Make A Good Decision

Dalam trading, apa yang penting adalah anda dapat buat keputusan yang bagus. Sebab apa? Keputusan yang bagus inilah yang akan mendatangkan keuntungan pada trading anda. Tapi, bagaimana anda nak buat keputusan yang bagus? Apa yang anda perlu lakukan?

Ada student tanya saya, "Ir, macam mana nak buat keputusan yang bagus ye ketika trading?". 

So, satu je jawapan saya. Kalau nak buat keputusan yang bagus ketika trade, ada satu musuh utama yang awak perlu tumpaskan.

Dan musuh utama tu adalah diri awak sendiri!

Saya cerita dari sudut trader lah. Sebagai trader, awak perasan tak ada satu masa ketika awak trade, ada suara-suara yang membisikkan ke telinga awak supaya

-rasa tak sabar dengan market,

-rasa tamak dan nak lebih profit,

-sangat cepat beremosi ketika trading,

-cepat rasa bosan melihat pergerakan market,

-rasa gatal tangan nak entry market je,

-rasa takut kalau-kalau terlepas entry,

-dah tak boleh nak tengok analisis, rasa nak ikut kata hati je

Dan akhirnya awak termakan pujukan bisikan yang saya sebutkan di atas tadi tu. 

So, apabila bermula je awak termakan kata-kata bisikan tu, itulah permulaan keputusan trading yang awak lakukan adalah teruk. Dan satu persatu kesilapan akan berlaku hasil keputusan awak tu.

Sebab tu saya cakap musuh utama awak adalah diri awak sendiri. Macam mana awak nak fight dengan diri awak? 

 

Fight With Your Self

Semasa nak membuat keputusan trading, sebenarnya awak berlawan dengan diri awak sendiri. Berlawan dengan segala bisikan yang datang untuk merosakkan trading anda. 

Sebab tu awak kena fight dengan diri awak. Cuba kawal dalaman diri awak sebaiknya. 

Tak saya sangkalkan, mungkin pada awal-awal awak trade awak akan terjebak juga buat keputusan yang tak elok, yang terburu-buru. Tapi jangan pernah putus asa, dan teruskan usaha anda untuk mengawal bisikan jahat ini sedikit demi sedikit. 

Saya juga pernah mengalami situasi yang sama. Saya rasa setiap trader akan merasainya. Sebab tu awak kena ada jati diri yang kuat yang membolehkan awak melawan musuh dalam diri awak sendiri.

Kejayaan yang terhasil adalah hasil titik peluh usaha yang awak lakukan. Kejayaan itu ada ditangan awak. Jangan dibiarkan ia terlepas kerana kegagalan dan kecuaian awak sendiri.

Saya boleh berikan sedikit tips bagaimana awak nak fight musuh dalam diri awak tu.

Seperti contohnya, awak cuba tuliskan peraturan yang anda perlu ikut sebelum membuat sesuatu keputusan trading. Tampalkan peraturan tersebut depan awak, dekat kawasan komputer awak trade. So, setiap kali awak nak trade, awak akan baca peraturan yang awak nak kena follow. Jika cukup semuanya, baru awak teruskan dengan entry.

Tapi, saya rasa ada masa mungkin awak tergelincir dari peraturan tersebut. Betul tak?

So, bila awak tergelincir dari peraturan tersebut, awak buat mistake, awak kena ajar diri awak. Bagi hukuman pada diri supaya ada pengajaran yang diambil. Macam contoh, kalau hari ni awak buat mistake, buat keputusan terburu-buru. Esoknya awak tak dibenarkan untuk trade sebagai hukuman pada diri awak. Boleh try buat macam tu untuk latih diri awak berdisiplin.

Lama-kelamaan awak akan ada satu sistem yang dah sebati dengan diri awak untuk buat keputusan terbaik. Bahkan bukan dalam trading sahaja, turut dalam keputusan lain yang awak buat.

Best kan kalau setiap langkah yang diambil tu hasil keputusan yang baik?!

Apa lagi? SHARE lah dengan rakan anda yang lain pula.. Ajarkan mereka buat keputusan yang baik juga. 

 

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.