Pada tahun 2015 ramai kakitangan bagi salah sebuah syarikat penerbangan di negara ini telah diberhentikan kerja dan diberikan pampasan berbentuk wang yang dipanggil VSS (Voluntary Separation Scheme). Antara yang diberhentikan kerja termasuklah Kak Sue yang sudah berpuluh tahun memberikan khidmatnya kepada syarikat penerbangan tersebut.
Wang pampasan yang bernilai RM300,000 yang diterimanya jika dilihat pada mata kasar memang nampak macam banyak. Tapi, jika dihitung dan dinilai semula dengan keadaan ekonomi dan perbelanjaan sara hidup kini, wang tersebut hanya cukup untuk digunakan dalam tempoh 2 ke 3 tahun sahaja.
Kak Sue sedar akan perkara tersebut. Setelah beberapa bulan tidak bekerja, Kak Sue mula memikirkan untuk mencari pekerjaan lain. Namun, nasib tidak menyebelahi Kak Sue kerana faktor usianya yang kian lanjut. Oleh itu, Kak Sue cuba memikirkan untuk mencari pendapatan dengan cara yang lain pula.
Kak Sue mula melihat bahawa melabur di dalam pelaburan trading sebenarnya sangat menguntungkan. Beliau ada mengenali seseorang yang menguruskan pelaburan di dalam trading.
Setelah Kak Sue dimomokkan dengan bermacam-macam testimoni kejayaan pelabur-pelabur yang mendapat profit yang lumayan setiap bulan, akhirnya Kak Sue juga turut menyerahkan wang VSS beliau kepada rakan yang baru dikenalinya itu.
Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana wang VSSnya hangus ditipu oleh scammer tersebut. Tiada pun profit bulanan yang diterimanya, malah rakannya itu pun sudah tidak boleh dihubungi lagi.
Kak Sue mula menyesal dan percaya bahawa dia telah ditipu. Habis Kak Sue dimarahi oleh suaminya kerana membuat tindakan yang bodoh. Mana taknya, wang sebanyak RM300 ribu lesap begitu sahaja dalam tempoh yang sangat singkat.
******
Setelah ditipu, Kak Sue dicadangkan oleh kawannya yang lain untuk hadir ke kelas trading gold saya. Kawannya menyatakan yang saya ada mengajarkan bagaimana untuk belajar trade sendiri daripada ditipu oleh scammer.
Kak Sue akhirnya membuat keputusan untuk hadir ke kelas saya dan belajar trading gold. Kalau nak diikutkan, memang Kak Sue ni tak tahu langsung tentang IT, apatah lagi tentang trading. Tapi saya cukup kagum dengan semangat Kak Sue yang membara untuk belajar.
Saya ingat lagi sewaktu Kak Sue datang ke kelas saya, komputer yang dibawanya penuh berdebu. Nak ‘on’ komputer pun terpaksa digodek-godek oleh krew saya. Dan Alhamdulillah, pada hari tu Kak Sue sudah boleh menggunakan semula komputernya yang dah ‘berkarat’ tu.
Pada awalnya Kak Sue terkial-kial nak menggunakan komputernya itu. Memang kalau saya lihat cara Kak Sue tu dan macam mak-mak kita yang tak tahu apa-apa langsung pasal teknologi.
Lama kelamaan, Kak Sue mula dapat ‘pick up’ macam mana nak gunakan komputer dan nak tengok platform trading dalam komputernya. Usaha dan kesungguhanya tu sangat saya ‘salute’. Jadi, tak salah bagi saya untuk mengajarnya secara perlahan-lahan agar dia dapat tangkap apa yang saya ajarkan.
Mula-mula dulu, Kak Sue belajar trade menggunakan akaun latihan. Macam biasalah, orang baru nak belajar kan, kejap ada untung, kejap ada rugi. Sebab Kak Sue masih belum boleh lagi mencari waktu yang sesuai untuk menghadap pasaran dan masih mencari-cari rentak untuk nak trade.
Sampai satu tahap selepas 6 bulan, Kak Sue akhirnya mampu buat profit dengan akaun latihannya itu dan beliau mula bertukar kepada akaun nyata dengan bermodalkan $1000USD.
Macam saya cakap tadi, kesungguhan Kak Sue ni buat saya kagum sebab bukan hanya di dalam kelas, Kak Sue juga turut aktif di dalam group trading gold yang merupakan saluran atau medium yang saya dan Akademi JL sediakan bagi membantu student saya berkongsi masalah dan saling membantu antara satu sama lain.
Saya nampak ada kekuatan yang ‘luar biasa’ dalam diri Kak Sue yang mendorong beliau untuk terus berusaha maju kehadapan walaupun wang VSS nya hangus ditipu oleh scammer.
Kini Kak Sue sudah mampu untuk membuat duit dapurnya sendiri hasil trading. RM200 sehari pun siapa nak bagi kan? Sekurang-kurangnya ia mampu menampung perbelanjaan Kak Sue diusia senjanya itu.
******
Inilah sebahagian daripada kisah pelajar Trade Gold For Money (TG4M) yang telah saya dan Akademi JL bantu mencarikan peluang ‘career baru’ untuk mereka.
Sekarang ini, TG4M telah diformasikan dalam bentuk dvdgti pula. Sekiranya anda ingin mendapatkan konsult daripada saya, atau anda berminat untuk mencuba sesuatu yang baru seperti Kak Sue, anda boleh klik link ini http://detaildvdgti.wasap.my .