Salam Jumaat..
Alhamdulillah. Hari Jumaat yang penuh barakah ini dilimpahi dengan hujan rahmat dari Allah swt. Sejukkan cuaca hari ni? Dah macam kat London dah rasanya. Selalunya kita kepanasan. Apa salahnya pula kan sekali sekali merasa cuaca sejuk damai macam ni kan!
Sedar tak sedar, dah masuk jumaat yang kedua untuk tahun baru ni. Sekejap aje masa berlalu, dah 2 minggu untuk tahun 2018. Adakah masih ada lagi yang membina azam dan impian untuk tahun 2018 ni??
Saya pun ada azam untuk tahun ni. Untuk tahun ni, saya rasa satu yang special sebab saya dah LAUNCH satu produk terbaru yang mampu untuk bantu anda di luar sana belajar TRADE GOLD hanya dari rumah sahaja.
Belajar Trading
Jika sebelum ni, saya hanya menjalankan program berbentuk kelas. Siapa yang nak belajar, kena datang dan menuntut ilmu dengan saya. Seperti program Trade Gold For Money (#TG4M) yang dah berlangsung selama 3 tahun ni.
Tapi, sepanjang proses itu jugalah saya terima banyak permintaan dari orang di luar sana. Ramai yang nak belajar, tapi tak dapat nak hadir sebab jauh, tak kena dengan masa mereka, dan macam-macam lagi. Ada yang bertanya, tidak ada ke saya jual DVD tentang ilmu TG4M ni. Supaya mudah bagi mereka pelajarinya dari rumah.
Ada DVD Tak?
Sama juga dengan student TG4M saya. Dia orang pun kalau boleh nak dapatkan DVD ilmu TG4M ni sebab sekurang-kurangnya mudah bagi mereka untuk mengulangkaji semula apa yang saya ajarkan di dalam kelas.
Apabila saya fikir-fikir balik, akhirnya saya membuat keputusan untuk mengeluarkan DVD khusus untuk orang di luar sana belajar trading gold dari rumah. Betul! Saya tak dapat nak 'guide' semua orang yang nak tingkatkan taraf hidup mereka dengan belajar trading gold ni hanya di kelas saja.
Kalau boleh saya nak bantu lebih ramai orang di luar sana supaya mereka dapat buat pelaburan dalam trading gold ni dengan cara dan sistem yang betul. Sekurang-kurangnya, mereka dapat belajar satu instrumen baru yang dapat membantu mereka menjana pendapatan sampingan setiap hari.
Jangan risau! Selama saya mengajar TG4M ni, memang kebanyakannya student saya adalah 'newbie', iaitu orang yang memang 'zero knowledge' pasal trading ni. Tapi, selepas mereka belajar dan serap ilmu yang saya berikan, Alhamdulillah. Mereka berjaya buat duit poket sendiri.
Masa Yang Fleksibel
Apa yang bestnya pasal trading gold ni, anda boleh lakukan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian anda. Jika anda rasa tak ada masa untuk trade pada waktu pagi, anda boleh buat pada waktu petang. Jika anda rasa petang pun tak ada masa, anda boleh trade pada waktu malam.
Ikut pada masa yang anda boleh allocate kan. Sebab market gold ni bergerak 23 jam sehari. So, tak ada alasan untuk anda tidak boleh trade.
Bukankah ia lebih bagus dan mudah berbanding anda buat kerja part time yang lain? Saya tak nafikan, ramai orang kita sekarang ni buat kerja lebih dari satu. Masing-masing cuba untuk menambahkan pendapatan tak kira yang bujang ke, atau yang sudah berkahwin. Ada yang siangnya bekerja makan gaji, dan malamnya buat kerja sampingan seperti berniaga atau memberikan perkhidmatan 'uber'.
Begitu juga dalam kalangan wanita yang saya boleh kata majoriti wanita di luar sana banyak menjalankan bisnes secara online. Ada yang keluarkan produk sendiri dan ada yang jadi agen atau dropship untuk produk orang lain. Sekurang-kurangnya mereka dapat komisyen dari jualan produk tersebut. Dari suri rumah, student, hinggalah pekerja kerajaan atau swasta. Masing-masing cuba untuk dapatkan side income dari pelbagai arah.
Saya 'salute' dengan sikap mereka ini yang cuba sedaya upaya untuk keluar dari zon selesa dan merubah taraf hidup ekonomi masing-masing. Bukan mudah nak 'survive' dalam keadaan ekonomi sekarang ini.
Dengan harga barang yang semakin hari semakin mahal. Dengan harga minyak petrol yang berubah-ubah setiap minggu. Selalunya naik je, jarang nak jumpa turunnya. Dan dengan ekonomi dunia sekarang ni yang semakin menghampiri kitaran krisisnya. Saya percaya, masih ramai lagi di luar sana yang mencari jalan penyelesaian untuk mereka merubah nasib hidup mereka.
Ilmu Trading Gold
Oleh itu, saya rasa terpanggil untuk membantu anda di luar sana mempelajari ilmu tentang pelaburan dalam trading gold dengan cara yang betul. Serius saya cakap, masih ramai lagi yang tidak tahu pasal pelaburan trading gold ni dengan betul. Ada yang salah faham dengan melihat chart pada market gold ini, mereka katakan yang ia adalah forex.
Sebab itu saya perlu 'tune' balik minda mereka ini supaya mereka dapat ilmu yang sebetulnya. Chart pada market gold atau chart yang selalu saya share kan pada posting saya di FB saya bukanlah bermaksud ianya forex. Chart adalah chart. Forex hanyalah salah satu medium trading.
Contoh paling senang saya tunjukkan adalah harga minyak. Cakap aje harga minyak, saya rasa semua orang pun tahu negara kita dah mula ikut harga minyak dunia. Kalau minyak naik, naiklah harganya. Kalau minyak turun? Ha ha ha.. Turunlah kot sikit kan.
So, chart yang anda lihat forex tu pun ada pada harga minyak. Dari chart tu lah kita boleh tahu harga minyak dunia naik atau turun. Senang kata, semua komoditi seperti minyak, soya, gula, jagung, emas, perak, matawang, semuanya mempunyai chart masing-masing.
Sama juga macam saham yang didagangkan di Bursa. Yang anda dok dengar berita kat tv tu, "Hari ini KLCI ditutup rendah". Semua saham syarikat pun ada chart mereka juga. Nak kata forex lagi ke?? Sebab tu pentingnya untuk belajar. Supaya kita tak salah menyebarkan maklumat kepada yang lain.
Repeat Play
Sebab itu jugalah saya tubuhkan AJL (M) Sdn Bhd untuk 'educate people' tentang ilmu pelaburan trading yang betul. Tapi tak semua orang nak datang kelas saya kan?? So, ambil inisiatif baru saya ni, belajar dengan betul dari DVD yang saya hasilkan. Anda boleh belajar dari rumah aje. Kalau tak faham, anda boleh ulang-ulang dan ulang lagi sehingga anda hadam apa yang saya sampaikan.
Apa yang uniknya DVD ni, bukan sahaja ada kompilasi silibus lama yang sudah tidak diajar oleh saya lagi. Tapi, saya juga tunjukkan secara live dalam platform trading, bagaimana cara untuk anda melihat market dan trade. Anda boleh follow satu persatu apa yang saya ajarkan. Itu je ke??
Eh, Tak lah. Saya juga bekalkan kepada anda buku 'workbook' untuk anda catat pemahaman anda dan anda boleh buat ulang kaji semula. Kan orang kata, nak hadam sesuatu ilmu itu kita kena dengar, tulis dan baca kembali. So, anda boleh gunakan workbook tu untuk review kembali ilmu yang saya ajarkan.
Siap saya bagi bonus lagi tau. Anda akan dapat buku "Planner For Trader" yang boleh dijadikan sebagai 'diary' trading anda. Lepas dah tengok DVD, dah ulangkaji, so kena ada plan untuk trade lah. Tak kisahlah anda nak gunakan untuk diary akaun demo anda ke, atau anda nak buat diary untuk akaun real anda. Terpulang. Sebab buku planner tu memang sangat membantu anda menyusun target dan cara trading anda. Dari situ juga anda boleh tengok 'performance' anda dan belajar dari kesilapan yang anda lakukan.
Sebenarnya banyak lagi yang saya berikan selain dari yang saya sebutkan di atas tadi. Tapi itulah. Anda berminat ke tidak? Sebab apa yang saya lakukan ini adalah untuk bantu orang yang bantu diri mereka aje. Bagi mereka yang cakap aje nak ubah nasib tapi tak bantu diri sendiri, saya nak tolong macam mana pun tak guna juga. Sebab dia kena ada komitmen kedua-dua belah pihak. Tak gitu??
So, bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang DVD yang saya maksudkan, anda boleh layari ==>> https://dvdgti.com/ atau picit gambar lelaki handsome di bawah ini.. Ha Ha Ha
Apa pun, saya ucapkan 'All The Best' buat semua pembaca setia website saya ni. Semoga tahun 2018 ini merupakan tahun bertuah buat anda dan tahun anda berjaya menggapai impian anda semua.
Biarlah kita bermula dengan angan-angan dan impian yang akhirnya membawa kita ke arah tersebut daripada kita langsung tiada destinasi yang kita nak tuju.
Salam Sayang & Salam Ceria dari saya,
Ir Sofian
#tg4m
#dvdGTI
#akademijl