Hai… Assalamualaikum..

Untuk hari ni saya nak kongsikan dengan anda input mengenai trading. Biasalah.. Masa tengah giat dan gigih buat robot ni, mata asyik tengok chart aje.. Rasa terdetik pula nak kongsi serba sedikit pasal trend ni. Yelah! Bila berdepan dengan market, asyik soalan tu aje yang bermain kat fikiran saya ni.

Sambil tengok chart, cek market ada trend tak.. Itu jelah yang dok ulang berkali-kali.. Bagi yang tahu trend tu apa, kira okay lah tu.. Tapi bagi yang tak tahu apa ke benda lah trend ni. Sama macam trend yang selalu orang sebut-sebut tu ke? Trend baju, trend fashion, trend makanan, trend viral.. Itu ke??

Eh!! Bukan tu tau.. Yang kita  tengah bincangkan ni adalah trend untuk market. Lagi-lagi market gold yang tercinta.. ha ha ha.. 

Nak tahu market tengah ada trend ke tak, ada 3 cara yang saya akan kongsikan dengan anda semua.. 

Tapi, sebelum saya kongsikan, apa kata saya terangkan dahulu apa itu trend. Tak ada lah ada yang rasa terpinga-pinga dengan penerangan saya nanti.. 

Apa Itu Trend??

So, apa itu trend??

Trend yang selalu kita sebut-sebut dalam trading ni adalah keadaan sesuatu pasaran yang menunjukkan ia tengah ada momentum pembeli atau penjual. Dalam menentukan trend pasaran, akan ada 2 jenis trend yang selalu kita akan lihat iaitu Uptrend (pasaran dalam keadaan menaik sebab banyak pembeli) atau Downtrend (pasaran dalam keadaan menurun sebab banyak penjual).

Tapi, ada satu lagi keadaan yang anda perlu ambil tahu iaitu Sideway (pasaran dalam keadaan mendatar). Sideway ni tak ada trend sebab pergerakannya mendatar sahaja. Tiada pembeli dan penjual yang agresif pada ketika itu. 

 

3 Cara Nak Tentukan Trend

Ada 3 cara untuk anda tentukan market tengah ada trend atau tidak. Penting untuk tahu market dah ada trend atau belum sebab bila kita nak masuk position, kenalah masa ada trend. Kalau market tengah sideway, lebih baik elakkan dari masuk position.

Kan bila ada trend barulah sedap sikit kita nak kaut profit. So, sebab tu anda tak boleh silap tengok trend. Elok market tengah naik, anda pula pergi masuk position sell. Haru lah jawabnya nanti..

Di bawah ini adalah 3 cara anda boleh tentukan trend. Saya bagi mudah-mudah aje..

1. Line Chart

Salah satu cara mudah nak tengok trend, anda cuma perlu tukarkan candle chart anda kepada bentuk Line Chart. Dari situ anda boleh lihat garisan line chart tersebut dalam keadaan naik atau turun. Mudah aje kan? 

Nampak dengan lagi jelas lah kan bila ada garisan line je tanpa gangguan batang-batang candle. Sebab ada sesetengah orang yang tak boleh nak lihat trend sebab nampak candle turun naik sama aje.. So, ini lah solution nya..

 

2. Lihat High Low 

Cara kedua pula ialah lihat pada setiap pergerakan price dalam chart. Sebab harga sesebuah market ni ada naik, ada turun. Dia pun ada format High Low dia yang kalau anda faham, memang tahu market ni tengah up ke down.

So, kena tengoklah kalau dari Low ke High, ada lagi HL ke HH, market dlam keadaan uptrend. Kalau dari High ke Low, lepas tu muncul pula LH ke LL, maka market dalam keadaan menurun. Tu je trend nak faham. Amacam?

Ini contoh trend dalam keadaan menaik..

Ini trend dalam keadaan menurun..

 

3. Tengok Indikator

Lagi satu cara mudah, anda gunakan indikator lah untuk tengok keadaan trend pasaran. Ini lagi mudah sebab anda cuma perlu faham fungsi indikartor tersebut. Saya rasa berlambak kot dalam internet ni pasal indikator semua ni. Jadi tak perlu lah saya terangkan panjang lebarkan.. Kalau panjang lebar dah boleh jadi buku. Betul tak? ha ha ha..

Cumanya penggunaan indikator ni dia delay (lambat) sikit dari candlestick sebab dia tunggu dulu market jalan, baru dia akan keluar indikatornya.. Tapi still anda boleh gunakan untuk tengok trend..

Okaylah... Setakat itu je dulu perkongsian saya.. Nanti kalau ada apa-apa lagi saya nak share ke, saya up lagi ye..

.

.

Salam Sayang,

Ir Sofian

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.