Assalamualaikum wmt wbkt.

Selamat pagi buat semua sahabat yang masih lagi bersama saya dan mendapatkan info daripada laman website saya ni.

Hari ni saya nak kongsikan satu persoalan yang pernah diajukan kepada saya iaitu ‘bilakah krisis ekonomi akan berlaku?’.

Terima kasih kepada anda yang bertanyakan soalan ini kepada saya dan saya rasa saya patut kongsikan jawapan ini kepada semua sahabat saya di luar sana kerana mungkin juga ada di kalangan anda yang mempunyai persoalan seperti ini.

Jika ditanya bila, saya memang tidak dapat nak berikan waktu yang spesifik, tetapi saya boleh kongsikan kepada anda akan tanda-tandanya untuk anda kesan akan kedatangan krisis ekonomi ini. Sebab apa? Sebab kita sendiri boleh merasai kesan krisis ekonomi tersebut dengan apa yang berlaku pada diri kita.

1. Putaran Krisis Ekonomi Dunia

Seperti yang anda maklum, saya pernah maklumkan yang dunia kita sedang berhadapan dengan putaran krisis ekonomi dunia yang datang 10 tahun sekali. Dulu, pada tahun 1998, 2008 dan kini dijangkakan pada tahun 2018 pula. Oleh itu, sudah pasti anda sudah mula rasai akan bahang krisis ekonomi ini.

2. Harga Barangan Meningkat

Secara tidak langsung, harga barangan juga mulai meningkat hingga menyebabkan kos sara hidup anda semakin tinggi. Begitu juga bila anda dapat gaji, tetapi wang gaji anda tetap tidak mampu untuk menampung kos sara hidup anda hingga menyebabkan anda terpaksa melakukan lebih dari satu pekerjaan untuk mendapatkan lebihan wang. Bak kata peribahasa, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

3. Ramai Orang Mulai Hilang Pekerjaan

Pada saat itu juga, semakin ramai orang mulai hilang pekerjaan kerana kebanyakan syarikat terpaksa mengurangkan pekerjanya sebab ingin mengurangkan kos pengeluaran. Malah, jika anda lihat, ada juga syarikat atau kilang yang terpaksa ditutup terus kerana tidak mampu lagi untuk beroperasi.

4. Nilai Matawang Melemah

Selain itu, matawang negara juga semakin melemah. Ini juga tanda dan kesan krisis ekonomi yang anda boleh lihat. Akibat matawang melemah, maka secara tidak langsung menyebabkan kutipan hasil pendapatan negara menjadi semakin merosot.

Jika krisis ekonomi dunia berlaku, anda akan dapat lihat nilai matawang kesemua negara akan melemah. Dan pada saat itu juga harga emas akan meningkat. Sebab tu lah saya suruh anda simpan emas sebab akan datang harga emas dah mahal. Mungkin anda dah tak jumpa lagi harga yang seperti sekarang kerana harga emas memang akan sentiasa meningkat setiap tahun.

5. Inflasi

Apabila berlaku inflasi, inilah tanda yang kuat menunjukkan yang negara kita sedang berhadapan dengan krisis ekonomi. Iaitu apabila harga barangan umum semakin meningkat dan terus menerus meningkat. Pada waktu itu juga nilai matawang menjadi semakin rendah dan sampai satu tahap ia menjadi tidak bernilai lagi. Wang yang anda simpan di bank pun turut terkesan dengan inflasi ini.

Hanya mereka yang menyimpan emas akan dapat tetap betahan pada waktu inflasi berlaku kerana pada waktu itu nilaian emas tinggi.

6. Pasaran Saham Jatuh Menjunam

Apabila krisis ekonomi berlaku, pasaran saham di bursa akan jatuh menjunam. Mungkin anda perasaan, pada waktu pra krisis berlaku harga pasaran saham meningkat tinggi. Tetapi, anda perlu berhati-hati kerana jika anda ada melabur dalam pasaran saham, pastikan anda segera jual saham anda apabila pra krisis mulai  berlalu. Anda mungkin boleh pilih kaunter atau pasaran saham yang sentiasa konsisten walaupun krisis berlaku.

7. Peperangan

Isu peperangan juga boleh mencetuskan krisis ekonomi kerana ia bukan sahaja menyebabkan ramai orang hidup dalam kegusaran dan ketakutan. Tetapi ia juga menciptakan satu krisis yang baru. Boleh jadi peperangan antara negara itu disebabkan untuk rampasan tanah atau juga bergaduh disebabkan sesuatu isu seperti isu global, isu minyak, isu teknologi dan lainnya.

Antara kesemua tanda yang saya kongsikan, anda rasa anda sudah melihat tanda-tanda yang mana aje? Bermula dari sekarang ini, anda sudah boleh membuat persediaan awal untuk menghadapi krisis ekonomi ini nanti.

Anda juga boleh lihat posting asal saya berkenaan persoalan ini  di Facebook saya. Saya buat LIVE video.

*update 30/4/2020 semua artikel ini dengan satu lagi tambahan info

8. Wabak

Wabak juga boleh menjadi salah sau punca kepada krisis  ekonomi. Yang ini tambahan yang saya tambah berdasarkan kepada situasai yang berlaku kini (2020) iaitu wabak corona virus (covid-19) yang sedang melanda kebanyakan negara termasuklah Amerika Syarikat, China, Malaysia dan lainnya.

Oleh sebab wabak covid-19 ini masih belum lagi mempunyai vaksin untuk menyembuhkannya, dan penularannya juga sangat mudah melalui sentuhan hingga menyebabkan penyebaran wabak ini cepat meluas, ia menyebabkan kebanyakan ekonomi negara lumpuh bagi mengekang wabak ini terus tular. Siapa sangka krisis ekonomi kali ini berpunca dari wabak yang amat dahsyat.

Jangan lupa SHARE ye pada sahabat lain.

Jika anda juga ada persoalan nak diajukan, anda boleh join group channel ROG saya di SINI.

Salam Sayang,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.