Marketing Perlukan Kos Tinggi

Wow.. Kali ni saya nak bercakap soal marketing. Sebelum ni belum pernah lagi saya nak kongsikan pasal marketing ni. Yelah, orang tengok saya ni engineering, apa yang nak dicakapkan berkenaan marketing pula kan ! Ha Ha Ha…

Alkisahnya sebab terpandangkan risalah yang ada kat pos box semalam. Nak ikutkan, saya dah lama tak selak-selak atau belek-belek risalah macam ni.

Kalau ada terselit pun dengan surat-surat, saya terus sort dan risalah macam ni saya campak je terus dalam tong sampah..

Ops!! Kejam eh !!! Penat ajer dia orang buat ni, distribute then saya buang aje bila tiba kat tangan saya. Sebenarnya tak kejam!! Masa mula-mula kahwin dulu, risalah macam ni saya selalu belek untuk nak cari kat mana yang ada cheap sale untuk kita beli barang. 

Dulu kerja saya dan partner saya Zaliha Ahmad, memang survey tempat2 toko besar ni yang sekarang ada antaranya yang dah jadi arwah tinggal nama aje.

+ Makro - dulu paling top kat Bt 3 Shah Alam 
+ Carrefour 
+ Giant
+ Mydin
+ Tesco

Mungkin anda pun familiar dengan nama2 tu. Sekarang ni, nama baru yang tengah melonjak naik dan ambil alih tempat banyak nama hebat sebelum ni adalah AEON. Sebelum tu namanya Jusco. 

Sebenarnya antara mereka ni pun berperang harga. So, kita yang sebagai pembeli ni lah yang kena pandai ambil peluang untuk grab masa ada sale. Yelah kan, gaji kecik, kita pulak baru kawin time tu, so banyak barang2 keperluan rumah yang kena beli.

 

Teknologi Online

Tapi, generasi baru ni korang lain laaa sekarang ni. Nak shopping aje pergi ke Lazada laa, Shopee laa, Amazon laa, Sogo laaa. Lagi-lagi kemudahan internet dan online dah sangat maju sekarang ni. Mudah pun mudah, dan banyak pilihan barang yang super murah. 

Sebab kos orang yang jual online ni tak sama macam yang jual kat kedai kan.. Tapi ada je juga yang orang kedai jual secara online. Selagi mana boleh tarik pelanggan untuk membeli. Biar ikut peredaran masa. Jangan nanti jadi macam Nokia dulu.

Bila jenama telefon lain dah mula berubah ke arah touch screen, Nokia tetap lagi mengekalkan telefon keypad kerana percaya dengan penggunanya. Last2 mereka pula yang dah jauh ketinggalan bila jenama Nokia mula jatuh. Sekarang baru terkejar balik mengikut peredaran zaman.

Saya ingat dulu waktu Mydin belum buka di USJ,  Giant memang 'betul2 giant' laaa. Memang penuh parking orang shopping kat sana. Bila launch aje Mydin yang keluar dengan image baru masa tu.. Mydin yang dulunya nama picisan aje dan orang yang shopping kat situ di anggap 2nd class tetiba semua bangsa bawa troli yang penuh sarat dengan barang bila keluar dari pintu Mydin dan food stall dia pun nak kena que kalau nak menjamah makanan kat sana.

Bila saya tengok iklan sebegini, saya terfikirkan betapa lajunya teknologi yang boleh membawa nama yang sebelum ini tidak dikenali melekat di minda rakyat.

 

Ikon Baru

Bersama Akademi JL saya cuba bawakan penampilan ikon baru dalam produk terbaru kami. Wujudnya AlgoGold.com pada Q3 2018 ni, saya harapkan akan memberi image dan perspektif yang berbeza dalam dunia pelaburan dan trading.

Banyak input dan knowledge secara 'terus ke tangan anda' melalui apps telegram channel ini
https://t.me/AlgoGold (Join eh, Free aje pun !)

Nak kongsi... 2 hari lepas saya ada sampaikan misi dan visi saya untuk AJL pada sahabat saya di office. Nampak berlinang air mata dia dan tak sangka uniknya susunan flow perjalanan ilmu yang hebat dari STS - TG4M - AlgoGold. Ia adalah satu proses yang lengkap dalam wadah ilmu.

Dia kata saya hebat dan brilliant. Tapi saya cakap kat dia itu semua adalah dari Allah. Ilham itu semua dari Dia. Semuanya kesan dari fokus yang melebihi tahap 200% dan digaul dengan passionate terhadap apa yang saya lakukan. Saya kalau buat satu kerja tu memang fokus. Selagi saya tak dapat, saya takkan putus asa. Biarpun kena bersengkang mata.

Dia tanya.. Kezo jalan lagi tak? (Maksudnya dah tutup kedai ke engineering consultant saya?) Gelak saya... Mungkin sebab saya jarang pos aktiviti dalam fb agaknya tentang Kezo Consult. Banyak cerita bab diet saya laa dan lain2 yang merapu (eh posting saya merapu ka?)

Saya cakap kat member tu, "Engineering adalah KERJAYA saya, bidang pelaburan adalah MINAT saya"
So ianya tidak boleh bercampur. Ia boleh kita buat secara seiring dengan pengurusan masa yang padu.

Kalau GIANT tengah pening dengan hal marketing dia. Sebenarnya semua business owner pun tengah pening cari idea baru untuk bawa business dia ke arah yang lebih mantap dalam situasi yang semakin mencabar.

KALAU sebagai business owner tak pening untuk marketkan business dia. Tu alamattttt nak lingkup bak kata sahabat saya Jerry Zafrol Rizal Mat. Memang sentap kan!

Cer renungkan :
You all tengok pada Pakatan Harapan (PH) yang asyik bertelagah dengan Pakatan Pembangkang kan! Kalau saya, saya tengok mereka dari perspektif MARKETING mereka. Kalau kawan2 semua tengok dengan cara MEMBAWANG, memang sayangggg banyak masa awak akan TERBUANG.....

Ehhh, you all tak tahu ka? Politician jugak businessmen! He he he Tak faham tak apa...

Done merapu panjang.. Ha Ha Ha.. Thanks sudi baja posting saya panjang2 ni.. Share ye kalau rasa bermunafaat..

Salam sayang,

Ir Sofian..

p/s: posting asal di facebokk saya ni.. Picit SINI..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.