Terkejut saya pagi ni melihat statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara mengenai populasi penduduk Malaysia pada tahun ini bagi Q1. Jika waktu saya lahir dulu rakyat Malaysia baru dalam 10Juta aje. Tak sangka pula sekarang ni dah naik 3x ganda. Siap analisis statistik rakyat Malaysia pada 2030 akan mencecah 38Juta.

gold trading, gold investment, pelaburan emas, analisis pasaran, dvd gti

Apabila saya lihat jumlah statistik ni, buat saya terfikir. Apakah peluang pekerjaan yang akan mereka ni dapat menjelang tahun 2030 nanti. Sebab sekarang ni pun ramai rakyat kita ni fight dengan warga asing untuk dapatkan pekerjaan.

Tak kira lagi ramai yang masih menganggur dan tak ada pekerjaan. Sama ada yang baru habis belajar atau yang diberhentikan kerja secara pampasan kerana company tak boleh nak tanggung lagi dah.. Seperti yang anda boleh tengok pada statistik yang dikeluarkan oleh jabatan yang sama di bawah ni.

Sebab tu jugalah sekarang ni ramai orang kita yang buat bisnes. Lagi-lagi bisnes secara online. Segala jenis platform media atau social media yang ada dijadikan wadah untuk berbisnes. Dari facebook, instagram, whatsapp, telegram, lazada, shopee dan banyak lagi.. Sekurang-kurangnya nampaklah juga afford rakyat kita ni nak cari pendapatan dengan cara berbisnes.. 

Tapi, saya terfikir juga. Tahun 2020 nanti, atau 2030 nanti, apakah peluang bisnes yang akan ada waktu tu nanti? Masih relevan kah bisnes yang ada sekarang ni pada waktu tersebut? Atau akan muncul trend baru dalam bisnes? Yelah.. bukankah tahun 2020 ke atas ni dah menunjukkan era teknologi yang canggih. Mungkin pada waktu tersebut akan wujud lagi teknologi yang lagi maju dari sekarang, Who knows kan...

Sekarang ni pun dah semakin ramai yang buat bisnes bukan sekadar bisnes. Masing-masing dah mula terbuka untuk dapatkan education tentang bisnes. Begitu juga dengan yang buat trading. Masing-masing cuba tambahkan lagi ilmu trading supaya investment yang dibuat akan berguna untuk sepanjang hayat.

Saya pun harap waktu tu saya dah retired. Dan menguruskan trading gold saya secara santai-santai. Diharapkan apa yang saya ciptakan sekarang ni akan dapat digunakan dan dimunafaatkan pada masa tua saya nanti.. 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.