Assalamualaikum wmt. wbkt.
Minggu lepas saya ada buat Live Video di FB Fanpage saya, IrSofianFan. Jadi, bagi sesiapa yang terlepas untuk tengok, anda boleh tengok kembali video ini di pengakhiran posting saya ini.
Setelah sekian lama saya tidak berLive di FB, disebabkan kekangan masa dengan urusan kerja, tapi untuk kali ini saya kongsikan sesuatu yang sangat bermunafaat untuk anda semua di luar sana. Tujuan saya hanyalah untuk memberikan education kepada mereka di luar sana yang nak invest dalam ‘Bitcoin’.
Bitcoin??
Yup. Bitcoin!
Satu topik yang hangat diperbualkan oleh masyarakat sekeliling kini. Saya pun mula-mula tak perasan akan isu bitcoin ni yang dah semakin popular. Cumanya, sejak dua menjak ni makin ramai kawan-kawan saya yang ajak saya join diorang invest dalam bitcoin, then saya tengok ramai juga friend dalam fb saya jadi members bitcoin ni, baru saya tersedar. Rupa-rupanya bitcoin ni dah semakin menular dalam Malaysia.
Kalau anda perasan, bitcoin ni baru aje beberapa tahun diperkenalkan. Cuma dua tiga tahun ni dia baru jadi popular. Jika nak dibandingkan dengan jenis cryptocurrency yang lain, saya rasa bitcoin ni antara yang terselamat dan berjaya untuk naik.
Sebabnya, kalau nak ikutkan, melambak lagi cryptocurrency yang lain. Lebih 500 jenis. Tapi cumanya tak banyak yang berjaya macam bitcoin walaupun caranya sama aje.
[vetical_spacing]
Punyai Asas Yang Kukuh
Namun, jika anda tanya pada saya nak invest tak? Saya hanya berpegang kepada 3 elemen penting kalau nak invest iaitu PROPERTY, GOLD dan STOCK MARKET. Sebab apa? Sebab ketiga-tiga investment ni ada asasnya. Sebaiknya, kalau nak invest biarlah benda tu something yang kita boleh pegang, ada asetnya.
Tapi untuk bitcoin, apa asas nya?
Cuba anda lihat balik pada sejarah lama. Kita bermula dengan sistem barter, kemudian muncul pula coin dari emas dan perak yang dijadikan sebagai matawang. Kemudian muncul pula fiat money, wang kertas yang dicetak. Zaman sekarang pula, muncul bitcoin yang tak ada apa-apa asas yang menunjukkan dia ni bagus. Hanya spekulasi aje yang menyatakan ia bagus. Sandarannya??
Kalau anda perasan juga, kebanyakan benda-benda macam ni mesti sasarannya adalah orang Asia macam kes forex trading. Lebih-lebih lagi orang Indonesia dan Malaysia. Nak tahu sebab apa? Sebabnya orang Asia ni mudah percaya dan diorang ni jenis nak ambil mudah aje. Sebab tu juga orang kita ni banyak kena tipu.
Bagi saya, apa yang penting sebelum kita nak invest pada sesuatu benda adalah asas yang ada pada benda tersebut. Sekiranya ia mempunyai asas yang kukuh, releven dan realistik, baru kita boleh teruskan niat untuk melabur But, jika ianya hanya spekulasi, samar-samar, lebih baik anda stop sebelum melangkah lebih jauh.
Daripada anda melaburkan duit untuk sesuatu yang anda sendiri tak tahu bilakah masanya ia akan collapse, lebih baik anda pergi masuk mana-mana program ilmu yang mengajarkan anda cara buat duit dengan betul.
Macam sekarang ni, lagi beberapa hari lagi program saya iaitu Simplified Trading Signal (#sts) akan berlangsung. Saya akan ajarkan kepada anda 15 strategi untuk anda buat duit menggunakan medium trading. Program STS yang selama 3 hari ni pasti sangat membantu anda untuk mengubah hidup anda menjadi lebih baik dari sebelum ini. Lagi bagus dari anda invest dalam bitcoin yang belum tentu lagi wang anda akan dikembalikan.
Cuba anda fikir, bila anda dah transferkan duit anda kepada bentuk maya, siapa yang dapat memberikan anda jaminan wang anda di alam maya tu akan dapat pada anda semula? Lebih-lebih lagi yang invest dengan nilai yang besar. Tak ada siapa dapat bantu anda.
So, nasihat saya, lebih baik anda fikir masak-masak sebelum buat keputusan melulu. Kalau anda rasa kata-kata saya ni macam anti bitcoin, apa kata anda tanya mereka yang lain. Orang yang sama seperti saya yang tak terlibat dalam bitcoin. Buat research dulu. Tak payah tanya dengan yang join bitcoin sebab mata mereka semua dah tak nampak apa buruknya sebab dalam kalangan mereka telah di mindset kan dengan unsur baik-baik je apasal bitcoin ni.
Apa pun, sesiapa yang terlepas tengok LIVE video saya minggu lepas, anda boleh klik gambar di bawah ini untuk melihatnya semula.
Jangan lupa SHARE pada sahabat yang lain ye..
Salam sayang,
Ir Sofian