Assalamualaikum & Salam Ceria Semua..

Sedar tak sedar, kita dah pun melangkahi tahun 2018. Mungkin masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua yang masih tetap menjadi pembaca setia website saya ni.

So, bersempena tahun 2018 ni, saya cuba come out dengan satu idea baru untuk bantu lebih ramai orang di luar sana jana pendapatan mereka sendiri dengan trading gold.

Kalau anda ingat, saya pernah pergi ke Milan, Itali pada bulan 10 tahun lepas. Saya antara dari 30 orang pakar teknikal analisis Malaysia yang terpilih untuk pergi ke persidangan teknikal analisis peringkat antarabangsa yang dipanggil IFTA (International Federation of Technical Analysts). Dan kalau tak silap saya, tahun depan IFTA ini bakal dilangsungkan di Malaysia pula.

So, semasa conference tersebut, boleh dikatakan hampir 80% speaker memperkatakan mengenai gelombang Algorithm dan Artificial Intelligence (AI) dalam bidang trading dan pelaburan.

Sebelum ini saya ada 1 persepsi NEGATIF apabila orang bercakap tentang penggunaan engine dalam trading atau lebih dikenali sebagai robot. Saya akan menolak dan berkata mana mungkin robot boleh mengawal pasaran, sedangkan manusia lebih hebat dari robot! Tak gitu?

Namun, apabila saya melalui 1 saluran ilmu yang betul dan mendengar perbahasan secara ilmiah dari pakar-pakar dunia. Terketuk di hati saya untuk membuka minda untuk cuba memahami apakah itu ROBOT.

So, pada hujung minggu lepas, saya spend masa 2 hari saya pergi ke kelas Robot untuk absorb dan cuba memikirkan bagaimana formula Trade Gold For Money (#TG4M) yang pada tahun ini pihak Akademi JL telah sajikan ia dalam bentuk virtual iaitu DVD & Flash Card USB yang diberi nama Gold Trading Intensive (#DvdGTI) ini dapat saya upgradekan lagi untuk bantu lebih ramai orang.

Sengaja saya buat dalam dua bentuk sebab bagi yang nak mainkan dalam bentuk dvd, boleh gunakan disc. Dan bagi yang nak senangkan kerja, pergi mana-mana pun boleh belajar, boleh gunakan flash card USB.

Berbalik pada kelas yang saya hadiri tu. Setelah mengikuti kelas selama 2 hari, saya melihat ianya adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan. Lebih-lebih lagi ia akan dapat membantu mereka yang telah membeli #DvdGTI saya untuk entry dan exit dalam pasaran gold dengan mudah.

Persepsi saya tentang robot ni telah bertukar. Jika sebelum ni saya fikirkan robot ni hanya punca kerugian aje. Tapi sebenarnya persepsi saya sebelum ini tak salah pun. Sebab apa? Disebabkan sebelum ni saya dihidangkan dengan robot yang 'kurang bijak'. Sebab maybe robot tersebut kita 'jumpa di tepi jalan', kurang kualitinya. Dan sebab itu jugalah robot tu menyebabkan kita hanya mengalami kerugian.

So, apabila kita dapat design robot yang memenuhi keperluan kita, orang kata 'tailor made' dengan kehendak kita. Then kita sebenarnya dah cuba clone apa yang ada di otak kita.

Saya boleh simpulkan apa yang saya katakan begini; jika dahulu orang semua tahu bahawa kereta perlu di pandu oleh pemandu. Tapi sekarang kita semua telah boleh menerima hakikat bahawa kereta juga boleh dipandu oleh kereta itu sendiri yang mempunyai 'otak' yang dicipta oleh manusia. Then manusia di dalam kereta tersebut boleh tiba ke destinasi sebagaimana yang telah diprogramkan oleh 'penumpang' itu sendiri. Pada masa yang sama, banyak kerja dan urusan lain yang boleh dilakukan semasa perjalanan.

Persoalannya...  Adakah kereta tersebut jika dipandu oleh 'otak' kereta tidak akan berlaku accident? Cuba kita tanya semula pada diri kita.  Statistik kemalangan di Malaysia sekarang pun disumbangkan oleh 'pemandu' kereta yang bernama MANUSIA kan?!

Jika saya lihat kehadapan, sebenarnya saya rasa saya ni dah tertinggal jauh kebelakang. Apabila berada di dalam conference tersebut, terasa jahil sangat diri ini berbanding dengan ilmu dan teknologi yang telah 'orang luar' kuasai.

Namun saya sematkan dalam diri untuk tahun 2018 adalah permulaan tahun untuk melangkah lebih jauh ke hadapan. Selagi saya masih bernafas, selagi itu saya masih berpeluang untuk majukan diri. Orang kata, kalau tak boleh jalan seiring dapat follow belakang agar tidak ketinggalan pun dah kira ok laaa kan! Setuju tak ?

Sempat bergambar dengan John Bollinger (Bollinger Band) Ha Ha Ha..

Ucapan terima kasih & tahniah kepada MATA - Persatuan Teknikal Analisis Malaysia yang telah menganjurkan kelas yang basic tapi cukup untuk buka minda saya untuk start berfikir cara Robot! He he he

InsyaAllah, tahun 2018 ini akan penuh dengan warna warni yang lebih indah.

"Hidup perlukan CABARAN,Tapi cabaran sebenarnya datang dari diri KITA sendiri"

Jom melangkah.... Banyak lagi tugas yang perlu dilakukan ...

Salam Sayang,

Ir Sofian

Jika anda rasa posting ni bermunafaat, SHARE pada rakan anda yang lain ye.

#irsofian

#akademijl

#tg4m

#dvdgti

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.