Alamak!! Kanser??!!
Sekarang ni macam-macam kanser dah wujud. Semua penyakit yang boleh merebak dan memudaratkan pesakitnya digelar kanser. Tapi, bukan sekadar sakit dari sudut kesihatan, sakit dari sudut kewangan juga boleh jadi kanser jika kita tak atasinya dengan segera.
Zaman sekarang ni saya rasa ramai dah yang hadapi kanser kewangan. Ada yang melarat sampai tak dapat nak diselamatkan dan mereka ini akhirnya sampai ke stage terakhir apabila diisytiharkan muflis. Kesian, bukan tak kesian. Tapi itulah mereka ni lambat mengubati kanser kewangan mereka ini.
Sepatutnya dari awal lagi mereka ini kena tanganinya supaya kanser kewangan ni tak melarat. Memang tak mudah nak atasi kanser seperti ini, tetapi jika anda letakkan usaha yang betul-betul jitu, anda pasti dapat ubati kanser anda ini.
“So, apa cara nak atasi kenser kewangan ni Ir?”
Ada banyak cara untuk anda atasi kanser kewangan ni, dan salah satunya yang terpenting adalah bagaimana anda menguruskan kewangan anda. Cuba anda semak balik cara pengurusan anda. Adakah anda ada mengalami tanda-tanda kanser ni.
1. Anda berbelanja secara boros.
2. Wang anda habis selepas dapat gaji.
3. Anda tiada simpanan.
4. Terdapat banyak hutang pinjaman yang nak diselesaikan.
5. Hutang Credit Card anda semakin melambak
Jika anda ada tanda-tanda di atas ni, lebih baik anda segera ambil langkah berhati-hati sebab mungkin anda dah dijangkiti kanser kewangan ni. Cepat-cepat ambil langkah tangani kanser anda ini sebelum ia merebak dengan lebih teruk sehingga menganggu gugat hidup anda dan orang disekeliling anda.
Ubat untuk cegah kanser ini adalah:
1. Buat penstrukturan kewangan anda semula
Jika anda nak kanser kewangan anda ini berjaya diubati, anda harus buat penstrukturan semula kewangan anda. Oleh sebab cara anda menguruskan kewangan boleh jadi punca anda dapat kanser kewangan ini. Sekiranya anda tidak reti untuk buat penstrukturan sendiri, anda boleh minta tolong pakar sepert agensi AKPK yang merupakan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit.
Penstrukturan kewangan ini penting dalam mengangani masalah kewangan anda. Mungkin anda rasa susah pada awalnya, tetapi apabila anda berjaya atasi kanser ini, saya guarantee anda akan gembira dengan hidup anda selepas itu. Anda dah boleh tarik nafas lega berjaya atasi kanser anda daripada merebak.
2. Beli apa yang perlu, bukan apa yang mahu
Anda kena tahu apa keperluan dan apa kehendak. Gunakan wang anda untuk beli keperluan, bukan penuhi apa kehendak anda. Jika anda cuba penuhi kehendak anda, itu yang anda boleh dapat kanser kewangan..
Inilah masalah terbesar orang sekarang ni bila dah mengGILA dengan bermacam-macam online shopping, sampai tak dapat nak menahan diri daripada membeli barang yang bukan pun dalam senarai keperluan mereka.
Tapi, jika anda nak atasi kanser kewangan ni, memang anda perlu sekat diri anda dari tabur duit pada benda yang tak penting.. Mana lagi penting untuk anda? Masa depan stabil atau muflis?
3. Selesaikan hutang & jangan buat hutang baru
Masalah hutang juga merupakan salah satu punca hidup anda akan bergelumang dengan kanser kewangan. Tak kisahlah hutang sebab diri anda sendiri atau hutang yang dibuat oleh orang lain, tapi anda yang menanggung bahananya.
Ia satu maslaah yang sangat serius sebab akibat hutang yang terlalu banyak dan membebankan sehingga anda tak dapat nak bayar hutang-hutang tersebut, kesannya kanser kewangan anda akan sampai ke stage terakhir iaitu apabila anda diisytiharkan muflis.
Haa.. saya rasa ramai je anak muda yang ada kad kredit dan telah salah gunakannya menanggung kesan dari akibat mereka itu.
.
.
Sebenarnya bukan tak boleh kalau anda nak merasai hidup yang lebih baik. Jika anda rasa kewangan yang anda ada tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan anda, buat something kerja yang bagi manfaat pada anda yang boleh naikkan taraf hidup anda.
Jika anda nak berbisnes, cari apa niche yang anda nak buat, yang anda minat. Sebab kalau anda cuma terikut-ikut trend sekarang, saya pasti anda takkan lama dengan bisnes anda. Kalau anda tak nak berbisnes, anda boleh buat pelaburan.
Tapi nak buat pelaburan pula anda kena ada ilmu. Jangan main ikut-ikut kawan labur tu , anda nak labur tu juga. Nanti bila rugi anda salahkan kawan pula. Sama juga macam trading. Kalau nak trade, kena ada ilmu trading. Baru anda boleh trade sambil-sambil bersama keluarga di rumah.
Apa yang penting, anda nak kecapi kebahagian di masa akan datang. Jauhi dari kanser kewangan dan jauhi daripada muflis. Okay, sampai sini saja perkongsian saya pada hari ni. Kalau anda rasa apa yang saya kongsikan ni bermunafaat, jom like dan share pada rakan-rakan yang lain k.
Semoga kita semua terhindar dari kanser kewangan dan dapat capai Financial Freedom suatu hari nanti..
Salam Sayang,
Ir Sofian...