Assalamualaikum wmt wbkt..
Salam ceria kepada semua pembaca setia website saya ni…
Maaflah sebab dalam seminggu dua ni website saya on off sebab ada problem sikit.. Mungkin anda ada cuba untuk melawat tapi asyik under construction kan! Sorry eh!
Saya cuba untuk perbaiki website saya ni supaya anda semua tak terlepas info daripada saya..
Psikologi Trading??
Okaylah… Dah lamakan saya tak kongsikan kepada anda tips-tips berkaitan trading.
Hari ni saya nak kongsikan kepada anda bagaimana anda nak kawal psikologi anda ketika anda trading. Yelah, mana-mana trader pun akan mempunyai masalah psikologi ketika trading. Orang kata ‘beremosi sangat’.. Macam tu lah..
Sebelum saya kongsikan tips tersebut, anda ni tahu ke tak apa itu psikologi trading?? Kang tak pasal-pasal ada yang jeliru dan salah faham pula dengan topik yang kita bincangkan hari ni..
Psikologi ni kan sesuatu yang berkaitan dengan jiwa kita. Sebab tu kalau ada orang ada masalah jiwa, dia akan berjumpa dengan pakar psikologi sakit jiwa..
So, untuk psikologi trading sudah tentulah berkaitan dengan trading kan! Orang kata lebih kepada ‘jiwa’ trading. Bagaimana sikapnya, mentalnya, pemikirannya, tingkah lakunya, emosinya, dan segala bentuk berkaitan jiwa trader itu sendiri.
Jadi, untuk mendapatkan trading yang baik, anda kenalah pandai mengawal psikologi sendiri ketika trading. Tapi saya tak tahulah ada ke tak wujud pakar psikologi khusus dalam bidang trading ni..ha ha ha..
Apa-apa pun, antara yang saya senaraikan kat bawah ini lah yang anda perlu patuhi supaya persembahan trading anda cantik..
Alamak! Terpakai bahasa berbunga-bunga pulak!.. Ha Ha Ha..
1. Fokus Pada Perancangan@Planning
Haa.. dalam banyak-banyak psikologi yang anda perlu kawal, perkara utama sekali adalah anda kenalah fokus terhadap perancangan trading yang anda telah buat.
Macam contoh, kalau anda plan nak dapatkan 3% setiap hari. anda kenalah patuhi dan fokus pada planning anda tu. Jangan jadi seperti lalang. Bila tiba masa je anda tukar-tukar pula. dah tak follow target dan perancangan anda tu.
Itu yang buatkan fokus anda lari sebab anda sibuk mengejar keuntungan.. Jangan biarkan emosi anda embuak-buak mengawal trading anda.
Pernah dengar tak pepatah 'Biar nafsu tunduk dengan kita, bukan kita tunduk pada nafsu.'?? Haa..macam tu jugalah bila anda nak kawal psikologi trading anda.
Jangan biarkan emosi memijak perancangan yang anda dah susun elok-elok..
2. Bersedia Menerima Kerugian@Loses
Siapa kata kalau trading ni cuma ada profit je?
Setiap pelaburan sudah tentulah ada profit dan ada loss. Sebab tu jika anda nak terjun dalam bidang trading ni, minda anda kena siap sedia menerima kerugian yang anda akan tanggung.
Untuk setiap entry yang anda lakukan, anda kena prepare berapa kerugian yang anda sanggup tanggung supaya anda boleh cepat-cepat cut loss kalau pasaran bergerak sebalik daripada apa yang anda targetkan..
Ramai yang tersilap bab ni.. Bila minda anda tak siap sedia untuk menerima kerugian, psikologi anda akan mula hilang kawalan. Mulalah anda tarik target stop loss anda jauh dari price semasa. Itu yang jadi banyak kes float besar yang ditanggung oleh trader. Konon berharap pasaran akan pulang semula ikut track anda. Lepas tu tak pasal-pasal dapat margin call (mc).. Kan dah merugikan diri anda sendiri.
Bukankah lebih baik anda cut loss ikut kerugian yang anda mampu tanggung daripada anda mengalami kerugian yang lagi teruk.
3. Jangan Tamak
Soal tamak ni dah macam biasa dah bagi trader. Betullah peribahasa 'orang tamak selalu rugi'.. Sebab bila dah syok trading ni, tiba-tiba naik syeikh pula.. Macam dirasuk hantu pula kan! Fikiran nak profit profit pofit aje.. Betul tak?
Memang tak dinafikan bila anda dah masuk ke dalam pasaran, akan ada perasaan nak untung tu tinggi. Dan ada jenis trader yang bila set target profit (tp) atau stop loss (sl), dia orang sanggup untuk alihkan tp dan sl semata-mata nak lebih lagi.
Haa.. ini lah psikologi yang tak bagus. Sebab anda kena faham, dunia pasaran ni sangat volatile. Bila-bila masa aje pasaran boleh reverse. Bukan tak mungkin pun kalau sepatutnya price dah sampai tp tapi anda naikkan lagi tp hingga price buat u-turn dan dari anda mula-mula dah profit, tak pasal-pasal jadi rugi pula.
Kalau anda rasa duduk depan laptop hadap pasaran buat anda greedy, baik anda siap-siap letak tp dan sl dan pergi buat kerja lain. Jangan biasakan menghadap pasaran sebab takut tangan anda gatal aje nak tukar-tukar target tp dan sl..
4. Jangan Trade Berdasarkan Naluri
Apabila anda trade kenalah trade berdasarkan apa yang anda lihat pada pasaran. Jangan sampai terjadi anda trade berdasarkan apa yang anda fikirkan.
"Oh, market nak ke sini ni.."
Keputusan yang anda buat tu berdasarkan apa? Firasat??
Ni lah yang menyebabkan and tergolong dalam golongan 90% trader yang gagal. Sebab apa?? Sebab buat keputusan ikut firasat sendiri aje..
Ada beza tau buat keputusan berdasarkan dengan buat keputusan berdasarkan ilmu.
Bila anda ada ilmu, anda tahu sebab apa dan kenapa price akan bergerak ke target tersebut.. Semua itu ada disokong oleh teknikal analisis yang anda buat dan signal yang anda lihat..
Jadi kawal diri anda, minda anda dan tingkah laku anda daripada entry berdasarkan naluri semata.. Ia boleh menjerumuskan anda kepada berjudi..
5. Jangan Terburu-buru
Lagi satu psikologi trading yang anda perlu kawal iaitu hindarila sifat terburu-buru jika anda nak entry dalam pasaran sebab sikap anda yang sebeginilah yang menyebabkan anda tidak dapat membuat keputusan dengan baik.
Anda rasalah kan, antara orang yang berfikir dahulu baru buat keputusan dengan orang yang buat keputusan dulu baru fikir, yang mana lagi elok keputusan yang dilakukan??
Macam tu jugalah jika anda nak trading.
Sebelum entry dalam pasaran, anda kenalah perhalusi sedalam-dalamnya adakah sudah terdapat trend dan signal yang menunjukkan pasaran akan naik atau turun.. Jika ya, baru anda masuk posisi.
Cuma satu problem pada anda yang mempunyai rakan trading. Ada masa mungkin rakan anda entry sebab dia nampak ada signal.. Tapi!!
Selagi anda sendiri tak nampak, jangan anda terburu-buru terikutkan rakan anda.. Buat apa dikejarkan pasaran yang dah lepas.. Kan ke penat kalau anda nak kejar bas yang dah lepas. Baik anda tunggu aje bas yang seterusnya.. Macam tu lah juga trading.
Hadamkan!
.
.
Okaylah.. Cukuplah tu rasanya buat kali ini perkongsian saya ni.. Saya harap anda semua faham apa yang saya cuba sampaikan..
Jangan lupa SHARE kan posting saya ni kalau anda rasa ianya bermunafaat..
#irsofian
#akademijl
#tg4m
#dvdgti
#sts
Terima kasih dengan penarangan itu.sebab semua masalah yg disebutkan tadi adalah benar Dan Saya sendiri pun Masih mengalaminya sekarang ini maklumla Saya ne masi baru dalam dunya forex ne.dan Saya take Tau macamana Saya nk mengawal itu semua.