Ada yang bertanyakan teknikal analisis ni untuk saham ke? So, saya terpanggil nak jelaskan apa sebenarnya teknikal analisis ni. Mungkin dah ada banyak penjelasan tentang teknikal analisis ini. Tapi saya rasa elok saya terangkan sekali lagi kan.. Sekurang-kurangnya orang lain pun dapat pengetahuan ini juga..

Apa Itu Teknikal Analisis?

Teknikal Analisis atau lebih mesra dipanggil TA adalah satu kajian terhadap pergerakan pasaran sama ada saham, komoditi, forex, futures dan medium lainnya dengan menggunakan data dan statistik yang terkumpul di dalam chart pasaran tersebut. 

Oleh itu, TA ni bukan hanya untuk saham sahaja. Anda boleh gunakan ilmu TA ni pada mana-mana pasaran juga. Dengan TA ni juga anda boleh dapatkan hala tuju pasaran pada masa hadapan. Kiranya siapa yang ada ilmu TA ni, dia boleh buat prediction pada market tu. 

Wah!! Best lah boleh predict market guna ilmu TA je..

Ya!! Memang best sangat.. Tapi kena kuasai betul-betul lah ilmu TA ni. Jangan main ambil sekerat-sekerat.. Sama macam kita nak dalami ilmu agama.. Jangan ambil ayat quran tu sekerat-sekerat.. Sebab nanti jadi lain fahaman kita.. Sama aje kan konspenya!

 

Susah ke TA ni?

Nak kata susah tak gak.. Nak kata mudah pun tak juga. Bergantung atas kegeligaan otak setiap orang lah.. Ada orang dia cepat je tangkap apa yang dia belajar. Ada orang pula dia jenis sow sikit. Perlukan lebih bertanya d lebih latihan. Jadi anda yang macam mana?

Kalau anda jenis pintar, kejap je lah anda dah boleh kuasai ilmu TA ni.. Tapi kalau bukan, anda kena letakkan lebih usaha lah dalam mempelajari ilmu TA ni. Tak salah pun kalau terlebih usaha atau terlebih latihan. Betul tak?

Yang penting, bersungguh-sungguh dan jangan cepat putus asa. Normallah kalau tak faham sangat kalau baru belajar sebab ini kan ilmu baru. Otak kita baru nak adapt dengan ilmu baru ni.. Macam kita mula-mula belajar bawa kereta lah.

Kalau sebelum ni anda tak pernah lagi bawa, tak pernah lagi sentuh, sudah tentu pada awalnya itu anda nak kena belajar segala teorinya dulu. Lepas dah belajar teori, baru anda akan belajar teknikal. Praktis berkali-kali. Dan normallah ada yang terlanggar tiang, ada yang masuk parit, ada yang asyik brek emergency.. Sebab masing-masing masih lagi belajar kan. Dalam proses learning.. 

Tap cuba tengok bila anda dah bawa hari-hari, dah bawa 2 3 tahun. Mestilah dah pro kan? Semua teknikal dan cara nak bawa kereta dah ada dalam kepala anda. Nak mencelok pun senang je. Dah boleh target sempat ke tak sempat nak masuk line. Macam tu jugalah ilmu TA ni. Bila ia dah jadi makanan harian, lama-kelamaan, pandailah.

Anda sendiri dah boleh scan aje market, dah tahu kat mana price akan pergi. Kalau awal-awal dulu nak kena conteng-conteng, buat analisis. Bila dah pro, tak payah susah-susah lukis. Scan dengan matanya, dah boleh nampak mana tujuannya. Haa.. Percaya tak??

Saya harap perkongsian saya ni bagi munafaat pada anda semua lah ye.. Lepas ni jangan ada pula yang tanya, teknikal analisis ni untuk forex ke? Haa.. kang ada yang kena cepuk.. Ha ha ha..

.

.

Salam Sayang,

Ir Sofian..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.