Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Hari ni saya nak kongsikan berita baik buat anda semua tau.. Berita baiknya adalah robot saya cipta dah hampir 90% nak complete dah.. Sekarang ni masih lagi dalam proses testing dan updating.  Lagi 10% lagi saya reserve kan diri saya untuk tengok dan pantau sendiri. Bukan 100% saya serah sepenuhnya pada robot saya lah.

Buat masa ini saya gembira dengan performance yang diberikan. Bagi saya, robot ini adalah sesuatu yang hebat dari Allah sebab beri saya ilham dan tenaga untuk sempurnakan impian saya tahun ini. 

Bagi yang tak tahu apa robot ni, ia adalah sistem trading yang akan trade kan akaun kita secara automatik. Jika sebelum ini saya sendiri ada stereotype terhadap robot trading ni. Bagi saya robot ni hanya menipu dan tak membantu pun. Sebab kebanyakan yang guna robot mesti burn duit fund mereka.

Tapi selepas saya balik dari Milan Itali di mana ada conference IFTA mengumpulkan pakar-pakar teknikal analisis seluruh dunia, baru saya nampak dunia trading ni dari perspektif berbeza. 

Saya dah lama observe market. Saya lihat memang spekulator selalu menang. Semua news yang keluar dari Forex factory, Bloomberg, Investing.com, The Edge, Yahoo Finance, Reuters, semua ini telah di manipulasikan, Semua telah dirobotkan. Dan sebenarnya kita telah jauh tertinggal ke belakang. Tenggelam dalam emosi sebagai trader.  

Sepanjang observation saya terhadap perangai masyarakat malaysia ni, mereka suka benda yang mudah. Nak duit tapi malas nak usaha & kerja. Itu sebabnya banyak scammer yang kenyang telan duit mereka ini. Sebab tu lah kita kena ada ilmu dan usaha untuk berjaya. Tak ada benda yang boleh dapat mudah aje dalam dunia ni. Sebelum nak jumpa mudah tu bermacam-macam dugaan dan ujian yang dilalui.

Kini robot yang saya ciptakan ini saya try test pada gold market menggunakan sistem trading TG4M. Dan sepanjang saya uji robot ni untuk gold market sendiri, purata tiap bulan dalam 10%-15% untuk tahun ini. Dari bulan Januari 2018 hingga kini je dah 42%. Tak adalah teruk kan! Cuma pantauan saya pada bulan Mac 2018 ni ada sikit loss dalam 3.4%.

Robot saya ini atau orang lain selalu panggil EA atau Algorithm trading pada tahun lepas bulan Okt, Nov dan Dis 2017 kesemua loss trade purata dalam -10%. Kiranya still okay lah kan? Fund tu still ada dan tak berlaku lagi Margin Call (MC). 

Pada saya jika anda guna robot dan loss teruk, bukan robot tu yang salah. Seperti yang saya lihat apa yang pernah berlaku pada rakan-rakan saya sebelum ini. Bagi saya, individu tersebut yangg salah sebab menggunakan programming @ algorithm yang dia sendiri pun tidak tahu mana pangkal mana akhirnya. Yang akhirnya membuatkan diri mereka kecewa dan mula tidak percaya lagi pada robot dan market lagi. 

Apa yang penting dalam penggunaan robot adalah ianya adalah untuk tujuan memudahkan kerja trading kita. Anda dah tak perlu menghadap market setiap hari berejam lamanya. Asalkan anda sendiri tahu kenapa robot tu entry dan kenapa pula robot tu exit. Inilah sistem yang saya apply kan pada robot saya. Dan robot yang saya buat ni pun bukanlah akan masuk entry sesuka hati sampai berlapis-lapis entry nya. Dalam sebulan lebih kurang 5 ke 6 entry sahaja. Cukuplah tu kan. Asalkan ianya entry yang berkualiti. Betul tak?

So, satu persoalan yang mesti akan ada yang tanya. Kenapa saya sibuk reservekan hampir 70% waktu harian saya untuk cipta benda ni? Kenapa?? 

Sebab utamanya adalah saya nak transfer ilmu pengetahuan saya dan sistem trading TG4M dalam bentuk automatik trading. Saya cuba untuk pandang ke hadapan, Future saya. Saya nak elakkan daripada psikologi manusia dan emosi yang selalu menjadi punca kepada kegagalan dalam trading. TAMAK & TAKUT! 

Yelah. 90% trader yang gagal adalah sebab emosi. Sebagai manusia biasa, memang kita tak lari dari beremosi. So, nak kawal emosi tu lah yang susah sikit. Ada masa dapat. Ada masa tak terkawal.

Dalam masa yang sama saya nak explore lebih lagi cabaran dalam dunia trading. Sejak tahun 2011 saya dah jatuh cinta dengan teknikal anaisis. Saya cuba belajar forex market dan saya pindahkan ilmu dan skill saya kepada gold market sejak saya lihat tak ada lagi GURU dalam Malaysia atau World Wide yang hanya fokus pada gold market. Kebanyakannya hanya pada forex dan stock. 

Kebetulan saya dah pun terlibat dengan pelaburan emas fizikal sejak tahun 2009, jadi saya nak jadi pioneer dalam gold market pula. Saya percaya dengan FOCUS saya boleh jadi PERFECT!

Dari situ saya come out dengan 1 silibus yang perfect pada tahun 2015, namanya ialah TG4M (Trade Gold For Money) dan STS (Simplified Trading Signal). Untuk pengetahuan anda, robot yang saya ciptakan ini adalah daripada teknik trading dalam TG4M. 

Syukur kepada Allah kerana berikan saya idea dan petunjuknya sehingga saya mampu hasilkan robot ikut sistem yang saya inginkan sendiri. 

Bagi saya, apa yang penting sekali adalah ilmu pengetahuan. Sebab tu dalam Al-Quran, Allah berfirman "Bacalah". DIA suruh kita baca dan belajar. Pada saya STS adalah alat yang membuatkan saya nak buat robot ni. Kalau anda pun serius nak terlibat dalam trading, pada saya STS adalah alat serta jalan terbaik dan termudah untuk anda faham akan behaviour market. 

Robot yang saya ciptakan ini pun bukanlah untuk anda pun sebenarnya. Tapi lebih kepada perancangan saya untuk bersara. Umur saya sekarang ni pun dah 45. Kalau boleh saya pun nak bersara awal. Takkanlah saya nak tua pun nak bekerja keras lagi kan? 

Ini aje lah jalan yang saya boleh prepare untuk masa depan saya nanti. 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.