Life Trader 

Adakah anda seorang trader??

Adakah anda melakukan urusniaga trading setelah mempelajari ilmu trading yang betul??

Pada pagi-pagi hari lagi anda dah buka market. Anda cuba melihat keadaan market yang anda trade. Nak tengok market tersebut okay atau tak. Tak pun anda cuba lihat posisi yang anda telah entry semalam, adakah ianya masih dalam keadaan profit atau anda sudah loss..

Atau pun, sambil-sambil berada di tempat kerja melakukan rutin kerja harian, anda cuba curi-curi tengok market di dalam phone. Perasaan  ingin tahu tentang keadaan market membuak-buak pada waktu tu. Anda risau kalau-kalau posisi yang diambil tak seiring dengan trend yang sedang berlangsung.

Begitu juga pada waktu malam. Sambil-sambil duduk di depan televisyen, anda buka chart dan lihat keadaan market yang anda trade. Selagi mana posisi yang anda entry belum close, selagi itu anda akan rasa resah dan gelisah.

Siapa yang selalu rasa macam ni?? Angkat tangan sikit.. Ha Ha Ha.

Nampak serius kan! Ha Ha Ha..

Memang kebiasaannya trader akan mengalami perasaan seperti ini setiap kali melakukan urusniaga trading. Satu perasaan yang tidak boleh terlepas daripada setiap trader, iaitu 'FEAR'!

Ada trader yang 'takut' sebab risau wang yang dilaburkan lebur begitu sahaja. Ada trader yang 'takut' nak entry dalam pasaran sehingga nak tekan atau picit butang entry pun makan masa berminggu-minggu. Ada juga trader yang 'takut' dengan posisi yang diambil kerana tidak yakin dengan strategi analisis yang dilakukan.

Dan banyak lagi trader lain yang mempunyai perasaan yang sama sehinggakan apabila mendapat keuntungan, terus mereka cepat-cepat tutup posisi. Sedangkan semasa mereka melihat kerugian, mereka takut nak tutup posisi dan berharap market akan follow balik posisi mereka.

Haa.. Ini dah satu masalah ni.. Perasaan takut sebeginilah yang akan menghancurkan trader dan menjadikan mereka tergolong dalam golongan 90% trader yang gagal.

Untuk itu, saya ingin kongsikan kepada anda 7 Ubat untuk anda mengatasi perasaan FEAR dalam trading. Pastikan anda ambil ketujuh-tujuh ubat ini, barulah anda dapat atasi perasaan fear yang menyebabkan hidup anda gelisah sepanjang trading nanti

7 Ubat Fear Dalam Trading

1) Kenalpasti contoh trading anda:

Sebelum melakukan sebarang urusniaga trading, atau sebelum anda terjebak dalam dunia trading ni, anda kena kenalpasti apakah contoh trading yang anda inginkan.

Adakah anda ingin melakukan entry untuk short term? Atau anda lebih prefer untuk long term?

Kalau anda nak entry untuk short term, pastikan anda pelajari teknik trading untuk short term dan buat analisa untuk short term. Begitu juga sebaliknya jika anda memilih untuk berada lama dalam pasaran.

Sebab jika anda tersalah entry, itu yang menyebabkan dada anda berdebar-debar. Habis semua peluh keringat membasahi dahi ke kaki. Ha Ha..

 

2) Tinggalkan apa yang anda ada dengan selamat dan pastikan duit saving anda sentiasa cukup:

Jika anda hendak melabur dalam dunia trading, pastikan anda tidak melaburkan kesemua wang anda. Yelah, kadang-kadang, ada juga spesis orang yang ada duit selonggok ni, nampak aje trading ni bagus, boleh dapat untung banyak, terus nak laburkan semua.

Kalau boleh, janganlah buat macam tu. Jangan habiskan kesemua wang anda tu.. Orang kata, jangan letakkan semua telur dalam satu bakul. Bahaya tu.. Melabur melabur lah juga kan. Tapi biarlah anak bini cukup makan pakai.

Sebab itu penting untuk anda asingkan modal anda.  Asingkan siap-siap berapa aje yang nak digunakan untuk permulaan modal. Sekurang-kurangnya anda tidak kehabisan kesemua wang anda jika anda tersilap langkah.

Biasalah... Kan dunia trading ni berisiko. Lebih-lebih lagi untuk orang yang newbie dalam bidang trading. Pengalaman pun masih belum cukup. Sebab tu anda perlu ambil langkah berjaga-jaga. Kalau ada saving, jangan pula gunakan saving anda tu..

 

3) Pastikan anda mendapat ilmu & informasi yang cukup dan betul:

Apabila kita nak melakukan sesuatu pelaburan seperti trading ni, perkara yang paling penting sekali adalah anda kena dapatkan ilmu dan informasi yang secukupnya. Hanya dengan ilmu yang betul dan cukup mampu membuatkan 'ketakutan' anda terhadap risiko dalam trading berkurangan.

Sistem ni sama aje macam anda nak masuk exam. Kalau anda tak standby baca, faham dan hadam akan topik exam tersebut, mampu ke anda jawab dengan baik?? Bila anda dah buat persediaan secukupnya, kan anda mampu hilangkan perasaan takut dalam diri anda.

Macam tu jugalah dalam trading. Ilmu aje tak cukup kalau ianya bukan ilmu yang betul. Pastikan anda dapat ilmu yang betul! Yang mengajarkan kepada anda tentang cara-cara untuk mengawal risiko dan bukannya yang mengajarkan anda buat keuntungan berlipat kali ganda tanpa mengenal erti kerugian.

Pergilah menimba ilmu dahulu sebelum anda trade. Dah ada basic, dah praktis dalam demo, baru anda boleh mulakan dengan akaun real anda.

 

4) Buat persiapan yang mantap dan lengkap seperti kelengkapan trading & buat persiapan minda dengan kemungkinan yang akan berlaku seperti untung dan rugi:

Nak jadi trader ni anda kena buat persiapan lengkap samada dari segi fasiliti atau minda. Bukannya kalau anda kata nak trade, terus trade je. Saya paling tidak menggalakkan student saya gunakan phone untuk trade sebab banyak benda yang kita kena check dan analisis dulu sebelum buat keputusan. Dan phone tak mampu bagi kesemua tu..

Sebab tu anda kena ada pc ke atau laptop khusus ke untuk anda trade. Lagi bagus kalau anda ada tempat yang khusus untuk anda trade seperti sebuah bilik yang ada meja dan kerusi khas untuk anda menelaah market dan trade.

Selain itu, persiapan minda juga perlu dilengkapkan. Anda tak boleh nak anggap yang trade ni membawa untung je. Setiap langkah yang anda ambil, anda harus kira untung dan ruginya. Anda harus bersedia menerima berapa maksima kerugian sekiranya anda silap langkah. Barulah anda tidak mengalami 'culture shock' semasa trading nanti.

 

5) Pastikan anda ada tools yang terbukti boleh membawa anda ke arah yang anda hendak capai:

Tools yang dimaksudkan di sini boleh merujuk kepada banyak benda. Boleh jadi ia adalah 'method' yang anda pelajari. Boleh jadi juga ia adalah 'jemaah' yang bersama anda dan saling menyokong untuk sama-sama berjaya. Dan boleh jadi juga ia adalah mentor atau sifu anda yang sentiasa memberikan tunjuk ajar.

Kesemua tools di atas memang sudah terbukti berjaya dan anda hanya perlu follow rentak mereka.

 

6) Kosongkan minda anda dan percaya 100% kerana ada mentor @ coach yang akan memandu anda, memberitahu kelemahan anda dan cara untuk memperbaikinya:

Untuk belajar sesuatu, anda perlu kosongkan minda anda. Jangan campur adukkan sistem yang anda telah pelajari dari kelas yang lain kerana lain guru lain caranya. Kalau anda campur adukkan ilmu tersebut, susah untuk anda hadam apa yang disampaikan.

Hanya dengan kosongkan minda dan fokus apa yang diajarkan, baru anda boleh hadam apa yang disampaikan.

Sebab saya ada aje student dari bidang yang lain dari gold. So, memang kena polish dulu minda mereka ni bagi kosong supaya tidak berlaku kekeliruan semasa proses pembelajaran nanti.

Kemudian, letakkan kepercayaan anda kepada mentor anda atau coach anda sebab mereka yang akan guide anda. Mereka yang akan bagitahu apa kelemahan anda dan apa yang perlu anda baiki. Just follow kata mereka.

7) Enjoy the journey dan nikmati indahnya alam baru anda:

Selepas anda ambil kesemua ubat tersebut, barulah anda boleh enjoy perjalanan baru anda dalam trading. Sebab itu pentingnya untuk anda ambil kesemua ubat di atas. Jangan tinggal satu pun ubat tersebut sebab ianya perlu ada untuk anda buang fear anda.

Dan barulah anda boleh trade dengan baik. Bila dah ada persiapan dan yakin dengan method anda, barulah anda tidak teragak-agak lagi ketika melakukan urusniaga trading. Anda tahu bila masa nak close dan bola masa sesuai untuk entry.

Dah tak perlu tergopoh -gapah atau terkejar-kejar market. Anda sendiri dah tahu apa yang perlu anda lakukan.

So, macam mana?? Dah bersedia ke untuk berhadapan dengan FEAR anda dalam trading ni??

Jom sama-sama kita perbaiki diri kita supaya kita juga boleh terus maju kehadapan bersama trader yang lain..

.

.

Kalau anda ada kenal rakan trader anda yang 'takut' tu, anda boleh SHARE posting ni ye pada mereka.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.