Simpanan
Berapa ramai antara kita ni yang ada buat simpanan?? Cuba angkat tangan sikit. Dalam era zaman ekonomi meleset ni, zaman harga barang semua naik ni, entah berapa ramailah dari kita ni dapat nak menyimpan kan? Mesti ada yang terasa sangat susah betul nak menyimpan. Tapi sangat mudah betul kalau nak perhabiskan duit? Betul ke betul?
Bila kita cakap soal simpanan, mesti ramai yang rasa susah nak menyimpan kan! Ye lah. Itu nak tanggung, ini nak tanggung, itu nak bayar, ini nak bayar. Semua perlukan duit. Tapi sedar atau tak, fikiran kita ni asyik fikirkan soal nak bayar itu ini aje. Secara tak langsung otak kita berfikiran negatif dan telah merangsang benda-benda negatif ni datang. Apa kata bermula hari ni, anda cuba tukar cara pemikiran anda. Jom kita fikirkan sesuatu yang positif dulu supaya benda-benda positif yang akan datang pada kita. Nampak je macam kecil je kan perkara ni. Tapi dia memang bagi impak yang besar.
Sebab tu anda kena kaji cara pemikiran orang kaya dan berjaya ni. Perhatikan apa yang dia buat, apa yang dia fikir, dengan siapa dia bergaul, dia duduk dalam 'circle' yang macam mana dan banyak lagi. Sebab selalunya dia orang ni selalu fikirkan soal duit masuk. Bukan duit keluar. So, bagi anda yang masih tercari-cari tips nak simpan duit, mungkin anda boleh gunakan tips-tips yang dikongsikan di sini untuk anda aplikasikan. Sekurang-kurangnya anda dah bermula step awal daripada tidak melakukan apa-apa tindakan.
Tips Simpan Duit
1. Settel kan Hutang Lepas & Stop Buat Hutang Baru
Jika anda mempunyai hutang yang ditanggung, apa kata anda settle kan dahulu hutang anda. Kalau boleh jangan biarkan sampai melarat. Kalau boleh langsaikan, langsaikan terus. Jangan tangguh-tangguh. Sekiranya adan dah selesaikan hutang anda, jangan pula anda buat hutang baru. Sebab apa? Sebabnya, kalau boleh kita nak buang benda negatif menempel kat diri kita. Bila anda dah tak berhutang, fikiran anda tidak akan memikirkan soal hutang dah. Jadi, anda boleh berfikiran positif dan ini akan merangsang benda positif datang. Kalau anda tak percaya, apa kata anda cuba dahulu?
2. Reward Diri Sendiri Dahulu
Bila anda dapat duit, apa perkara utama yang anda lakukan? Beli barang?? Bayar bil?? Ops! Cara anda tu salah. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah bagi 'reward' kat diri anda sendiri. Reward yang macam mana?? Reward yang bukan mendatangkan liabiliti pada anda, tetapi aset buat anda.
Sebagai contoh, anda dapat gaji, anda terus beli emas untuk diri anda. Tak kiralah emas perhiasan atau emas jenis coin atau bar. Emas ini akan jadi aset anda dan ia memberi jaminan kepada hidup anda akan datang. Selalunya kebanyakan kita ni reward diri kita dengan benda liabiliti seperti beli itu ini untuk kepuasan diri sendiri. Tapi ianya tak mendatangkan munafaat pun buat diri kita. So, duit kita habis gitu je lah kan! Lepas ni anda kena tukar konsep 'reward' buat diri anda. Cari sesuatu yang boleh dijadikan aset. Makin banyak aset, maka ia akan menarik banyak lagi aset.
3. Tetapkan Matlamat Sebab Apa Menyimpan
Jika anda nak menyimpan, anda kena set kan matlamat anda. Kenapa anda nak menyimpan? Sebab apa? Untuk apa?
Benda ni penting sebab bila kita tahu matlamat dan target kita, baru kita ada hala tuju nak menuju ke destinasi tu. Cuba bayangkan kalau anda kata nak pergi jalan-jalan ke suatu tempat. Tapi anda tak tetapkan matlamat anda betul-betul. Anda tak tetapkan nak jalan ke mana. Anda tak letakkan target untuk apa anda nak jalan-jalan, samada untuk release tension ke, atau bersukaria ke. Anda tak letakkan target berapa peruntukkan anda nak sediakan untuk kos jalan-jalan tersebut. Anda cuma tahu nak jalan je. Rasa-rasa jadi ke perancangan anda tu nanti?
Sebab tu kalau nak menyimpan pun kena ada matlamat. "Okay, aku nak simpan duit nak beli rumahlah." Atau kalau beli rumah macam mahal sangat pula.Anda boleh tetapkan matlamat lain. "Aku nak simpan duit untuk pergi umrah 2 tahun lagi". Lagi terperinci matlamat dan perancangan yang anda tetapkan, lagi mudah untuk anda menuju target yang anda ingin capai.
4. Buat Simpanan Jangka Panjang
Kalau anda rasa susahnya nak simpan duit sebab bulan-bulan nak pakai duit je. Apa kata anda menyimpan sikit-sikit tapi konsisten untuk jangka masa panjang. Sebenarnya, tak kisah berapa banyak gaji anda, kalau tak ada inisiatif nak menyimpan, duit banyak atau sikit mana pun akan habis.
So, apa kata anda simpan sikit tiap bulan. Kalau rasa 10% dari gaji pun susah nak simpan, turunkan jadi 8% atau 5%. Lepas tu simpan dalam bank yang anda takkan kacau. Macam contoh Tabung Haji. Sebab apa Tabung Haji? Sebab dividen tinggi ke? Haa.. sebabnya Tabung Haji mana ada kat atm. So, anda tak boleh suka-suka hati nak keluar duit. Nak keluar kena pergi kaunter, beratur panjang. Kan? Cara ni memang sangat membantu anda untuk konsisten menyimpan. Sedar tak sedar, anda akan terbiasa menyimpan dan duit simpanan anda pun tiap tahun akan makin banyak. Untung-untung anda dah boleh daftar haji dan buat duit simpanan tu untuk pergi haji. Betul tak? Kan syok macam tu.
5. Rekod Aliran Keluar Masuk Duit
Anda pernah tak buat rekod atau catatkan perbelanjaan wang anda?
Tak pernah?? Haa.. Lepas ni anda boleh cuba rekod perbelanjaan anda. Sebabnya dari rekod tersebut anda akan tahu kemana anda salurkan wang anda ni. Berbaloi ke tidak. Dari situ juga anda akan tahu anda ni jenis boros ke tak. Kadang-kadang tu kita tak perasan duit yang kita keluarkan tu untuk sesuatu yang tak penting pun. Kadang kita tak guna pun. Jadi, bila anda rekod perbelanjaan anda, sekurang-kurangnya anda tahu apa anda buat dengan duit anda. Kata nak menyimpan kan! Jadi kena cut off mana-mana belanja yang tak pentinglah. Janganlah dapat gaji je terus beli itu ini. Selagi ada promosi. Walaupun promosi tu tak ada kaitan pun dengan keperluan kita. Tapi biasalah, nafsu kan! Lepas ni anda kena pandai-pandai pantau dan kawallah perbelanjaan anda. Barulah boleh menyimpan lebih banyak dari berbelanja.
6. Elakkan Penggunaan Kad Kredit
Isu kad kredit ni pun penting juga. Siapa kat sini muda-muda lagi dah ada kad kredit?? Saya nasihatkan pada yang muda belia remaja lagi tu, kalau boleh elakkan daripada guna kad kredit. Mudah memang mudah. Swap je beli itu ini. Tapi, bila bab nak kena membayar balik, mulalah rasa sesak.
Sebab tu juga ramai anak muda yang bankrup sebab isu tak mampu bayar kad kredit ni. Lainlah kalau gunakan pada cara yang betul. So, better elakkanlah dari guna kad kredit. Tak adalah pantang nampak itu ini nak beli.
7. Buat Bajet Perbelanjaan Bulanan
Jika sebelum ni saya ada cakap rekodkan perbelanjaan anda kan? So, selain dari anda rekodkan perbelanjaan, anda juga boleh buat bajet perbelanjaan bulanan. Senaraikan siap-siap apa perbelanjaan yang anda perlu keluarkan kos.
Contohnya senaraikan bil yang anda nak bayar seperti sewa rumah, bil api air, ansuran kereta atau motor, nafkah anak bini, barang dapur, belanja untuk parents, dan lain-lain perbelanjaan. Jangan lupa juga simpanan untuk diri sendiri. Kena masukkan juga tu. Lepas tu anda sendiri boleh tengok setiap bulan memang nilai tu yang anda kena peruntukkan. Ada lebih, boleh simpan lebih. Cara macam ni lagi mudah sebab anda dah nampak teratur dan sistematik ke mana wang anda disalurkan. Sekurang-kurangnya anda dah tak boleh nak lari dari bajet bulanan anda. Kalau anda nak beli benda lain yang bukan keperluan, anda akan fikir 2 3 kali sebab kalau beli, bajet anda lari.
8. Jangan Menyimpan @ Melabur Dalam Skim Cepat Kaya
Amaran keras!!
Jangan gatal tangan nak simpan duit atau melabur dalam skim cepat kaya. Konon nak duit anda cepat ganda, cepat dapat keuntungan, atau nak banyak duit cara mudah aje. Tapi sebenarnya anda hanya merugikan diri sendiri. Wang yang anda jadi lebur. Wang yang dinantikan seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Dah banyak dah kes scammer ni tapi peliknya masih aje ada lagi yang ditipu.
Kalau anda nak sangat melabur, cari saluran yang betul dan selamat.
9. Tetapkan Target Sasaran 'Note' Duit
Kalau nak, anda boleh tetapkan target sasaran 'note' berapa yang anda nak simpan. Cara ni dah ramai yang guna dan aplikasikan. Memang boleh simpan banyak punya. Asalkan konsisten.
Contoh, anda target nak simpan 'note' RM5 dalam tabung. Setiap kali anda dapat RM5 je, buat-buat tak nampak, simpan terus dalam tabung. Lagi kerap anda dapat, lagi banyak anda simpan. Jangan tak percaya pula orang yang guna sistem ni boleh kumpul dalam puluh ribu dalam tempoh setahun tau! Asalkan anda konsisten dengan simpanan anda.
10. Buat Potongan Gaji Secara Automatik
Kalau anda jenis yang rasa susah nak simpan sendiri, anda boleh guna cara yang terakhir ni. Buat potongan terus dari gaji anda secara automatik. Haa.. Cara ni memang berkesan untuk orang yang liat nak menyimpan. Masuk aje gaji, terus dia potong gaji anda untuk saving. Sekarang ni dah banyak bank boleh buat simpanan macam ni. Anda tetapkan nak potong berapa dari gaji anda. Berapa lama pula andabnak dia dipotong. Setahun? 5 tahun? 10 tahun?
Cara simpan paksa rela ni memang menjadi. Makin lama sudah tentu makin banyak wang simpanannya. Orang kata buat pejam-pejam mata aje. Buat tak nampak aje. Yang pasti diakhirnya nanti, anda akan tersenyum gembira melihat wang simpanan anda yang tak disangka-sangka tau.
Dah Sedia Ke Nak Menyimpan??
Apa tunggu lagi?? Tips dah diberikan. Tinggal untuk diaplikasikan je dalam kehidupan anda. Kalau anda bertindak awal, maka awallah juga anda mempunyai simpanan. Kalau lambat anda bertindak, alamatnya belum tentu lagi anda akan menyimpan.
Sebab apa anda kena menyimpan awal-awal?? Penting ke menyimpan ni? Kalau tanya saya, of course lah penting sebab tanpa simpanan, apa yang tinggal pada diri anda?? Kalau waktu sesak nanti, takkan anda nak meminjam? Kalau nak bergolok gadai, apa yang anda nak gadaikan? Lagi-lagi akan datang ni dunia akan mengalami kegawatan ekonomi. Masa tu masihkah anda tetap stabil dengan pekerjaan anda?? Kadang-kadang kita tak tahu nasib kita kemudian hari.
So, apa yang boleh kita lakukan adalah buat yang terbaik pada masa sekarang ini supaya masa akan datang kita akan lebih baik.
.
.
Sila SHARE posting ini pada rakan-rakan yang lain supaya mereka juga ada kesedaran untuk menyimpan. 🙂
#irsofian #akademijl #tg4m #DvdGTI