Adakah anda berminat untuk mengembangkan wang simpanan anda?

Jika Ya, maka anda sesuai untuk teruskan membaca posting saya kali ini. Sebab saya akan dedahkan kepada anda tentang asas melabur dalam pasaran saham.

Mungkin ada antara anda dah pernah pun dengar tentang pelaburan saham kan? Malah mungkin ada juga yang dah terlibat dalam pelaburan saham. Tapi, anda boleh ambil point yang saya sampaikan di sini untuk mengukuhkn lagi pengetahuan yang anda miliki.

Macam yang kita tahu, apabila seseorang itu melabur dalam pasaran saham, sudah tentulah mereka inginkan keuntungan dalam pelaburan mereka. Sama ada mereka ingin menambahkan kekayaan mereka, atau mereka ingin mempunyai pendapatan sampingan selain daripada makan gaji.

Lagipula, pelaburan saham di Bursa Malaysia ni bukannya tak patuh syariah sebab aktiviti jual beli saham tersebut sentiasa dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Majlis Penasihat Syariah. Jadi, tak ada masalah untuk anda melabur di dalamnya. Tambahan pula, anda sendiri boleh pilih saham-saham yang patuh syariah [S]. Tak ada alasan untuk anda menolak pelaburan saham ini lagi kan.

Sekiranya anda membuat pelaburan dalam pasaran saham, anda boleh pilih sama ada ingin berurusan dengan pihak Rimisier atau anda uruskan sendiri urusniaga saham anda di platform yang disediakan oleh pihak broker. Mudah sangat dah sekarang ni sehinggakan di dalam smartphone anda sendiri dah boleh pantau aktiviti pelaburan anda.

Namun, sebelum anda memulakan peaburan dalam pasaran saham, ada beberapa perkara asas yang anda perlu tahu mengenai pelaburan saham ini.

1. Mempunyai Ilmu Pelaburan Saham

Sebelum memulakan pelaburan di dalam bidang saham, anda perlu mempunyai ilmu tentang pelaburan saham kerana tanpa ilmu, sia-sia aje wang pelaburan anda. Dengan adanya ilmu pelaburan, anda sudah tentu dapat membuat keputusan yang terbaik dalam pelaburan anda.

Bagaimana nak dapat ilmu pelaburan saham??

Anda boleh pergi ke mana-mana kelas atau seminar yang mengajarkan tentang pelaburan saham. Selain itu, anda juga boleh membeli DVD atau buku yang berkaitan dengan pelaburan saham. Sekarang ni zaman mudah. Hanya google aje anda dah boleh dapat banyak informasi mengenai pelaburan saham. Tak gitu?

2. Mempunyai Akaun CDS

Setelah mempunyai ilmu, anda perlu memiliki akaun Central Depository System (CDS) untuk membolehkan anda membeli saham. Macam anda nak niaga, anda kena ada lesen. Macam tu lah juga bila anda nak melakukan urusniaga pelaburan saham ni. Anda perlu ada akaun CDS yang membolehkan anda melabur dalam pasaran saham.

Sekarang ni dah mudah. Anda boleh aje buka akaun CDS ni pada mana-mana broker atau bank. Semudah anda buka buku akaun bank aje. Jadi, jangan pernah rasa leceh. Pergi aje bank dan kata nak buka akaun CDS. Tapi pastikan anda membawa salinan Kad Pengenalan Diri dan Statement Bank.

3. Kenali Profil & Posisi Diri

Dah ada akaun, dah boleh start melabur ke??

Belum lagi. Eh....

Sebelum anda memulakan pelaburan saham, ada satu perkara yang anda perlu ambil tahu ialah apakah posisi yang anda bakal pegang di dalam pelaburan tersebut. Sebabnya strategi melabur yang akan digunapakai bergantung kepada profil atau posisi anda.

Sekiranya anda jenis pelabur investor iaitu anda melabur untuk jangka panjang, maka strategi yang digunakan tidak sama seperti trader yang melabur dalam jangka masa pendek. Bagi trader, mereka lebih banyak menghadap pasaran saham dan cuba mengaut keuntungan dengan cara cepat. Kena pandai pilih saham mana yang boleh bagi keuntungan dalam masa yang singkat.

Kalau investor, anda hanya perlu melabur dan biarkan wang pelaburan anda diperam sehingga sampai tempoh matang yang anda rasa sudah cukup untuk anda kaut keuntungan. Jenis investor ni kadang-kadang makan masa bertahun lama seperti 5 tahun ke atas.

4. Tahu Risiko Yang Akan Dialami

Selain itu anda juga perlu tahu risiko yang anda akan alami sekiranya anda melabur dalam pasaran saham ni. Sudah tentu setiap pelaburan mempunyai risikonya. Oleh itu, anda tak boleh terlalu berharap wang pelaburan anda akan dapat kembali.

Untuk itu, hati dan minda anda perlu menerima risiko yang ada. Set kan dalam minda anda yang wang anda laburkan tersebut anggap aje sebagai wang hangus.

Namun, tak semestinya wang pelaburan anda akan hangus sekiranya anda telah bersiap sedia dengan ilmu dan strategi pelaburan yang betul.

5. Buat Analisa Sebelum Membeli Saham

Sebelum anda melabur, pastikan anda telah membuat analisa terhadap pasaran saham tersebut. Adakah syarikat tersebut sesuai untuk anda buat pelaburan? Apakah target keuntungan yang anda ingin kaut daripadanya? Bilakah waktu yang sesuai untuk anda beli dan berapa banyak unit anda nak beli?

Untuk membuat analisis yang tepat, anda perlu mempunyai ilmu Fundamental dan Teknikal Analisis supaya keputusan yang anda lakukan tepat.

Sekiranya anda sudah mempunyai asas-asas ini, anda boleh mulakan pelaburan anda dalam pasaran saham.

.

.

Bagi anda yang ingin belajar selok-belok pelaburan saham, anda boleh masuk link ini >>Mudah Pelaburan

Jangan lupa SHARE posting ni ye..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.