Assalamualaikum wmt. wbkt.

Alhamdulillah.. Hari ini genap umur saya memasuki 45 tahun. Sedar tak sedar rupanya saya sudah mula nak melewati ke usia tua. Nampaknya zaman saya akan berubah tidak lama lagi.. Saya bukan muda lagi..

Syukur saya masih lagi diberikan peluang untuk menghirup udara secara normal dan saya harap saya terus diberikan kesihatan yang baik..

40 Series Wei

Tak dinafikan bila usia dah masuk 40 series ni ada banyak benda yang saya dah mula hilang nikmatnya. Badan pun tak macam masa muda-muda dulu.

Macam baru-baru ini, lutut saya terasa sakit sangat sehingga saya hilang nikmat untuk solat secara berdiri. Bila terpaksa duduk menggunakan kerusi dan tak dapat nak sujud, saya memang rasa sedih sangat. Selalu kita akan lihat pakcik-pakcik umur lingkungan 60-an yang duduk di kerusi sebab tak larat nak berdiri. Tapi, saya yang masih nampak sihat dan muda tampan ni pula dah terpaksa berkerusi. Sedih sangat..

Alkisah lutut saya sakit pun sebab kaki saya menampung berat badan yang tak seimbang. Berat sangat dah. Seperti yang saya ada ceritakan pada posting saya sebelum ni. Sebab tu jugalah saya tekad untuk turunkan berat badan saya jadi 80kg.

Alhamdulillah, bila saya push diri saya workout, jaga pemakanan, berat saya turun sikit demi sikit. Tapi memang susahlah kan nak dapat 80kg terus. Memang makan masa.

So, sekarang ni saya amalkan No Sugar, No Flour, No Corn, No Nasi, No Kacang, No Susu. Ha ha ha.. banyak betul NO nya kan.. Ini lah diet untuk orang berdarah O macam saya ni. Demi kesihatan kan.. Kalau boleh saya nak kekal sihat walaupun umur dah berusia..

Kira pergi open house pun saya minta air suam. Ha ha ha.. betullah kan kata pepatah 'dah terhantuk baru nak tengadah'. Kira dah sakit lutut, baru saya nak sedar yang badan saya dah overdose. Tahu-tahu je lah kalau dah overdose berat ni macam-macam penyakit lain nak datang. So, kena jaga elok-elok dari muda lagi lah..

 

Mencari Redha

Bila meniti usia yang semakin meningkat ni, dah semestinyalah kematian bukannya semakin jauh. Bahkan ianya semakin dekat. Jadi, dikesempatan yang ada ni, apa lagi yang saya nak cari melainkan keredhaanNya. 

Selagi mana kita masih bernyawa, selagi mana kita bernafas di muka bumi ini, selagi itu jugalah saya cuba untuk terus berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara. 

Untuk berbakti, saya perlu mencapai kejayaan dalam hidup. Saya sendiri perlu bangkit dan hargai kehidupan yang diberikan. Saya mesti jadikan diri saya insan yang berguna buat diri saya dan kemudian buat orang sekelilingnya. 

Tapi, untuk berjaya bukan satu perkara yang mudah. Saya terpaksa berlawan dengan diri sendiri. Saya perlu kuat sekuat Muhammad Ali. Saya perlu tangkas setangkas Wing Chun. Supaya saya dapat lawan kelemahan dalam diri saya dan rebut peluang yang ada sebaiknya.

 

Pesanan Demi Pesanan

Saya masih ingat lagi pesanan dari almarhum guru saya supaya berhati-hati dengan 3 TA.

Pertama : HarTA
Kedua : TahTA
Ketiga : WaniTA 

Pesanan guru amat saya pegang erat dan saya sendiri berdoa agar saya tidak tergelincir dari landasanNya.

Yelah, kadang-kadang bila kita dah senang, kita mula alpa dan kufur nikmat. Itu yang sebolehnya saya nak elakkan dari menjadi hamba yang tidak reti bersyukur.

Ayahanda saya juga ada berpesan. Pesanan yang saya kira sangat bermakna dari seorang ayah, "kau carilah kawan yang baik-baik, dan kawan yang baik selalunya mereka ini ada di Surau dan Masjid". 

Manakala, habib, ustaz dan mentor saya juga pernah berpesan. JANGAN lupa untuk berzikir & berselawat kepada Rasulullah saw kerana wujudnya manusia adalah bertujuan HANYA untuk beribadat dan menjadi HAMBA KEPADA DIA. Rasulullah adalah insan istimewa untuk jadi ikutan manusia so contohilah Baginda. Dengan selalu berselawat, diri kita akan dekat dengan Baginda. Moga kita semua mendapat syafaat darinya dan dapat bersama di akhirat kelak. Dengan bersolat, itu tanda kita bersyukur akan nikmatNya.

Jom layan video di bawah ni..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.