Pelaburan..
Saya melihat pelaburan kini sudah menjadi satu elemen penting dalam masyarakat apabila sudah semakin ramai yang mulai sedar akan kepentingan melabur untuk mengubah taraf hidup masing-masing. Sudah pasti salah satu puncanya adalah disebabkan keadaan ekonomi sekarang yang dilihat tidak stabil dan membebankan.
Apa yang pasti, masyarakat mula cuba untuk keluar dari zon selesa dan mencuba sesuatu perkara yang baru bagi diri mereka walaupun sebenarnya elemen pelaburan ini sudah lama wujud cuma ianya tidak mendapat perhatian pada satu ketika masa dahulu. Mungkin disebabkan pada waktu dahulu kita tidak mendapat pendidikan yang cukup tentang pelaburan ini. Lebih-lebih lagi, masyarakat kita lebih banyak dimomok-momokkan dengan pelaburan ini adalah sesuatu yang berisiko tinggi dan boleh membawa kepada muflis.
Ya. Saya sendiri pun tidak menyangkal akan kenyataan ini. Tetapi, sejauh mana pula kita diberikan pendidikan yang betul tentang cara pelaburan yang selamat? Walapun pelaburan memang mempunyai risiko yang tinggi, namun jika kita mempunyai ilmu yang betul dan secukupnya, saya pasti risiko yang anda lihat dan bayangkan boleh diminimakan dan dikawal.
Dengan kemajuan teknologi dan jaringan internet yang semakin canggih ni, saya pasti ramai yang mula terdedah dengan ilmu pelaburan kerana ianya mudah sahaja untuk diakses secara atas talian. Sudah semakin banyak artikel atau video sharing yang berkongsikan tentang ilmu pelaburan yang betul.
Tapi, tidak disangkal juga dengan kemajuan teknologi kini, semakin maju juga scammer di luar sana yang cuba untuk mengaut keuntungan dengan menipu masyarakat kita yang tidak mempunyai ilmu yang cukup tentang pelaburan dan mereka yang tamak dan terpedaya untuk mendapatkan pulangan keuntungan setiap bulan dari pelaburan yang dimasuki.
Namun, pada kali ini saya tidak ingin mengetengahkan soal scammer kerana saya telah banyak kali berkongsikan menegenai scammer dalam artikel-artikel saya yang lepas. Apa yang saya cuba bawakan pada anda kali ini adalah mengenai perbezaan antara Melabur dan Berjudi.
Apabila seseorang melabur, hanya ada dua sahaja kategori yang dipegang olehnya sama ada dia seorang pelabur atau dia sebenarnya seorang penjudi. Seorang pelabur boleh juga jadi seorang penjudi apabila dia bertaruhkan harta atau wangnya untuk mengaut keuntungan. Macam mana tu ye?
Melabur
Apa itu melabur?
Ia adalah pelaburan yang dilakukan ke dalam stock, property atau pelaburan lain atas pandangan bahawa wang pelaburan tersebut akan membuat beberapa pulangan dalam jangka masa yang panjang. Dan pelaburan yang dilakukan pula disokong oleh aset yang mempunyai nilai asas yang boleh dikira dan disahkan.
Sebagai contoh, anda membuat pelaburan di dalam stock market. Sudah tentu ia memakan masa yang lama seperti 5 ke 10 tahun untuk anda mendapat pulangan ROI semula. Setiap stock yang anda laburkan pula sudah tentu dinilai terlebih dahulu sama ada syarikat tersebut kukuh atau tidak dan jenis produk yang dipasarkan pula dikaji sama ada boleh kekal lama atau tidak dalam industri. Setiap pelaburan yang dilakukan perlu dikaji dan di lihat fundamental analysis nya terlebih dahulu.
Begitu juga dengan pelaburan yang anda lakukan dalam property. Sekarang ni ramai sudah mula terdedah dengan pelaburan dalam property di mana anda beli property pada masa harga rendah seperti ketika dilelong dan tempatnya juga strategik. Ada juga pelabur yang memilih kawasan hot atau kawasan yang bakal dimajukan. Jadi, nilai property tersebut akan menjadi mahal jika kawasan tersebut dibangunkan pada masa akan datang.
Inilah namanya pelabur yang membuat pelaburan. Setiap wang yang dilaburkan sudah ada asas yang kukuh dan hanya perlu menanti pulangannya sahaja.
Namun, bezanya antara melabur dan berjudi adalah apabila anda melakukan perkara-perkara seperti di bawah ini.
Berjudi
Anda bukan lagi seorang pelabur apabila anda terus melabur tanpa melakukan sebarang kajian terhadap pelaburan yang anda lakukan. Anda hanya berharap agar pelaburan yang anda lakukan akan mendapat pulangan keuntungan pada masa akan datang.
Sebagai contoh, anda melabur di dalam bitcoin dengan tidak mengambil tahu akan apakah sebenarnya sistem bitcoin tersebut. Anda hanya terpana dengan kenaikan harga bitcoin yang mencanak-canak naik dalam jangka masa yang singkat sahaja. Dan apa yang anda tahu, anda akan dapat keuntungan jika harga bitcoin terus meningkat. Jika anda berfikiran begini, ini bermakna anda telah meletakkan diri anda bukan lagi pada seorang pelabur tapi penjudi.
Walaupun bitcoin kini sudah menjadi satu trend pelaburan kerana daya tarikannya, namun tiada asas yang menyokong akan nilai bitcoin untuk berdiri kukuh. Ia juga tidak dikawal oleh mana-mana institusi kewangan seperti Bank Negara Malaysia (BNM) atau bank negara lain. Sistem bitcoin ini hanya bergantung kepada alam maya dan blockchain sahaja.
Seperti apa yang saya kongsikan kepada peserta Retire Young Retire Rich (RYRR) pada minggu lepas, setiap apa yang naik pasti akan turun. Seperti chart pasaran Dow Jones, Stock Market, Gold dan banyak lagi. Selepas sampai satu tahap kenaikan, pasaran akan membuat terjunan dalam jangka masa yang singkat sahaja.
Sebab itu, adalah penting untuk anda tahu apakah asas kepada nilai sesuatu pelaburan tersebut. Bukan main terjah dan berharap sahaja. Anda perlu hadam semua ilmu pelaburan dahulu, buat analisis, buat kajian, buat pemantauan, kemudian baru anda tentukan sama ada ingin meneruskan pelaburan atau pun tidak.
Jadi, di manakah situasi anda sekarang ini?
Adakah anda melabur? Atau anda berjudi??
.
.
Sila SHARE jika anda rasa ia memberi munafaat pada yang lain.
Melabur: Dengar pendapat pakar.
Berjudi: Dengar kata hati.
Wan recently posted…Buka Akaun SSPN-i Online Untuk Memudahkan Anak Memohonan PTPTN?
Tq ir