Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Tak sangka kejap je dah 12 hari kita berpuasa.

Begitu jugalah kejap aje hari ahad semalam program TG4M akan berlangsung untuk siri ke-37.

Selalunya, setiap kali nak dekat event TG4M, saya selalu bertanyakan kepada staff saya tentang peserta yang daftar program saya. Sebab nak jadi speaker ni kena ambil tahu latar belakang semua peserta. Barulah saya dapat berikan penyampaian yang lebih baik berdasarkan standard pemahaman mereka.

Masih saya teringat pada 2 tahun lepas. Dalam banyak-banyak peserta yang hadir, ada seorang peserta yang staff saya kata beliau pernah trade dalam stock market sebelum ni.

Bagi saya, orang stock market ni pemikirannya akan lain sikit. Sebab dia dah ada pemahaman tentang stock market. Tapi, stock market dan trading gold ni tak sama pemahamannya. Stock hanya melibatkan pasaran sehala, manakala trading gold melibatkan pasaran dua hala. So, memang nak kena ‘fine tune’ kan kembali minda mereka ni supaya tidak menyamakan ilmu yang saya sampaikan dengan stock market.

Senang kata, lebih senang nak ajar newbie dari ajar mereka dari stock market. Sebab newbie nidia terima je terus bulat-bulat apa yang diajarkan. tapi yang mana pernah terlibat denga stock market, mereka ni ada pemikiran dan pemahaman sendiri. Sebab tu saya nak kena perhalusi lagi cara penyampaian supaya mereka ni faham dengan betul.

Alhamdulillah, selepas beberapa bulan student saya ni menyertai kelas TG4M dan mempraktiskan ilmu yang saya ajarkan, beliau dah boleh buat duit dengan trading gold.

****

Saya ingat lagi, beliau ada datang recharge kelas TG4M  untuk kali ke-4 ke 5 macam tu. Selepas habis kelas TG4M, beliau datang kepada saya dan mengucapkan ribuan terima kasih sebab ajar beliau teknik trade yang betul.

Rupanya sebelum ni beliau pernah masuk ke kelas stock market. Katanya kena labur sebanyak RM30,000 mengikut apa yang disuruh, tetapi selepas itu tak ada ‘guideline’ daripada komuniti tersebut sehingga wang pelaburannya lesap begitu saja dalam stock market.

“Bila diminta tunjuk ajar, banyak yang berdalih.” Katanya sambil membuat wajah yang sedih.

Kalau saya pun sedih gak lah. Mana taknya, dijanjikan untung kalau trade stock, dah labur banyak tu..tapi duit ‘burn’ gitu aje tanpa teknik dan cara yang betul.

“Tapi…”

“Seronok belajar dengan Ir. Ir ajar sungguh-sungguh nak bagi student berjaya. Kalau saya tak tahu atau silap langkah, Ir cepat-cepat bagi solution supaya wang saya dapat diselamatkan. Tak ada lagi kelas trading yang saya pergi buat macam Ir buat.”

Itulah kata-kata beliau yang saya sangat hargai. Nampak tak bila kita betul-betul sampaikan ilmu dengan ikhlas, orang boleh rasa keikhlasan kita tu. Yang penting, mereka dapat guna ilmu yang saya ajarkan sebaik mungkin.

****

Saya tak kisah pun macam mana kisah lepas mereka. Apa yang saya harapkan, mereka boleh ‘follow’ apa yang saya ajarkan sebab kalau mereka tak ikut peraturan yang saya tentukan, sama saja hasilnya seperti mereka tidak berguru.

Tapi menjadi satu keseronokan pada saya adalah apabila student saya datang recharge ke kelas saya sambil membawa buah tangan untuk sama-sama merasa.

“Ir dah bagi saya jalan buat duit, jadi tak salah kalau saya menyumbang kembali kepada Akademi JL dan Ir”
Inilah dia orang kata ‘what you give, you get back’.

Bermacam-macam ragam dan kisah yang ada pada pelajar Trade Gold For Money (TG4M) saya. Dan disebabkan ada permintaan dari pelajar saya yang nak dvd untuk dijadikan rujukan dan latihan di rumah, maka saya dan Akademi JL terbitkan dvdgti untuk membantu mereka.

Sekiranya anda juga berminat nak belajar trading di rumah seperti pelajar saya, anda boleh klik link ini http://detaildvdgti.wasap.my .

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.