Assalamulaikum & Salam Ceria Semua.
Semoga pagi jumaat ini anda semua diberkahi dan dilimpahi dengan rezeki dari pelbagai sudut.
Terima kasih buat anda yang selalu mengunjungi website saya yang tak seberapa ni tanpa jemu. Walaupun kadang-kadang saya tak adalah sekerap mana sangat post di web ni berbanding di Facebook, tapi anda masih tetap sudi untuk mengetahui perkembangan dan info terbaru saya di website ni.
Biasalah, kerja sebagai Engineer ni bukannya ada masa sangat. Busy memanjang lebih-lebih lagi bila dah ada beberapa projek yang nak di handle. Tapi, disebabkan passion saya terhadap trading gold ni memang besar. Sebab tu saya masih lagi memberikan ruang yang ada untuk trade dan mengajar trading.
Jika bidang engineering saya ada konsultan, begitu juga bidang trading. Saya wujudkan AJL (M) Sdn Bhd sebagai akademi yang mengajarkan tentang trading pula.
Orang kata, ilmu yang ada tu haruslah dikongsi bersama. Sebab saya sendiri nampak bagaimana bidang trading ni sangat membantu dalam meningkatkan taraf kewangan dan taraf hidup seseorang. Nak kata jadi kaya tu, tak adalah. Tapi, bolehlah kalau nak hidup selesa, beli itu dapat, beli ini dapat. Macam tu lah..
Mungkin ada di antara anda yang tak tahu bahawa AJL ni dah hampir 7 tahun ditubuhkan. Masa saya baru tubuhkan AJL ni, saya memang pernah bercadang untuk wujudkan ia seperti sebuah kolej. Akan ada fakulti trading, pensyarah yang mengajarkan tentang trading dan student yang merupakan trader-trader.
Dari situ AJL akan lahirkan ramai trader yang berjaya dengan grade yang bagus-bagus. Best kan?!
Ha Ha Ha… Tak salah pun sebenarnya kalau kita nak berangan. Mungkin akan ada yang kata, “Ir ni berangan tinggi sangat. Melampau betul angan-angannya tu”
Tapi, kalau kita tak berangan, tak impikan, macam mana kita nak capainya. Betul tak? Daripada angan-anganlah ia akan merealisasikan impian kita satu persatu. Yang pasti bukan angan-angan kosong lah!
Bila saya lihat ada student yang post kat facebok dia, gembira bercakap soal profit yang dia dapat bila trade banyak tu, banyak ni.. Saya syukur sangat. Apa yang saya ajarkan digunakan sebaiknya. Tak sia-sia saya tubuhkan AJL ni untuk mendidik orang ramai tentang investment dalam trading ni.
Saya sendiri dah boleh bayangkan yang AJL boleh diumpamakan bagaikan universiti di mana ia menjadi pusat pembelajaran. Saya pula sebagai Naib Canselor dan pensyarah. Manakala, Capt. Nik & Coach Awie sebagai pensyarah dan tutor di dalamnya.
Di dalam universiti ni, ramai student yang masuk ke kelas trading di bawah Faculty Trading & Investment. So, kerja universiti adalah untuk mencipta silibus yang terbaik dan boleh membuatkan student akan “laku” bila apply kerja nanti.
Part tugas pensyarah pula adalah mereka akan cuba mengajar dengan cara yang terbaik untuk pastikan silibus yang dikeluarkan itu delivered terus ke jantung hati student nya. Baru student mudah tangkap dan faham.
Dan sudah pastinya dalam tempoh sebelum graduate akan ada banyak kuiz, assignment, test dan exam yang student ni kena lalui. Itu semua memang sudah lumrah proses pembelajaran di universiti. Bagi yang berusaha, mereka akan dapat dekan dan lulus dengan cemerlang.
Sebagai NC bagi AJL University ni, saya nak student saya ni cepat pandai. Jadi saya wujudkan group Telegram sebagai Support dan juga ‘Live Trading Community’. Supaya mereka yang baru masuk university ni tak mengalami culture shock. Mereka dapat familiar-kan otak mereka dan mendapatkan “jiwa” atau “cinta” mereka kepada trading.
Tapi, bila ada student yang tak buat latihan dan tak lulus exam dan kecundang dalam aktiviti trading mereka. Itu adalah perkara normal. Sebab setiap manusia memang memerlukan masa untuk berada pada tahap minda yang bertahap ” matang “. Macam yang anda lihat pada environment di universiti lah. Ada yang serius belajar, ada yang main-main.
Tapi, kalau ada yang baru sehari dua bermain-main dengan chart dan “menang” dalam trading, itu nasib namanya.
Sebabnya mudah aje. Anda bayangkan mereka yang melihat market ini adalah bagaikan orang yang berniaga.
Kalau baru sehari dua buka kedai nasi lemak kat tepi jalan, lepas tu laku keras licin habis barang niaga anda itu nasib atau rezeki namanya. Tapi apabila anda lalui pengalaman 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun…. Semua itu adalah proses pemantapan kepada ilmu berniaga tersebut.
Pengalaman pastinya penuh didada. Banyak yang awak telah telan dalam tempoh tersebut. Dan proses ini akan terus berlanjutan. Sehinggalah anda akan sampai 1 tahap ilmu tersebut yang telah menjadi darah daging then ianya adalah kejayaan untuk anda.
Samalah juga jika saya nak umpamakan macam seorang yang baru nak belajar memasak. Masuk kelas kulinari. Chef tu memang laa dah power memasak. Campak-campak pun jadi lauk dan makanan. Tapi kalau kita nak jadi macam dia, kenalah tanya macam mana preparationnya, beli barang kat mana, sukatan bahan-bahan tu macam mana, tempoh masak tu berapa lama.
Bila balik rumah, kenalah selalu berlatih memasak. Tak sedap ? Itu lumrah namanya. Fine tune sikit kat sini kat sana. Bila ada orang tegur ” tak sedap” jangan lah sentap! Janganlah terus berhenti memasak. Makanan tu rentung atau hangus, itu biasa diperingkat permulaan. Sebab tu semua adalah PROSES!
Tapi nanti anda akan sampai 1 tahap. Selepas berlatih tubi, PASTI anda akan jadi CHEF bagaikan cikgu tersebut malah mungkin lebih hebat lagi.
Proses Untuk Berjaya
Memang bukan mudah nak berjaya. Ada proses yang anda nak kena lalui. Yang penting…
–> USAHA jangan JEMU = Untuk anda mencapai kejayaan
–> EGO dalam diri kena KAWAL = Ini lah yang akan membolehkan anda kekal maintain berjaya
.
.
Salam Sayang,
Ir Sofian
SHARE posting saya ni kalau anda rasa ianya bermunafaat..
#irsofian #akademijl #tg4m #dvdGTI #sts