Hi Traders..

Macam mana dengan trading anda belakangan ni? Okay tak? Ada profit tak? Ke ada lagi yang masih banyak loss nya? 

Hari ni saya nak kongsikan pada anda mengenai sistem trading. Penting ke sistem trading ni?

 

Sistem Trading

Untuk pengetahuan anda, sistem trading ni adalah method atau prosedur yang tersusun dan teratur dalam trading kita yang boleh diterapkan secara berulang kali. Sekiranya sistem trading  tu berkesan, ia akan bagi impak yang positif seperti trading anda akan selalu profit apabila anda menggunakan sistem tersebut. 

Tapi, jika anda sering loss walaupun anda dah ada sistem trading sendiri, mungkin anda boleh cek balik sistem anda itu. Pasti ada yang kurang di dalamnya itu.

Penting ke kena ada sistem trading ni?

Sudah tentu!! 

Sebab sekiranya anda tidak mempunyai sistem trading, anda akan trade berdasarkan perasaan atau ikut-ikut kawan aje. Kebanyakan trader yang trade sebegini takkan kekal lama dalam pasaran. Kalau anda nak cakap ada je yang berjaya walau tak ada sistem trading, anda salah.. Sebab seseorang trader itu tidak akan dapat konsisten profit kalau dia tak ada sistem. Mesti dia ada sistem yang dia follow setiap kali nak trade sebab dia nampak bila guna cara tu dia profit. 

Saya bagi contoh mudah. Macam askar nak pergi berperanglah. Adakah askar yang pergi berperang tanpa apa-apa persediaan akan menang? Takkan!! Dia orang mesti akan bawa senjata dan buat planning startegi perang. Barulah dia orang dapat kalahkan musuh.

Sama macam tarding juga. Anda nak masuk pasaran, mesti sedia dengan sistem untuk menang dalam pasaran. Kalau boleh nak keluar dari pasaran dalam keadaan untung. Betul tak? 

Sebab itu jugalah saya ciptakan sistem TG4M khas untuk trade secara scalper atau intraday. Memang bukan nak dapatkan sistem tu. Tapi setelah dikaji dan diulang pakai, sistem TG4M ni memang dah awsome. Pejam celik pejam celik, dah 40 siri saya ajarkan TG4M pada student saya. 

Alhamdulillah, saya dapat ajarkan teknik dan sistem yang betul pada mereka ni. Hingga mereka berjaya buat duit sendiri dan keluar dari masalah kewangan. Guru mana yang tak seronok tengok kejayaan anak muridnya kan..

Kalau anda rasa nak belajar sistem saya, boleh dapatkan di sini juga... https://dvdgti.com/

Please follow and like us:

Dapatkan Ebook 'Knowledge Trading' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.