Assalamualaikum..
Hi… Selamat Sejahtera semua..
Hari ni saya rasa macam nak recall balik info pasal dunia trading lah..
Sebab saya dah keluarkan DVD KHAS untuk anda belajar trading gold. Jadi, saya rasa anda perlukan lebih lagi ilmu pengetahuan tentang trading ni. Lagi-lagi kesilapan yang selalunya trader baru atau lama lakukan.
Saya tak nak ada antara suscriber DVD Gold Trading Intensive (GTI) saya ni atau student saya buat kesilapan yang saya dah ulang berkali-kali agar JANGAN lakukan.
So, untuk kali ni.. saya nak ulang lagi sekali 6 Kesilapan Kritikal yang anda sepatutnya jangan buat ketika trade..
1. Cari Info Di Google & Youtube Tapi Tidak Berguru
Saya selalu lihat kebanyakan orang sekarang yang belajar trading lebih gemar cari info atau ilmu tu di youtube atau google aje. Saya tak nafikan bahawa ilmu yang dia orang baca dan tonton tu bagus. Cumanya apabila mereka mencampurkan kesemua ilmu tu, mereka tak tahu mana satu ilmu yang patut mereka follow step by step.
Sebab otak mereka dilimpahkan dengan pelbagai ilmu sehingga mereka tak ada satu sistem yang mereka boleh follow dengan betul. Dan masalah ini juga lah yang selalunya saya lihat pada student baru yang pernah terlibat dengan trading.
Bukan sebab mereka ni tak ada ilmu. Tapi mereka tak ada sistem yang boleh guide mereka. Sebab tu mereka selalu alami kerugian di dalam trading.
Macam anda belajar mengaji. Kalau setakat belajar dari buku, belum tentu sebutan yang anda bunyikan tu mengikut makhraj yang betul.. Sebab tu berguru tu penting. Tak kira dalam apa pun, sebab kalau belajar tanpa berguru, boleh jadi ilmu yang kita pelajari tu songsang.
Haa.. bahaya ke tak bahaya tu?
2. Tak Letak Target Profit
Kesilapan yang seterusnya yang saya lihat adalah kebanyakan trader loss banyak sebab tidak meletakkan target profit, atau kita panggil TP. TP ni penting. Lebih-lebih lagi bagi newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia trading.
Anda rasa sebab apa penting?
Sebab market ni kita tak boleh nak jangka. Ada masa dia ikut apa yang kita predict. Tapi ada masa juga dia buat hal sendiri. So, time market buat hal inilah yang akan menyebabkan anda menyesal tak letak TP. Sepatutnya anda dah profit. Tapi tiba-tiba market membuat u-turn. Kan dah tak pasal-pasal anda mengalami kerugian.
3. Tidak Meletakkan Stop Loss
Lagi satu kesilapan kritikal yang trader baru atau lama sering lakukan iaitu mereka suka meletakkan posisi trading mereka di dalam bahaya dengan tidak meletakkan Stop Loss, atau kita panggil SL. Fungsi ni sama macam TP. Cuma TP tu untuk target keuntungan kita. Dan SL ni untuk target berapa kerugian yang kita sanggup tanggung.
Ada beza tau berapa kerugian kita sanggup tanggung dengan kerugian yang kita tak tertanggung.
Mungkin bagi sesetengah trader, penggunaan SL ini hanya sesuai untuk mereka yang trade secara long term. Masuk posisi, letak TP dan SL then tinggalkan untuk satu tempoh masa.
Tapi sebenarnya tak! Ianya juga perlu bagi anda yang belum mahir lagi dalam membaca dan menganalisa chart market. So, anda perlukan SL ni bagi persediaan dengan apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku.
Sekurang-kurangnya anda selamat dan dapat mengurangkan kerugian anda jika market tidak pergi seperti yang anda harapkan.
Tapi, ada satu lagi cara kalau anda rasa macam rugi aje nak letak SL bagi yang mengadap market. Anda boleh letakkan siap-siap SL semasa entry. Jika market bergerak ke arah target profit anda, anda boleh anjakkan SL anda mengikut ratio bersesuaian dengan price terkini.
Contohnya anda letakkan SL 500pips dari posisi anda masuk. Jika price telah bergerak menuju ke TP anda, anda boleh naikkan sekali SL anda mengikuti jarak 500pips dari harga semasa tersebut. So, kalau tiba-tiba market berpatah balik, anda dah kurangkan kerugian anda. Tak pun anda sudah untung. Cuma keuntungan anda tak sebanyak target anda lah.
Tak susah kan?
4. Mengabaikan Money Management
Money Management atau nama sinonimnya dalam dunia trading adalah MM merupakan satu lagi faktor penting dalam trading. Ramai trader yang sering melakukan kesilapan ini iaitu mereka mengabaikan MM mereka.
Kalau anda lihat dalam kelas atau dvd GTI yang saya keluarkan, ada saya terangkan mengenai kepentingan MM ni. Ia memegang 30% dalam proses kejayaan seorang trader tu. So, kalau anda tinggalkan MM anda hanya sebab mengejar profit berjuta-juta, anda dah buat satu kesilapan besar.
Oleh sebab ramai trader yang tak jaga MM merekalah akhirnya wang trading mereka hangus. Walaupun sebelum tu mereka dah profit ribu-ribu. Semua burn macam tu je bila mereka tak jaga MM mereka.
Sebab tu jugalah ini merupakan salah satu perkara yang saya sangat tekankan dalam kelas saya.. Sebab saya nak student saya sustain lama dalam market. Bukan sehari dua..
5. Tamak
Sering kali saya menasihati student saya supaya jangan tamak ketika trade. Sebab sikap tamak ini yang akan menyebabkan anda tersungkur dalam trading.
Jika pada awalnya anda dah profit, tapi anda tak nak tutup posisi anda lagi sebab anda nakkan keuntungan yang lebih lagi. Anda rasa berbaloi ke dengan kerugian yang anda tanggung nanti?
Kebanyakannya trader bila mula datangnya sikap tamak ni, tak semuanya akan success. Sebab dia ni macam hantu tau. Anda nak lebih dan lebih lagi. Bila anda dah dapat dah profit, tapi sebab sikap tamak ini, market reverse dan anda terus dapat Margin Call (MC)..
Betullah kata pepatah 'orang tamak selalu rugi'. Dan akhirnya 'Yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran'.
Lepas tu mulalah anda menyesal kenapalah aku tak close awal-awal. Dah pofit pun tadi. Haa.. Ternganga lah jawabnya.. Duit dah hangus..
6. Menggunakan Lot Saiz Besar @ Lebih Dari Yang Sepatutnya
Lagi satu kesilapan trader dalam trading adalah trader suka menggunakan lot saiz yang besar. Kebanyakannya yang buat begini adalah mereka yang trade dalam forex. Mereka akan pakai lot saiz besar gedabak.. Sebab tu kalau anda lihat yang trade forex untung besar-besar.. Cepat je grow akaun trading mereka.
Kalau anda masuk kelas saya, mesti anda terkejut sebab saya bagi student pakai lot saiz kecil je. Untung pun saya suruh ambil sikit-sikit je.. Tengok pada modal lagi tu..
Sebab penggunaan lot saiz yang saya ajarkan adalah bagi mengurangkan risiko kerugian dalam trading. Anda pun tahu kan yang trading ni High Risk..
Bukan tak ada cara untuk minimakan risk tersebut. Ada.. Cuma kebanyakan trader luar tak fikirkan soal minimakan risk. Mereka lebih fikirkan soal maksimakan profit. Bila pakai lot besar dari yang sepatutnya akaun trading mereka tu guna, memang boleh untung besar dalam jangka masa singkat. Dan boleh rugi besar juga dalam sekelip mata..
***
So, macam mana?
Rasa-rasa ilmu saya sharing ni berguna tak?
Anda percaya tak yang akan ada juga yang buat apa yang saya kata jangan? Lagi-lagi budak muda. Sebab jiwa muda kan! So naluri nak mencuba tu besar. Hantu pun besar..
Apa-apa pun, berjaga-jagalah dengan apa yang saya bagitahu. Take note mana yang penting. Jangan rosakkan akaun trading anda begitu aje. Kalau pernah rasa jatuh sekali, jangan cuba ulang kesilapan yang sama berulang kali.
Have a good trade.. Jumpa lagi next time..
Salam Sayang,
Ir Sofian
#irsofian #akaedmijl #tg4m #dvdgti #sts
Terima kasih Tuan Guru Ir. sofian.. Saya take noted.