Assalamualaikum wmt wbkt.

Hai.. Adakah anda ternanti-nanti posting daripada saya?

Untuk kali ini saya nak kongsikan satu info yang baru tentang trading. Sebenarnya masa saya semak file lama-lama saya, tiba-tiba perasan akan nota-nota yang saya tulis berkenaan trading. Dan info ini adalah apa yang saya pernah tulis dalam nota saya beberapa tahun lepas. 

Mungkin masa awal-awal saya conduct kelas TG4M. Masa saya belajar dalami ilmu trading ni. Ini antara info yang saya rasa penting untuk anda tahu pasal trading. Kadang-kadang kita ni cepat aje salah faham tentang sesuatu tu. So, untuk buang jauh-jauh salah faham tu, saya kongsikan di bawah ini tentang apa yang BUKAN tentang trading ni.

6 BUKAN Dalam Trading

Bukan yang pertama adalah Bukan SKIM Cepat Kaya. Saya rasa ramai di luar sana yang tahu pasal skim cepat kaya seperti piramid atau ponzi. Pelaburan pada sesuatu syarikat yang kononnya akan memberikan pulangan dividen setiap bulan. Untuk trading ni, anda sendiri perlu untuk trade dan dapatkan keuntungan.

Jangan sesekali biarkan orang lain trade kan wang anda. Ianya satu kesilapan besar. Kalau anda fikir ada orang boleh tawarkan seperti yang saya sebutkan tadi, berhati-hatilah. Sebab scammer sekarang ni pun dah banyak yang buat begitu. Bukannya anda tak boleh kaya dengan trading, boleh. Tapi atas usaha anda sendiri. 

Bukan yang kedua pula ialah Bukan LABUR Modal seperti anda membeli share sesuatu syarikat. Oleh sebab trading ni high risk, anda kena tahu wang yang anda laburkan berkemungkinan akan hangus kalau anda tidak pandai trade. Ini bermakna apa yang anda trade bukan seperti anda membeli share yang boleh diperam lama-lama. 

Trading juga Bukan Perniagaan MLM yang memerlukan anda maintain profit dan cari orang di bawah anda. Ia adalah sistem perdagangan yang melibatkan urusan jual dan beli sesuatu instrumen seperti komoditi secara atas talian.

Bukan SISTEM Affiliate  jugayang memerlukan anda mencari client atau customer untuk mendapatkan keuntungan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menghadap market dan cari waktu yang sesuai untuk entry. Jika anda inginkan keuntungan yang lebih, maka anda perlu lebihkan masa untuk analisis market dan entry pada waktu yang tepat dengan lot size yang sesuai.

Trading juga Bukan Agensi @ Koperasi yang memerlukan anda jadi ahli.  Dan Bukan JUAL BELI Matawang yang berbentuk duit fizikal seperti Black Money. 

Apa yang anda perlu tahu adalah TRADING ni sebenarnya adalah pelaburan anda di dalam sesuatu market yang diperdagangkan secara atas talian. Ia melibatkan urusan jual beli mengikut harga semasa dan untuk anda trade, anda memerlukan ilmu trading yang secukupnya.  

So, lepas ni anda dah boleh singkirkan perkara yang bukan-bukan ini dan fokus kepada ilmu trading itu sendiri. 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.