Apakah Robot EA?
Mungkin ada yang tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan robot EA. Robot EA ini adalah merupakan satu proses menggunakan komputer dan dimasukkan bahasa programming yang mempunyai fungsi tertentu. EA adalah singkatan bagi Expert Advisor atau Automated Trading yang merupakan sistem yang membolehkan ia menguruskan entry dan exit sesebuah akaun yang menggunakannya. Apabila wujud sistem yang menguruskannya, sudah tentulah kita akan panggil ia sebagai robot atau machine kerana ia memudahkan urusan kita.
Kebiasaannya robot EA akan mengikut sistem yang telah diprogramkan dalam dirinya. Ada robot yang menggunakan sistem Moving Average, ada robot yang menggunakan sistem Martingale, dan bermacam-macam lagi. Yang pasti setiap robot mesti di masukkan rules berdasarkan masa, price, volume dan sistem yang ingin disetkan.
Elok Ke Pakai Robot?
Oleh kerana terlalu banyak lambakan robot sama ada secara percuma atau berbayar di dalam internet, sudah pasti ramai trader yang menggunakan robot tersebut untuk akaun trading mereka. Tetapi, kesan dari lambakan tersebut juga menjadi salah satu punca wujudnya robot yang tidak berkualiti dan tidak bersesuaian dengan penggunaan pasaran sekarang.
Perlu anda tahu bahawa pergerakan pasaran selalu berubah. Begitu juga dengan sistem bagi sesuatu sengka waktu untuk pasaran tersebut. Ada sengka waktu pasaran sesuai dengan teknik Moving Average. Ada sengka waktu pasaran sesuai dengan teknik Bollinger Band.
Oleh itu anda perlu mencari dan menggunakan robot yang sentiasa di update mengikut keadaan pergerakan pasaran. Tidak kesemua robot boleh digunakan kerana jika anda tidak tahu apakah sistem yang digunakan, berkemungkinan besar anda hanya akan menyebabkan fund anda lebur dimakan oleh robot tersebut.
Kenapa Anda Perlu Robot EA?
Masalah paling BESAR buat trader adalah mengawal emosi ketika trade. Oleh sebab terlalu ramai trader yang tidak berjaya mengawal emosi mereka, kebanyakan mereka juga telah mengalami kerugian yang banyak dalam trading.
Oleh sebab robot merupakan machine yang berjalan mengikut sistem dan tidak mempunyai emosi, maka ia terlepas daripada melakukan entry yang terganggu dengan emosi. Robot akan dapat mengelak daripada terperangkap dalam emosi trader. Sebab robot tidak ada perasaan tamak untuk dapatkan lebih profit. Ia juga tidak ada sifat takut untuk tutup posisi.
Setiap entr dan exit yang dilakukan hanyalah berdasarkan sistem atau strategi yang diprogramkan di dalamnya. Oleh sebab itu juga, developer perlu buat test untuk mengukur keberkesanan sistem robot yang dicipta.
Dengan adanya robot trading juga, anda akan dapat jalani kehidupan yang lebih fleksibel sebab komputer dah tolong jalankan kerja anda. Dari situ akan ada lebih banyak masa bersama keluarga atau melakukan kerja-kerja lain. Anda tak perlu takut kalau-kalau terlepas peluang untuk entry sebab robot dah boleh lakukan untuk anda. Dia bekerja 24jam setiap hari.
Atau anda ada sebab tersendiri kenapa anda pakai robot??