Assalamualaikum & Salam Ceria Semua..

Tak sangka hari ni dah masuk hari ke-2 dalam bulan November.

Cepat sangat masa berlalu kan! Sangat pantas masa berjalan sampaikan kadang-kadang kita sendiri tak sedar dah nak habis seminggu. Padahal macam baru semalam hari isnin. Macam tu juga masa berlalu sehingga tiba-tiba sudah masuk bulan 11. Sedangkan macam baru beberapa hari yang lepas rasanya saya cakap pasal Tragedi Oktober kan! Ha ha ha..

Apa pun, saya doakan anda semua sihat sejahtera sentiasa. Semoga bulan baru ini anda dilimpahi dengan rezeki dari pelbagai sudut dan dihilangkan segala kekusutan yang bermain difikiran. Yelah, dengan keadaan ekonomi dunia sekarang yang semakin menghampiri putaran kegawatan ekonomi, siapa yang tak terasa kan? Masing-masing sibuk dan kusut memikirkan bagaimana untuk terus survive dalam keadaan taraf ekonomi yang semakin tinggi ni.

So, tak salah untuk kita mendoakan orang kan.. Mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan. Sebab nanti malaikat pula akan mendoakan kita.. Sama macam pepatah 'what you give, you get back'.

Anda rasa apa yang best dalam kita menjalani kehidupan seharian kita ni?

Takkan ada yang lebih best melainkan nikmat yang dikurniakan buat diri kita ni. Nikmat iman, nikmat sihat, nikmat bahagia, nikmat aman. Sedangkan nikmat makan pun kalau ditarik kita dah rasa tak seronok nak jalani kehidupan seharian kita. Betul kan!

Tapi semua ni kadang kala kita tak perasan. Betapa besarnya nikmat yang kita dapat setiap masa, setiap hari. Itu yang kadang kala kita terlupa untuk bersyukur akan nikmat yang kita dapat dari Pencipta kita.

Ringgit Malaysia & Bitcoin

So, untuk hari ni saya nak kongsi something yang menarik dan penting juga untuk anda tahu. Macam biasa, rutin saya pagi-pagi saya akan baca news. Yelah, kita kan orang lama. Orang lama kan suka baca news pagi-pagi. Macam dalam cerita dalam televisyen tu. Sambil duduk sarapan, mesti tangan akan menyelak helaian keratan berita. Tapi sekarang ni kan dunia dah maju. Tak selak keratan akhbar dah, kita swipe aje smartphone kita kan! Ha ha ha.. Sehingga berita international pun kita boleh tahu.

Sambil-sambil melihat berita terkini, saya tertarik dengan keratan news dari The Edge pagi ini sebab ada 2 point penting yang diisikan di dalamnya. Anda boleh tengok gambar di bawah ini.

Kalau anda perasan, dalam satu mukasurat tu ada berita mengenai pengukuhan matawang Ringgit Malaysia yang dijangkakan akan capai 4.00 pada tahun 2018 dan berita mengenai kenaikan yang melampau bagi pasaran Bitcoin.

Sekarang ni kan Ringgit Malaysia dalam 4.30 ke 4.60. So, bila Ringgit dijangka 4.00 dah tentu ia menunjukkan yang Ringgit Malaysia akan semakin kukuh. Mana tahu, ada rezeki Ringgit Malaysia boleh kembali stabil seperti sebelum ini? Kan!

Dan satu lagi adalah news tentang bitcoin yang hit US$8000 pada akhir tahun ni.

Kalau anda follow FB Page Official saya IrSofianFan, ada beberapa kali saya buat LIVE dan bercakap tentang bitcoin ni. Dan ada juga beberapa artikel yang saya share kan untuk bahan bacaan sahabat-sahabat sekalian yang bukan sahaja saya ambil dari website international, bahkan ada juga yang saya share dari tulisan saya dalam blog saya di Irsofian.com

Mengenai isu bitcoin ini, sebenarnya saya ada banyak persoalan tentang bitcoin ini sebelum ini. Oleh kerana sebelum ini kita ni kekurangan informasi yang betul dan jelas  tentang bitcoin ini. Apa yang selalu saya dapat adalah 'ajakan' demi 'ajakan' untuk melabur dalam skim bitcoin. Dan ini yang menyebabkan saya tidak bermint untuk explore dengan lebih mendalam lagi tentang bitcoin. Sebab semuanya bagaikan telah dimanipulasikan ke arah scam dan MLM piramid.

Yelah, dah kalau ramai kawan-kawan ajak untuk 'invest' dalam gang bitcoin dia, termasuk kawan-kawan masa sekolah dulu dan bagitahu semuanya indah-indah belaka,  profit belaka. Maka itu sebenarnya adalah scam. Mana ada yang mudah bang!

Kalau semudah ABC, dah ramai dah yang berhenti kerja dan duduk lepak kat rumah aje. Dapat duit berkepuk-kepuk tiap bulan, jadi buat apa nak susah-susahkan diri lagi. Baik goyang kaki aje kan. Cuma kena cari member baru untuk turut serta dalam group dia orang ni aje. Senang nya??? Kannnn!!!!

Mungkin agaknya dalam usia saya yang dah tak berapa muda ni dan saya sendiri dah tengok ramai orang mengalirkan air mata sebab duit titik peluh mereka hangus kena telan scammer. Ini yang menyebabkan saya insaf dan cuba untuk menyedarkan sahabat rakyat marhain sekalian untuk tidak 'termasuk' dalam kancah scammer ini.

Memang ini adalah rutin. Ye! Rutin bagi scammer untuk menerbitkan sistem yang terkini dan canggih dan menggunakan segala kemudahan teknologi dan kemudahan telefon pintar untuk 'berniaga'. Lebih-lebih lagi..... Pada ketika zaman susah, zaman kemelesetan ekonomi, zaman gawat. Sebab pada waktu macam ni lah orang nak survive. Waktu macam ni lah orang perlukan duit untuk meneruskan kehidupan mereka. Dan dari sebab itulah mereka datang untuk membantu. 'Konon'nya nak membantu...

Orang kita pula?? Orang kita ni selalunya bersikap malas nak buat kajian. Jadi bila kena approach dengan scammer, mulalah semua pakat-pakat ikut kawan. "Ko ikut aku aje! Aku dah untung banyak. Nanti aku ajar ko ye".

Sorry lah gang kalau ada yang terasa. Tapi sometime dah rasa kesian bercampur baur dengan persoalan, "Kenapa ko ni bebal sangat??? Orang dah cakap jangan buat. Tapi ko buat juga". So, bila dah tersungkur, apa kita nak kata lagi kan!

Tapi sometimes, kita terfikir bahawa ini mungkin adalah dugaan buat dia. Anggap aje lah ia umpama yuran@fee untuk dia matured dan faham tentang dunia pelaburan ini tinggi untuk dia. Mungkin sebelum ini dia ambil sikap tidak mahu ambil tahu. Malas membaca blog dan posting berkaitan. Then, tetiba ada member rapat pula menyapa dan terus percaya. Ye laaa kan. Dugaan setiap orang tidak sama. Semua ini adalah dari Dia jugak. Allah yang nak uji setiap insan untuk menaikkan taraf kematangan dalam hidup.

Dagangan Bitcoin Tunggu Masa

Dalam conference yang saya hadir di Italy 2 minggu lepas, ada Professor dari universiti ini yang memang membuat kajian tentang crypto currency lebih khusus kepada Bitcoin. Banyak yang dia bongkarkan dan banyak juga yang dia share kan. Yang info tersebut tidak ada dalam website dan blog. Ianya menampakkan bahawa bitcoin ini adalah genuine dan ianya seolah-olah emas yang telah dipasarkan secara digital. Di akhir perkongsian selama lebih 30 minit oleh professor tu, saya rasa puas dan faham akan sebab mengapa dia orang ini mewujudkan crypto currency.

Namun, cara dia orang berdagang tidak sama dengan cara 'orang malaysia' yang promote bitcoin sebelum ini. Secara peribadi, jika anda tanya saya, adakah saya nak terlibat dengan bitcoin? Jawapan saya adalah.... Nanti dulu.

Sebab apa?

1) Sebab jika saya lihat chart bitcoin yang mencanak tinggi dan meletup-letup sekarang ni sangat menakutkan sebenarnya.

2) Jika semua orang berkata bahawa market bitcoin ini memang akan naik lagi, maka anda perlu meletakkan diri anda dalam situasi reverse psychology. Tunggulah masa yang ia akan turun dan keadaan 'terkejut' setelah dia naik dalam keadaan 'terkejut'.

Mungkin anda kurang faham apa yang saya perkatakan. Makanya saya sarankan anda untuk pergi belajar lagi. Buat bacaan buku dan pergi menuntut dengan mana-mana guru untuk anda cepat faham.

Jika anda hendak belajar dengan saya, Insyallah kelas intensif Simplified Trading Signal (#STS) yang akan keudara selama 3 hari. Kita akan duduk sekali di shah alam untuk saya tunjukkan dari peringkat asas hingga ke peringkat tinggi. Dari market yang besar hingga ke sekecil-kecil kita akan korek ilmu ini.

Yang bestnya bukan hanya kita melihat gold market tau. Akan tetapi kita akan melihat juga stock market, index, forex, commodities. Ilmu STS ni memang untuk anda belajar predict market.

Semuanya dalam masa 3 hari. Anda boleh call/pm 019-322 6769 untuk anda bertanya lebih detail.

Untuk santapan mata anda

Nah ini maksud saya tadi tentang market bitcoin.

Anda kena fahami perangai pasaran ni sebenarnya. Sebabnya 'setiap yang naik, pasti akan turun'.

So bila dia nak turun????

Sila 'parking' persoalan ini di kepala anda ye! Cari jawapan

.

.

Jangan lupa untuk SHARE pada shaabat anda yang lain ye.

Salam sayang
Ir sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.