Hai sahabat semua..

Hari ni saya nak bawakan satu topik yang hangat.. Ha Ha Ha..

Sebelum ini saya pernah post kan dalam ruangan Fcaebook saya. Dan saya dapat bermacam-macam komen daripada kenalan fb pages saya. Ada antara komen yang positif, dan ada juga komen yang menunjukkan persepsi orang terhadap trader. 

Anda tahu tak yang sebenarnya trader ni adalah satu pekerjaan??

Ya!!

Trader adalah satu pekerjaan. Walaupun di mata kasar anda nampak seperti orang yang jadi full time trader (FTT) ni buat apa kerja je? Bukan ada pergi ke office pun. Asyik duduk rumah, masak, hantar anak ambil anak, dan sudah pasti ada gosip-gosip dari jiran tetangga yang anda ni makan duit bini. Ops!! Ada ke yang berfikiran macam tu??

Kita memang tak boleh nak elak orang lain dari berfikiran macam tu. Walapun pada pandangan mata  orang, orang pandang kita ni hina sebab menganggur dan pemalas, tapi inilah persepsi yang kita patut ubah. Stereotaip!! Sampai bila orang nak prejudis dengan trader?!

Satu aje. Kita yang sebagai trader ni lah kena terangkan kepada mereka apa itu trader. Apakah pekerjaan yang kita lakukan. Kita bukan duduk saja goyang kaki.. Kita pun ada waktu kerja kita kan! Sebagai trader kita kena ada jadual kerja kita. Bila waktu kita nak menghadap pasaran, bila waktu kita nak trade. Cumanya bila kita trade di rumah, memang orang tak nampaklah yang kita ni keluar ke office. Dah office kita kat rumah!

Ada juga yang bukan full time trader, sebab mereka ni masih lagi bekerja. Tapi nak dapatkan lagi duit tepi untuk diri dan keluarga. Siapa kat sini boleh bagitahu yang duit gaji dia memang cukup untuk keperluan diri dan keluarga??

Rata-ratanya banyak mengalami masalah tak cukup wang. Kalau laki bini, laki pinjam duit bini dulu, atau bini bayar tu, laki bayar ni. Ini memang realiti apa yang sedang terjadi dalam kehidupan kita sekarang ni.

Sebab tu lah ramai juga antara student saya yang merupakan orang makan gaji. Cikgu ada, doktor ada, engineer macam saya pun ada, businessman pun ada, kerja swasta, kerja kerajaan, sehinggakan pesara dan student IPT pun ada.. Sebab apa?? Sebab mereka ni nak ubah taraf hidup mereka. Dan mereka tahu menilai 'value' trading ni.

Ilmu trading ni memang satu ilmu yang sangat berguna untuk seumur hidup anda. Apa pekerjaan yang anda boleh lakukan untuk menampung kehidupan anda walaupun ekonomi tengah gawat?? Atau masa anda dah tua nanti?? Pernah tak anda fikirkan perkara ni?? 

Saya pun tak sanggup kot nak bekerja lagi bila dah 50 60 nanti. Lagipun trade ni masanya fleksibel. Tak susah mana pun. Cuma nak kena usaha lebih masa awal-awal je. Lepas anda dah genggam ilmu trading, semua dah dalam poket, tak ada masalah pun lagi untuk anda. 

So, anda rasa hinakah jadi trader ni??

Fikir-fikirkanlah !

.

.

Salam Sayang,

Ir Sofian

 

Please follow and like us:

Dapatkan Ebook 'Knowledge Trading' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.