Assalamulaikum..

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya buat anda semua yang membaca nukilan saya di website ni.

Sekarang ni rasanya semua masih dalam mood open house kan. Tapi saya pula sekarang ni dalam misi diet. Masa bulan puasa lepas lupa nak timbang berat. Tak sangka pula berat badan saya naik banyak sampai lutut saya rasa sakit dan perlu pakai support knee.

Apa pun, doakan saya dapat capai target #AzamDiet80kg ye.

So, dalam kita berhari raya ni, saya nak imbau kembali apa yang saya dan team dari Surau Nurul Islah dah jalankan.  Kami telah menjalankan misi bantuan fakir miskin di Kedah. Tahun lepas adalah kali pertama saya join misi bantuan ni.

Dan memang saya betul-betul terasa dengan kehidupan mereka di sana saat saya menyampaikan bantuan kepada mereka. So, untuk kali ini alhamdulillah, semakin ramai sukarelawan yang turut serta. Misi bantuan fakir miskin ni sebenarnya sangat membantu keluarga susah di sana.

Disebabkan kerana adanya misi ini, banyak keluarga yang telah mendapat perhatian daripada pihak berwajib. Banyak permohonan bantuan telah diluluskan. Saya juga dengar semakin ramai yang keadaan kehidupannya semakin membaik. Oleh itu, untuk misi kali ini saya cuba untuk memberi lebih lagi.

Alhamdulillah, sebanyak 7 buah kenderaan 4x4 yang turut serta untuk misi kali ni. Saya bawa staff dan anak saya untuk mereka rasai akan nikmatnya memberi sendiri bantuan dengan tangan mereka. Untuk kali ini juga kawasan pemberian bantuan telah dipecahkan kepada tiga kawasan iaitu Baling, Bukit Selambau dan Padang Terap. 

Di Baling bantuan yang diberikan terus disalurkan kepada pihak sekolah di mana pihak sekolah tersebut telah mengagihkan kepada lebih 800 orang pelajar termasuklah 50 orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU). 

Kali ini saya merasa pengalaman lain sikit apabila kereta 4x4 saya tiba-tiba temperature naik selepas meredahi kawasan anak sungai. Rupanya semasa meredahi anak sungai, kereta saya telah berlanggar dengan batu besar yang menghentak bahagian depan kereta. Akibatnya cover kipas kereta saya bengkok dan tak dapat berfungsi dengan baik.

Terpaksa saya serahkan barangan bantuan kepada team untuk meneruskan misi dan kereta saya dibawa ke bengkel. 

Kali ni saya pergi dah ada bangunan surau dalam proses pembinaan. Cumanya belum ada lagi yang boleh taja PA System untuk surau ni..

Di sini  saya ada sediakan video untuk anda tonton bagaimana perjalanan saya dan team sepanjang misi bantuan fakir miskin ini. 

Sekiranya ada rezeki lagi tahun hadapan, saya inginlagi sertai misi bantuan ini.

Jom SHARE kepada sahabat anda yang lain. 

#misibantuan

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.