Akhir-akhir ni ramai yang mengeluh kepada saya menyatakan bahawa keadaan ekonomi sekarang ni tak berapa stabil.
Dengan kenaikan harga barangnya, memang buat mereka rasa terbeban lagi. Mulalah ada yang menyalahkan parti politik itu, parti politik ini yang menyebabkan situasi negara kita jadi sebegini. Lebih-lebih lagi dah nak PRU kan!
Biasalah.. Pandangan masing-masing..
TAPI!!!
Jika anda perasan posting saya sebelum ni atau anda ada dengar seminar dari saya, sama ada tahun lepas atau 2 tahun lepas, saya rasa anda akan faham apakah punca sebenarnya situasi yang dialami sekarang ni..
Cakap pasal ekonomi tak stabil, bukan sahaja negara kita mengalaminya. Jika anda ambil cakna tentang negara-negara lain, mereka juga mengalami situasi yang sama. Adakah sebab pemimpin mereka tidak pandai memerintah juga??
Tidak!!
Ini semua sebab anda sudah rasa akan kehangatan kitaran krisis ekonomi dunia. Global crisis!
Jika 10 tahun dahulu, krisis ekonomi ini menyebabkan ramai antara kita kehilangan pekerjaan, rumah, kereta, dan banyak lagi. Begitu juga kini.
Anda boleh lihat berapa banyak kilang dan company yang telah ditutup. Berapa ramai pekerja yang terpaksa diberhentikan perkhidmatannya. Berapa ramai yang menganggur dan masih lagi mencari-cari pekerjaan.
Lihat aje statistik tahun 2017, hampir 50,000 hilang pekerjaan.
Mulalah ramai antara kita yang buat banyak kerja untuk sara hidup mereka sekarang ni. Mana yang ada kereta, akan buat Uber atau Grab. Mana yang ada internet akan buat apa-apa pun bisnes online yang boleh mendatangkan duit.
Tapi itulah yang saya peliknya. Kata keadaan ekonomi teruk. Tak stabil. Kos sara hidup tinggi. Tapi part membeli barang yang bukan keperluan pun, laju aje.
Mentang-mentang sekarang ni zaman teknologi, so, semua pun boleh buat secara atas talian je. Beli barang pun atas talian aje kan! Kerja abang posmen memang menjadi satu pekerjaan penting dah sekarang ni. Sebab hari-hari berparcel-parcel barang perlu dihantar kepada pelanggan.
Nampak okay aje! Nampak macam berduit aje masing-masing. Kata ekonomi tak stabil!
Lagi satu, bab makanan pula.. Haa.. soal ni lagi dahsyat.. Pantang dengar makanan ‘viral’, mesti nak cuba. Sanggup ke melaka, ke perak, ke pahang, demi merasa keenakan makanan yang ditularkan tu. Sampai sanggup beratur panjang hanya sebab nak rasa aje. Bukankah waktu ekonomi gawat ni lagilah kita patut berjimat??
Kalau dulu-dulu, tak ada duit tu betul-betul macam tak ada duit. Makan nasi lauk kicap aje. Tapi sekarang ni tak ada duitnya tak nampak macam tak ada.. ha ha ha..
Ke sebab kita ni terdedah dengan situasi sebegini. Cara dan gaya hidup yang menyebabkan kos sara hidup kita ni tinggi.. Yelah, kalau zaman dulu, nak beli barang tu kena pergi ke kedai. Tengok depan mata, dan cari mana yang berkenan. Rasa mahal, keluar, pergi masuk kedai lain pula.
Tapi situasi sekarang ni dah berbeza. Dah tak perlu bersesak-sesak keluar rumah, makan masa panjang nak masuk banyak kedai. Buka aje facebook, Instagram, lazada, shopee dan macam-macam aplikasi lagi. Dah boleh beli barang yang kita nak. Sampaikan benda yang kita tak perlu pun kita belilah. Betul tak?
Sebab tu lah saya rasa ini jugalah punca kenapa anda rasa taraf ekonomi anda tak stabil.
So, sebelum kita menyalahkan pihak lain, apa kata kita belajar perbaiki cara menguruskan gaya hidup kita. Cuba anda buat senarai apa barang keperluan yang anda perlu beli dan try buat bajet perbelanjaan.
Kadang-kadang benda remeh macam bajet perbelanjaan inilah yang orang tak gemar nak buat. Sedangkan benda ni lah yang banyak membantu menunjukkan hala tuju wang mereka.
Itu yang bila tak ada senarai bajet, semua benda dia nak sapu. Awal masa gaji masuk, okay lah lagi kan! Bila dah masuk pertengahan bulan, mulalah haru biru jadinya.
So, perbetulkan kembali gaya hidup anda tu hingga kewangan anda stabil.. Lepas tu, kalau anda rasa nak tambah bajet tapi duit tak ada ke situ, buatlah side income.. Nak tahu cara buat side income tanpa perlu berpenat lelah??
Masuk kelas TG4M saya. Ha ha ha.. Saya tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh cetak duit sendiri.. Bukan sorang dua yang dah berjaya tau buat duit dengan trading gold ni.. Saya bersyukur sangat dapat bantu mengubah taraf hidup mereka.
Apa yang saya kongsikan pada mereka adalah ilmu yang Allah swt telah anugerahkan pada saya. Seterusnya terpulanglah kepada usaha dan kesabaran mereka. Kalau anda berminat nak belajar trading gold, boleh whatsapp admin di 019-3226769, atau daftar di SINI..
#irsofian #akademijl #tg4m #dvdGTI #sts