Risiko Pelaburan

Di dalam setiap pelaburan sudah semestinya ada risiko yang perlu ditanggung oleh pelabur. Tidak kiralah samada risiko tersebut besar ataupun kecil. Sama juga macam trading yang tidak terkecuali dari mempunyai risiko. Lebih-lebih lagi kita selalu dimomok-momokkan dengan High Risk dalam trading online.

Adakah pelaburan yang dilakukan dalam trading mempunyai risiko yang tinggi??

Ya! Betul apa yang dikatakan oleh mereka semua. Namun! Kita tidak didedahkan pula dengan bagaiman cara untuk mengawal risiko yang 'tinggi' tersebut supaya menjadi rendah. Haa.. Ada sesiapa kat sini yang  teruja nak tahu ke macam mana nak kawal risiko dalam trading ni?

Saya pasti ramai antara anda yang masih lagi tercari-cari bagaimana untuk mengurangkan risiko dalam trading. Almaklumlah, trading ni satu bidang pelaburan yang mungkin baru buat anda dan anda masih belum familiar lagi dengan cara menguruskan risikonya.

So, hari ni saya nak kongsikan beberapa tips kepada anda tentang bagaimana anda boleh kawal risiko dalam trading ni. Orang kata kalau tak dapat buang risikonya pun, dapat minimakannya pun jadilah.. Betul tak? Anda sokong tak apa yang dikatakan??

Cara Kawal Risiko Dalam Trading

1. Buat Perancangan Trading

Penting ke perancangan ni??

Eh.. Sudah tentulah penting! Setiap perkara yang anda lakukan haruslah mempunyai perancangan yang tepat dan tersusun. Sebab hanya dengan perancangan baru anda akan tahu fokus anda.

Begitu juga dalam dunia trading. Anda buat perancangan trading anda. Ini semua adalah untuk mendisiplinkan diri anda menjadi trader yang berjaya. Jika anda follow perancangan anda, sudah tentu anda tidak akan goyah dengan anasir-anasir luar.

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita selalu buat keputusan berdasarkan emosi. So, dengan perancangan yang kita dah plan kan, sekurang-kurangnya kita ada 'guideline' yang kita boleh ikut. Dan sudah semestinya ia mampu untuk mengurangkan risiko kerugian dalam trading.

2. Setkan Stop Loss & Take Profit

Selain itu, anda juga boleh menetapkan target stop loss dan take profit siap-siap semasa anda entry dalam pasaran. Target stop loss dan take profit ini anda boleh follow mengikut Risk Reward Ratio (RRR). Bagi anda yang masih tidak tahu apa itu RRR,  sebenarnya RRR ini adalah nisbah yang kita letakkan untuk untung dan rugi kita.

Macam saya, saya tetapkan untuk student saya nisbah untung 2 dan rugi 1. Jadi, anda boleh tahu jika anda nak untung sebanyak 2 kali ganda, anda sanggup untuk terima rugi 1 kali ganda dari nilai yang anda masuk. Contohnya anda nak untung sebanyak 200pips, anda juga harus terima yang anda sanggup rugi untuk 100pips. Tak tahu pips itu apa? Nanti saya terangkan dalam posting yang lain.

Sebenarnya teknik ni sangat sesuai untuk anda yang tidak ada masa sangat untuk pantau urusniaga trading anda. So, anda boleh setkan siap-siap ketika entry. Sekurang-kurangnya teknik ini sudah mengurangkan risiko kerugian anda.

Cuba bayangkan jika anda tidak meletakkan stopp loss atau take profit. Jika market reverse, sudah tentu wang dalam akaun trading anda akan hangus. Sebab kita semua sedia maklum yang pergerakan Mr. Market ni memang cukup volatile. Ada naik, ada turunnya. So, kenalah standby awal-awal bagi mengurangkan risiko kerugian tu.

3. Gunakan Lot Size Yang Kecil

 

Anda juga boleh mengawal risiko kerugian dengan menggunakan lot size yang kecil. Siapa yang pernah masuk kelas TG4M saya semestinya sudah tahu bagaimana cara penggunaan lot size mengikut amount modal yang dilaburkan.

Sebab bagi saya, tak guna kita dapat untung sekali banyak tapi lepas tu terus Margin Call (MC). Apa yang penting dan yang selalu saya terapkan kepada student saya adalah berapa lama kita nak duduk dalam market. Anda nak duduk sekejap je ke atau anda nak duduk lama dalam market??

Bagi saya biar kita untung sikit-sikit asalkan kita berada lama dalam market. Bagi anda??

4. Kurangkan Entry 'Kek Lapis'

Haa.. ini satu kebiasaan yang selalu saya nampak trader suka lakukan yang akhirnya memakan diri sendiri. Saya selalu pesan pada student saya, biar entry kita sikit tapi berkualiti.

Entry 'Kek Lapis' ni bermaksud anda meletakkan terlalu banyak entry dalam pasaran. Daripada anda masuk entry dengan lot saiz 0.01 sebanyak 10 kali dalam jangka waktu yang dekat, lebih baik anda masuk 2 kali entry sahaja dengan lot saiz 0.05.

Yang penting, anda entry pada waktu yang sesuai. Bukan main hentam masuk berbelas-belas entry tapi tak satu pun masuk pada waktu yang sesuai. Kalau anda tanya ada beza ke masuk banyak entry dengan sikit. Bagi saya YA!. Banyak entry hanya buat anda sangkut dalam market. Daripada ada entry anda yang sebelum tu dah untung, tapi disebabkan ada lagi 'kek lapis' di bawahnya yang belum ditutup, untung anda tadi dah bertukar rugi.

So, hati-hati bila nak entry. Jangan ikut hawa nafsu.

5. Withdraw Apabila Untung

Sekiranya anda sudah mendapat keuntungan, pastikan anda withdraw dan merasa wang trade anda tu. Jangan diperam lama-lama wang anda dalam akaun trading anda. Sebabnya makin lama anda biarkan, makin anda terdedah dengan sikap tamak.

Apa guna wang dalam akaun trading and berkepuk tapi anda tak merasa lagi. Kalau jadi apa-apa pada akaun trading anda, banyak mana pun anda takkan merasa. Sebab tu juga saya selalu pesan dengan student saya, withdraw wang yang dah profit tu. Biar kita merasa hasil titik peluh kita bertrading.

In juga merupakan salah satu cara mengurangkan risiko kerugian. Anda rasa rugi ke tak rugi kalau tiba-tiba akaun trading anda dah untung banyak, tapi anda tak withdraw sebab nak kumpul lagi banyak, then tiba-tiba anda tersalah entry menyebabkan keuntungan anda tadi habis. Rugi tak??

6. Kawal Emosi

Sekiranya anda nak trade, pastikan anda tidak dikawal oleh emosi. Kalau anda rasa anda sedang beremosi, lebih baik anda elakkan diri daripada lihat market atau trade.

Sebab waktu tu minda anda takkan mampu untuk berfungsi seperti biasa. Orang yang beremosi semasa trade ni yang menyebabkan dia tersungkur. Tak kiralah samada dia emosi dengan sikap tamak atau takut.

Apabila anda lihat market mencanak naik, perasaan anda nak untung membuak-buak. Anda mula entry dan entry lagi. Bila dah profit, anda tak nak tutup posisi anda. Anda nak lebih dan lebih lagi..Haa..kalau anda rasa begini, hati-hati. Ini bermakna anda dah mula dikuasai oleh emosi.

7. Elakkan Trade Ketika News

Jika anda nak selamatkan akaun trading anda, seeloknya elakkan daripada trade ketika waktu news. Sebabnya kita tak tahu apa akan jadi pada waktu news tersebut. Market boleh volatile terlalu tinggi dan rendah dalam masa beberapa minit aje.

Untuk menjaga akaun trading anda dari hangus, sebaiknya janganlah trade ketika news besar seperti NFP atau FOMC. Kalau anda nak tahu bila waktu ada news atau tak, anda boleh cek kat laman Forex Factory.

Lagi satu, anda kena peka dengan keadaan sekeliling. Nak jadi trader ni, banyak isu-isu semasa yang anda kena ambil tahu. Isu peperangan, isu politik, isu ekonomi, dan macam-macam lagi. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan market kita trade.

Sebab isu-isu sebegini kadang-kadang memberi pengaruh dan kesan kepada market yang kita trade. Tak kiralah samada isu tersebut ada dalam news atau pun tidak. Sebolehnya kita kenalah ambil langkah berjaga-jaga. Nak jaga akaun kan?! Nak kurangkan risiko kerugian kan?!

9. Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Anasir Luar

Salah satu faktor yang boleh menyebabkan akaun trading anda dalam bahaya adalah apabila anda mudah terpengaruh dengan anasir luar. Anda terpengaruh dengan spekulasi-spekulasi yang disebarkan. Anda terpengaruh dengan rakan-rakan yang entry dan profit depan mata anda. Semua ini boleh jadi punca anda hilang kawalan dan mula beremosi.

Sebab itu, saya tegaskan pada student saya, kalau duduk lepak ngan kawan-kawan sambil trade, jangan terpengaruh dengan apa yang kawan anda lakukan. Kalau dia entry, biarkan dia entry. Anda kena fokus dengan analisa yang anda lakukan. Anda kena pastikan bila anda nampak signal, baru anda entry. Jangan sibuk mengejar trend yang anda tak nampak. Sebab boleh jadi kawan anda pun salah masuk.

****

So, macam mana dengan tips-tips yang saya kongsikan ni?? Anda rasa ianya bermunafaat?? Kalau YA, apa kata anda SHARE kan artikel ni pada rakan anda yang lain.

Marilah kita sama-sama sebarkan yang trading high risk pun boleh dikurangkan risikonya. Asalkan anda tahu caranya..

Jumpa lagi di next posting ya..

Lots of Love For You All..

Salam Sayang,

Ir Sofian

#irsofian #akademijl #tg4m #dvdGTI

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.