Hadapi Situasi Ini?

Pejam celik pejam celik, tak sangka dah nak habis sebulan. Bagi yang makan gaji, dah standby nak beli apa dan nak bayar apa dengan duit gaji mereka. Bagi majikan pula, bila dah hujung bulan ni nak kena fikir pasal nak bayar gaji pekerja pula.

Inilah resam dunia. Kita semua akan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Itulah sebabnya kita kena buat kerja yang kita enjoy buat.  Bila kita buat kerja yang kita rasa enjoy, secara tak langsung kita akan rasa happy dan ikhlas dengan kerja yang kita lakukan.

Tak adalah 24 jam asyik stress dengan kerja aje. Lagi-lagi bila kena tegur dengan bos atau client. Mulalah kita cepat melenting dan nak naik hangin satu badan. Walaupun benda yang ditegur tu adalah benda yang sememangnya betul pun.

So, di sinilah akan wujudnya keberkatan bila kita buat kerja dengan ikhlas dan sebaiknya. Jadi, bila kena tegur kita akan cuba perbaiki mana yang salah dan improve kerja kita dengan lebih baik. Soal keberkatan ni sebenarnya penting. Sedari awal kita melangkah keluar dari rumah aje, kita kena pasang niat siap-siap kita keluar ni untuk bertugas dan lakukan sebaik mungkin.

Service Tanpa Henti

Bila bekerja ni, kita bagi service pada orang. Beri khidmat kita pada orang lain. Tak kira kita beri khidmat dekat siapa pun. Untuk bos ke, untuk pelanggan ke, rakan sekerja ke, dan sesiapa saja. Sebab memang hidup kita ni tanpa kita sedari kita memang disuruh untuk beri service kepada TUHAN kita.

Itu sebab kita WAJIB menunaikan solat (bagi muslim)! Kita juga disuruh buat Amar Makruf Nahi Mungkar. Bukan setakat dalam agama Islam aje, agama lain juga menyuruh kepada berbuat kebaikan dan menjauhi perkara yang tidak baik.

Cuba anda lihat dari saat kita nak membesar. Kita masuk sekolah dan berkhidmat pada ibu bapa dan guru dan kita belajar bersungguh-sungguh. Bila kita dah besar, dan kita dah berkahwin tidak kira suami atau isteri masing-masing ada tanggungjawab dan kena berkhidmat pada tugas masing-masing. Dan perkara ini tidak akan pernah habis sehinggalah telah terhenti oksigen dalam jantung kita.

Tak Terkecuali

Macam saya, saya juga ada tugas saya. Saya juga harus beri khidmat saya pada pekerjaan konsultan saya. Saya juga beri khidmat kepada mereka yang nak belajar trade gold dengan teknik dan konsep yang betul.

Apabila saya post tentang gold market akan naik, dan semalam betul-betul gold membuat lambungan tinggi, semuanya adalah berdasarkan hasil analisis yang saya lakukan. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana saya mampu untuk menganalisis pasaran. Macam mana saya boleh tahu harga akan naik dan harga akan turun.

Semuanya ini adalah atas segala usaha yang saya lakukan sebelum ini. Kalau kita nak tahu, kita kena belajar. Seperti apa yang saya predict, semua ini adalah daripada ilmu STS yang saya ajarkan di dalam program Simplified Trading Signal (#STS). Dan kalau anda sendiri boleh hadam kesemua ilmu STS saya ni, tak mustahil anda juga boleh predict market sama seperti saya.

Apa yang penting adalah pastikan anda berguru. Cari mentor atau guru yang betul-betul dapat membimbing anda. Walaupun mungkin bukan dengan saya, pergilah belajar dengan sesiapa pun. Sebab setiap detik pergerakan dan denyutan naik turun market emas itu, ramai yang dapat buat duit daripadanya. Sehingga ada yang gunakan wang tersebut untuk beraya, bahkan ada juga yang menggunakannya sebagai duit poket ketika mengerjakan haji.

Lagipun tak salah untuk kita belajar dan belajar lagi. Selagi mana kita hidup, selagi itu kita tak kan pernah habis belajar. Macam pasal gold naik, kenapa naik? Sepatutnya market gold akan turun. Tapi ini semua sebab fundamental analisis iaitu ada news tentang US nak cetuskan peperangan dengan North Korea.

Sebenarnya, kalau anda belajar, anda juga secara tidak langsung akan tahu tentang keadaan ekonomi dan isu-isu dunia. Seperti mana yang saya nukilkan dalam Ebook saya yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan yang lepas.

Jika anda terlepas ebook saya, anda boleh klink link ini http://irsofian.com/25cara/ untuk memuat turun ebook saya tu.

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.