Day Trading?
Bagi anda yang baru sahaja melibatkan diri dalam dunia trading, sudah tentu anda tahu akan posisi anda diri anda samada sebagai day trader atau sebagai swing trader. Saya rasa, kebanyakan trader yang baru saja berjinak-jinak dalam dunia trading ini lebih kepada posisi sebagai scalper ataau day trader. Lebih-lebih lagi mereka yang mempelajari sistem TG4M dalam kelas saya.
Sebab apa?
Sebab mereka ini baru aje lagi berkenalan dengan Mr. Market. Mereka ni baru aje lagi mengenali chart pasaran. Dan mereka ini baru nak test ilmu trading mereka. Maka, posisi sebagai 'Day Trader' sangat sesuai buat mereka ini.
So, sebagai 'beginner' dalam trading, anda mungkin boleh apply tips di bawah ini sebagai langkah pemulaan 'day trading' anda.
Strategi Asas 'Day Trading'
1. Dalamkan Ilmu Trading
Sebagai newbie dalam dunia trading, sudah tentu anda perlu dalamkan lagi ilmu anda tentang trading. Tanpa ilmu pengetahuan yang secukupnya, sangat mustahil untuk anda terjun dalam bidang trading begitu sahaja.
Sebelum ini pun, saya juga sudah banyak menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk dalami ilmu tentang teknikal analisis dan pelaburan dalam trading ni. Sebab saya berpegang pada prinsip, jika kita nakkan sesuatu kita, kita perlu buat bersungguh-sungguh. Dan kalau kita rasa ilmu yang kita ada tu belum mencukupi, kita kena tambah lagi.
Anda pula yang hidup zaman millenia ni dah boleh dapatkan ilmu tentang trading ni dihujung jari aje sekarang ni. Tanyalah pakcik Google atau pakcik Youtube. Masing-masing boleh berikan anda tunjuk ajar. Tapi, kalau anda mencari 'mentor' untuk mengajarkan anda tentang trading, saya dan team AJL sedia membantu. Join program TG4M yang AJL anjurkan. Dari situ anda kan tahu method yang macam mana perlu day trader gunakan.
Sekarang ni pun dah banyak seminar atau kelas-kelas berkenaan trading ni. So, sekarang ni terletak atas usaha anda sendiri samada nak berjaya atau tidak. Sebabnya satu aje, 'Knowledge is Power'. Kalau anda ada 'knowledge', tak mustahil anda boleh berjaya sebab itulah dia kunci kejayaan.
Cuba anda lihat trader-trader di luar sana yang kebanyakannya gagal. Sebab apa?? Sebab mereka fikir ilmu mereka dah cukup. Sedangkan dunia trading ni sangat meluas ilmunya. Anda perlu hadam dan garap ia satu per satu sehingga ia sebati dalam diri anda. Pergilah tambahkan lagi ilmu pengetahuan anda!
2. Tetapkan Modal Untuk Hangus
Jika anda nak trade, satu perkara yang anda perlu lakukan adalah tetapkan berapa modal trading anda yang anda sanggup kehilangannya. Macam contoh, jika anda salah masuk posisi, wang anda akan lebur. So, berapa banyak yang anda sanggup leburkan. Itu kita panggil modal hangus.
Sebabnya, sebagai newbie dalam trading ni anda perlu setkan dalam minda anda bahawa tak semestinya anda akan mengaut keuntungan semata-mata. Anda juga bakal berhadapan dengan kerugian.
Bagi Day Trader, anda perlu setkan berapa yang anda sanggup rugi untuk setiap kali entry anda. Kebiasaannya saya akan tetapkan dalam 1%-3% keuntungan dari setiap entry. So, kalau entry kita silap pun, hanya sekadar 1%-3% aje rugi yang kita alami.
Sebab tu jugalah saya selalu nasihatkan student saya agar jaga dan manage kewangan dia orang betul-betul. Jangan terlalu tamak nak untung 100%, 200%, tapi bila rugi banyak tu tak boleh nak terima kenyataan. Sepatutnya, sebanyak mana yang kita sanggup untuk untung, sebanyak itu jugalah kita kena sanggup untuk rugi.
3. Tetapkan Masa Untuk Trade
Sebagai Day Trader, sudah semestinya anda perlu peruntukkan masa untuk anda trade dalam satu hari tu. Nak tak nak, memang kena spend time untuk tengok market dan trade. Sebab itulah dia gaya dan cara day trader. Kalau anda tak trade, maka anda bukanlah dalam golongan day trader..
Lagi satu, posisi yang anda masuk, perlulah ditutup samada pada hari yang sama atau keesokan paginya terus tutup. Jika anda membiarkan posisi trading anda lama dalam market, anda bukanlah day trader. Mungkin anda masuk dalam golongan swinger.
So, sebaiknya anda setkan bilakah waktu anda nak tengok market dan nak trade. Kalau boleh, biarlah ianya menjadi rutin harian anda sama seperti anda 'punch card' masuk kerja. Sebagai pemulaan bagi beginner macam anda ni, memang ini lah yang anda perlu biasakan. Biasakan diri dengan chart, biasakan diri dengan pergerakan market. Dan dari pengalaman itulah baru anda boleh faham akan gerak-geri market. Dan kemudian anda sudah boleh melangkah ke satu arah yang lain pula.
Dalam masa yang sama juga anda boleh lihat bagaimana 'performance' trading anda setiap hari. Adakah anda boleh 'ketchup' dengan market. Adakah anda buat keputusan yang tepat. Adakah anda sudah mula reti menggunakan method dan entry dengan betul. Semua ini merupakan latihan buat anda.
4. Fokus Pada Satu Market
Bagi beginner, anda boleh cuba untuk fokus pada satu market aje dulu. Tak perlu untuk mencuba pelbagai market sebab setiap market mempunyai cara dan wave yang berbeza. Bagi anda yang belum biasa dengan market, mungkin anda akan mudah keliru untuk membaca pergerakan market tersebut.
So, anda boleh cuba fokus pada satu market aje dulu seperti market gold ke, market oil ke, ikut pada minat anda. Macam saya, saya lebih suka pada market gold. Selepas 'jatuh cinta' dengan emas, saya suka dengan semua yang berkaitan dengan emas. Ha Ha Ha..
Bila anda fokus pada satu market, mudah bagi anda untuk mengenali akan pergerakan market tersebut. Bila dah kenal, dah cam, dah faham, secara tak langsung anda akan tahu pada masa bila sesuai untuk anda entry dan exit dari market.
5. Jangan Kejar Market
Sekiranya anda sudah terlepas untuk entry, jangan tergesa-gesa untuk terus entry. Perbuatan ini hanya akan menyebabkan entry anda tidak berkualiti dan wang yang anda laburkan sia-sia. Sebaiknya tunggu semula signal yang sesuai untuk anda entry. Baru anda masuk dalam pasaran.
Sebagai trader yang masih lagi 'setahun jagung' dalam dunia trading, anda perlu banyakkan menganalisa pasaran. Lihat dan perhatikan pergerakan market. Jangan berlumba-lumba untuk mengejar keuntungan tetapi tidak masuk pada waktu yang tepat. Perkara ini akan menjejaskan cara trading anda. Lagipun, sebagai day trader, anda masih mempunyai banyak lagi masa untuk entry.
6. Buat Perancangan Untuk Trade
Seeloknya anda perlu buat perancangan tentang bagaimana anda nak trade. Berapa banyak keuntungan yang anda nak capai setiap kali entry. Berapa kali entry yang anda nak masuk dalam satu hari. Berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung.
Kebanyakan trader yang mempunyai perancangan lebih tersusun dan teratur urusniaga trading mereka berbanding mereka yang tidak mempunyai plan. Sebab itu perancangan itu penting sebab ia menunjukkan matlamat yang kita nak. Kita tahu apa yang kita inginkan.
Sama juga macam orang yang dalam perjalanan ke suatu tempat atau destinasi. Dia tahu kemana arah dia nak tuju. So, pusing mana pun dia tahu kemana dia nak pergi. Berlawanan pula dengan orang yang tak ada arah tuju. So, dia akan berjalan tanpa arah dan sampai bila pun takkan sampai ke destinasinya sebab dia sendiri tak tahu destinasinya. Mudah fahamkan?!
Sebab tu juga dalam silibus TG4M, saya ada ajarkan tentang 'Plan To Trade & Trade The Plan' sehingga saya keluarkan satu produk bernama "Planner For Trader". Semua ini supaya student saya tahu apa plan yang mereka ingin lakukan dalam trading mereka. Supaya mereka capai sasaran mereka dan tidak tersasar dari jalan yang mereka inginkan.
Anda pun boleh juga. Sebagai beginner, anda lagi PERLU untuk mempunyai perancangan trading anda. Baru senang anda nak follow. Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang anda perlu lakukan untuk dapatkan keuntungan yang anda inginkan.
*****
So, setakat itu aje lah dulu saya kongikan pada anda tentang strategi asas yang anda perlu gunakan dalam 'Day Trading' anda. Saya harap perkongsian saya ni sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan pengalaman awal baik dalam permulaan anda dalam trading ni.
Siapa kata beginner ni tak boleh untung??? Kita boleh aje untung, asalkan kita tahu macam mana cara nak minimakan kerugian, dan kita follow betul-betul rules untuk berjaya. Insyaallah.. Saya doakan agar anda semua berjaya dalam trading dan dapat capai apa yang anda impikan.
Good Luck & Happy Trading!! 🙂
Jangan lupa SHARE pada rakan lain ye info ni kalau anda rasa posting ni bermunafaat..
.
.
Salam Sayang,
Ir Sofian
#irsofian #akademijl #tg4m #dvdGTI