Hidup Mesti Ada Impian

Impian adalah sesuatu cita-cita atau angan-angan yang diimpikan oleh setiap orang untuk menjadi kenyataan. Anda juga boleh katakan bahawa impian ini merupakan salah satu nadi kehidupan yang menjadi sumber kekuatan dalam diri setiap orang untuk mencapai kejayaan mereka. Sebab apa?

Sebab tanpa impian, maka tidak akan ada burning desire yang kuat dalam diri anda untuk menolak diri anda terus maju kehadapan.

Kerana seseorang yang tidak ada burning desire yang kuat tidak mungkin akan berjaya mencapai kejayaan yang mereka telah capai kini. Tak percaya??

Saya bagi anda perumpaan diri saya sendiri untuk anda lihat.

Bayangkanlah saya sebagai anak kampung yang membesar dengan cara kampung, sudah tentu pada waktu itu TV telah menjadi sumber informasi dan inspirasi bagi diri saya. Apa yang dipaparkan di televisyen dan apa yang saya lihat di televisyen telah menjadikan hidup saya penuh dengan impian dan angan-angan.

Saya turut terinspirasi untuk menjadi seperti mereka yang terpapar di kaca tv. Biasalah budak-budak. Cepat terpengaruh dengan apa yang dilihatnya. Sebab dari televisyen lah anda boleh lihat betapa luasnya dunia ni.

Begitu juga apabila dari hari ke hari, ramai sahabat handai saya yang berkongsi kisah kehidupan mereka dan hasil pembacaan yang banyak tentang pengalaman-pengalaman orang lain telah menjadi sumber inspirasi dan informasi buat diri saya. Waktu tu, saya hanya mampu ternganga sahaja dengar pengalaman orang lain. Rasa macam best sangat. Terus ada cita-cita untuk sama jejaki pengalaman mereka.

Hidup Ini Mematangkan

Hari berganti hari, dari kisah inspirasi tersebut dan perjalanan hidup saya yang panjang ini telah memasukkan saya ke satu dimensi yang berlainan pula.  Saya mula belajar sesuatu apabila usia saya semakin meningkat. Benarlah kata orang bahawa kehidupan ini sebenarnya mematangkan hidup kita.

Secara tidak langsung, ia juga mematangkan fikiran dan kewarasan cara saya berfikir. Semuanya bermula dari sekecil impian sehinggalah saya nak capai impian yang besar.

Jika anda tanya bagaimana nak mula?? Jawapannya ada pada diri anda sendiri! Jika anda tak mulakan langkah pertama untuk berimpian, maka siri perjalanan anda untuk mencapai impian anda tidak akan wujud.

Jadi, jangan pernah takut untuk berimpian. Jangan pernah takut untuk membuat harapan. Sebab bukannya anda perlu bayar dengan wang dengan hanya mencipta impian ni. Anda hanya perlu tanamkan ia di dalam minda anda dengan keinginan yang meluap-luap untuk mencapainya. Dan anda juga perlu ada jalan yang bersesuaian untuk mencapainya.

Sama seperti kisah budak sekolah yang nak ada alat permainan sendiri seperti kawan-kawannya. Disebabkan keinginan yang kuat, dia menabung sedikit demi sedikit wang sakunya untuk membeli alat permainan tersebut. Apabila dah cukup, apa lagi?? Pergi kedai dan beli lah. Macam tu lah juga bermulanya sekecil impian sehingga sebesar impian. Asalkan anda ada impian!

Pilihan dan keputusan ada ditangan anda. Terpulang kepada anda sama ada ingin menggenggamnya atau melepaskannya.

Memang pilihan dan keputusan adalah dari diri sendiri. Sekiranya anda sudah anda impian dan ada burning desire yang kuat, hanya ada DUA sahaja keputusannya iaitu anda berjaya atau tidak. Namun, jika anda gagal, jangan pernah mengalah, dan menyalahkan orang lain Tapi anggaplah ia belum menjadi rezeki anda lagi dan jadikanlah setiap kegagalan anda itu sebagai cukai atas kebodohan sendiri. Dan belajarlah perbaiki diri anda lagi.

Tak semestinya anda gagal sekali bermakna anda gagal selama-lamanya. Macam kisah penciptaan mentol. Anda ingat kan!

Tapi, jika anda berjaya mencapai kejayaan pula, jangan jadikan diri anda selesa dengan kejayaan anda dan anggap ia sebagai penamat. Tapi jadikanlah ia sebagai vitamin untuk anda capai kejayaan anda yang lain pula dalam kehidupan anda. Tak semestinya anda hanya cipta satu impian kan! Ciptalah sebanyak mana dan berusahalah untuk capainya setiap satu.

Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah swt kurniakan buat diri saya kini. Sebab saya juga berjaya capai sedikit demi sedikit impian saya. Semoga impian saya yang tercapai ini menjadi sumber inspirasi dan pembakar semangat saya dan anda yang membaca untuk meneruskan kehidupan ini.

.

.

Nukilan dari >> Milan Italy - Zurich Switzerland - Munich Germany

Jangan lupa SHARE ye posting saya ni.. Anda boleh dapatkan posting asal ada di FB saya di SINI..

#irsofian

#tg4m

#cariduitextra

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.