Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Bagaimana hari anda pagi ini? Saya doakan agar anda semua dalam keadaan baik dan sihat wal'afiat. Semoga segala perkerjaan anda pada hari ini akan berjalan dengan lancar. Insyaallah....
Jumaat Special
Di pagi hari yang special ini sangat sesuai untuk kita berdoa dan memohon kepadaNya sebab hari ini adalah hari Jumaat. Penghulu segala hari. Tapi, bagi saya hari ni lagi special sebab ia bukan sahaja penghulu segala jumaat, tapi juga pemula jumaat bagi bulan Oktober ini. Bagaikan hari isnin yang menjadi permulaan bagi setiap minggu.
Mungkin bagi anda yang makan gaji, minggu lepas adalah hari yang bermakna kerana anda baru dapat gaji kan? Tapi mungkin minggu ni anda dah bersedih sebab duit gaji dah tinggal sikit lepas tolak bayar itu ini kan! Biasalah tu. Macam ni lah ragam hidup kita lebih-lebih lagi hidup di zaman kegawatan ekonomi mula melanda.
So, sempena hari pemula yang baik bagi bulan Oktober ini kita sepatutnya memulakannya dengan membuat sesuatu perkara yang baik supaya pada bulan Oktober ini akan tersemat lakaran yang baik dalam perjalanan hidup kita.
Tapi, ada orang kata yang bulan Oktober ni banyak ceritanya. Macam Awie Wings, dia melakarkan cerita dia pada bulan Oktober dalam lagu 'Tragedi Oktober'. Lagu ni zaman saya dulu-dulu, zaman rock kapak tangkap leleh tengah femes. He he he..
Mungkin ada kalangan generasi gen Y yang tak tahu lagu ni. Nahh.. saya belanja satu lagu ni ye.. Boleh lah kalau nak layan sambil-sambil buat kerja kan.
Tapi betul ke bulan Oktober ni banyak tragedi yang berlaku? Benarkah bulan Oktober bulan tragedi? Sebenarnya tidak eh.. Semua bulan adalah sama aje. Sama ada ditimpa masalah atau musibah ke, atau memperoleh kejayan atau kebahagiaan ke, semuanya sentiasa datang dan pergi. Tidak ada birokrasi dalam apa-apa bulan pun.
Syukuri Kurniaan NikmatNya
Satu lagi perkara yang kita kena ingat!
Banyak sebenarnya kurniaan Allah swt kepada kita. Nikmat yang Dia berikan kepada kita sebenarnya sangat banyak sampaikan kita sendiri 'kadang-kala' terlupa akan nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita. Yang mata kita nampak hanyalah 'zalim'nya Allah dengan kita sebab beri kita banyak masalah dan dugaan. Tak gitu?
Oleh kerana begitu banyak nikmat yang Dia berikan sehingga kita lupa bahawa mata kita ini merupakan kurniaanNya. Mata kita ni masih lagi boleh berfungsi dengan baik adalah pinjaman dariNya juga.
Dia juga yang mengizinkan kita mempunyai gadget yang serba berteknologi kini dengan hasil titik peluh kita. Dia juga yang mengizinkan kita untuk bekerja dan mempunyai wang saku sendiri. Dan nikmat yang paling kita jarang nak 'appreciate' adalah nikmat nafas dan kesihatan.
Kita hanya akan sedar nikmatnya itu bila ia ditarik sedikit demi sedikit dari kita. Bayangkan aje, bila kita mula sakit, baru waktu tu kita nak berdoa moga kita cepat sembuh. Sebab masa tak sihatlah nikmat-nikmat yang lain pun kurang. Nikmat makan pun ditarik sehingga kita rasa lemah tak bertenaga. Waktu kita sihat? Adakah kita ingat padaNya untuk bersyukur?
Oleh sebab itulah kita kena sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Dia berikan kepada kita sebab semua ini hanyalah pinjaman sementara dan bila-bila masa aje Dia boleh tarik balik semuanya. Ustaz saya pernah berpesan, walaupun satu saat kita ingat kepada Allah dengan bertafakur kepadaNya, sangat besar ganjaran pahala di sisiNya.
Jadi, marilah kita sama-sama melahirkan kesyukuran dengan membacakan Al-Fatihah untuk diri kita semoga pemula Jumaat bagi bulan ini akan dipenuhi dengan barakah dariNya.
Bukankah Allah dan para Nabi memuliakan hari jumaat?
Allah akan melimpahkan segala Rahmat dan kurniaan kejayaan, kebahagiaan, kesihatan, kerahmatan, kedamaian dan kemuliaan kepada kita. Kita juga boleh berselawat kepada Nabi yang kita cintai iaitu Nabi Muhammad saw yang merupakan penghulu segala Nabi dan Rasul. Moga dengan selawat kita ini, Allah akan limpahkan keberkatannya ke atas hidup kita, lapangkan dan permudahkan perjalanan rezeki kita.
Di sini saya nak kongsi satu video selawat tafrijiyah yang jika kita amalkan, insyaallah, Allah akan makbulkan hajat kita. Anda boleh jadikan ia amalan. Sekarang ni kan zaman mudah. Dekat dalam fon pun dah boleh buka dan tengok. Kalau anda amal setiap hari, saya rasa anda sendiri dah boleh hafal macam anda hafal lirik lagu juga kan!
.
.
Posting ini diambil dari posting asal di ruangan Telegram saya. Jom follow telegram saya dengan klik SINI.
Jangan lupa SHARE pada sahabat lain ye.