Semasa sesi mengajar dalam kelas advance saya, iaitu #STS, ada student saya yang kata, kalau boleh nak jadi pandai macam Ir.
Tiba-tiba saya teringat kisah masa saya mula-mula terlibat dalam bidang trading ni. Sebenarnya, saya pun sama aje macam student2 saya masa mula2 dulu.
Saya pun tak tahu langsung pasal trading ni. Yelah, saya kan engineer, manalah nak tahu pasal trading ni. Mula-mula dulu saya belajar trading, saya pergi ke kelas Forex. Banyak juga terms yang saya nak kena faham masa tu. Tapi bila saya apply kan, hati saya rasa tak serasi dengan fx.
Biasalah bila trade ni memang akan ada loss. Sebab trading ni kan High Risk! Saya sendiri dah lalui apa yang trader2 sebelum ni lalui. Macam mana emotionnya ketika trade. Macam mana bila berhadapan dengan loss,mc dan macam-macam lagi..
Selain ada consultant engineering, saya juga ada terlibat dalam pelaburan emas fizikal. Saya sendiri ada memberikan seminar berkenaan emas fizikal. Jadi dah alang2 saya sukakan emas ni, saya nak trade dalam gold market lah. Tapi waktu tu memang tak ada satu sifu pun yang ajar gold market. Rasanya satu dunia pun tak ada..
Tapi,disebabkan kecintaan saya pada Gold, saya cuba apply kan apa yang saya pelajari dalam fx ke dalam gold market. Tapi ilmu tu memang tak cukup. Saya terpaksa gali lagi ilmu trading ni sebab ilmu trading ni sangat meluas.
Semasa saya mengerjakan umrah, saya mohon pada Allah agar berikan saya ilham untuk saya faham akan ilmu trading ni. Alhamdulillah, balik dari umrah tu saya dapat ilham yang luar biasa. Pembelajaran ilmu trading tiba-tiba terasa mudah. Explore demi explore membuahkan saya pemahaman yang lebih mendalam tentang gold market.
Wow!! Sangat hebat! Sehingga saya boleh keluarkan 1 silibus yang dipanggil Trade Gold For Money (TG4M). Sampai kini pun, saya masih lagi belajar ilmu trading untuk upgrade kan pengetahuan yang saya ada.
Kalau anda sendiri rasa susah untuk belajar, jangan pernah berputus asa. Sebab semua orang akan lalui proses yang sama. Cuma cepat atau lambat sahaja.
Daripada silibus TG4M itulah kemudian saya keluarkan DVD GTI khusus untuk mereka yang nak belajar dari rumah. Sebab kesian juga pada customer saya yang minta buatkan dvd. Mereka tak dapat nak hadir kelas. Tapi nak sangat belajar. So, inilah salah satu inisiatif yang saya buat untuk mereka.
Kalau saya ingat balik, saya sendiri pun tak sangka perjalanan hidup saya yang belajar engineering akan terlibat dan mengajarkan trading. Walaupun saya menguruskan consultan engineering, saya juga handle untuk beri education pada orang ramai tentang cara trading yang betul.
Sebab saya rasa ianya satu ilmu yang sangat bermunafaat. Jika zaman saya muda2 dulu saya dah kenal dengan ilmu trading ni, mungkin saya takkan mengalami kesempitan sewaktu krisis ekonomi berlaku pada tahun 2008 dulu.
So, untuk anak muda! Jangan pernah berputus asa untuk belajar. Yang penting gunakan ilmu tu dengan sebaiknya.. Jangan buat naiya kat orang pula. Sebab apa yang awak akan dapat selepas melalui satu proses ni adalah kemanisan yang tak tertingga. Itulah apa yang saya dan student saya yang dh berjaya alami..
Wake Up !
Move Forward !!
"Jangan pernah takut untuk melangkah sebab awak takkan tahu betapa indahnya nikmat yang awak akan perolehi selepas itu" -Ir Sofian-
Share posting ni jika anda rasa ianya bermunafaat.. 🙂