level pula. iaitu di zon kuning seterusnya $1274.
Kalau anda lihat garis channel saya dah bergerak sikit sebab saya ubah berdasarkan pergerakan gold terkini. Tapi, target still fokus yang sama iaitu pada zon di atas $1274 tersebut. Selepas itu, saya akan melihat kepada tanda-tanda reversal pula.
Pada pemerhatian saya, gold masih lagi bearish untuk long term. Ini cuma correction dan tempat turning point dia adalah pada zon ini. Namun, seperti yang saya selalu katakan di dalam kelas, anda perlu allocate kan 10%-20% pemerhatian pada pergerakan chart pasaran atau kita panggil Mr. Market. Dan baki 80%-90% tu pula adalah anda kena percaya pada analisis yang dilakukan.