Wow… Tak sabar saya nak kongsi dengan korang pasal aktiviti hujung minggu saya kali ni.. Memang best giler tau.. Saya rasa korang kena cuba aktiviti sukan ni.. Memang satu pengalaman yang sangat sangat berbaloi..

Sebab ini merupakan pengalaman pertama saya dalam sukan Scuba Dive ni.. Korang boleh baca catatan  pengalaman saya tentang scuba dive ni di sini.. Mana tahu korang berminat pula nak try aktiviti best ni kan? 

 

Diary Scuba Diving Ir Sofian

Pada awalnya saya tak pernah terfikir pun nak terlibat dalam sukan scuba diving ni.. Serious tau!! Tak terfikir langsung kat benak fikiran saya ni.. Tapi disebabkan oleh kawan saya lah saya jadi terjebak.. Ha ha ha..

Memang betullah kata orang, kena pandai pilih kawan. Macam kalau kita kawan dengan tukang besi, badan kita bau besi. Kalau kita kawan dengan tukang perfume, badan kita bau perfume..

Tapi kali ini berkawan dengan orang laut, berlautlah kita.. Ha ha ha.. 

Haa.. Nak dengar tak kisah saya jadi orang laut ni?

First Terjebak

Ceritanya bermula masa raya itu hari. Saya pergi ziarah kawan saya yang saya kenal masa pergi umrah dulu. Sembang punya sembang, terkeluarlah cerita pasal nak buat aktiviti yang agak mencabar dan nak try explore benda yang baru dalam hidup. Almaklumlah.. saya ni kan bukannya nak berapa muda lagi . So sajalah nak cari idea untuk try sesuatu yang baru. Ha ha ha..

Tup tup! Terkeluarlah cerita bab scuba ni. Apa lagi, saya pun terus arrange dengan kawan saya Puan Ruzila Idin dan hubby dia Hj Mohammad Fauzi Zakaria yang dia memamg ada buat class dive ni. Saya ni memang lebih suka deal dengan orang yang saya sendiri dah kenal. Bak kata orang, dah tahu hati budi masing-masing kan! Trust tu dah ada lah..

Dan Hj Fauzi ni pula suggest yang saya, 

“Ir, I rasa yang terbaik kalau U buat trial dive kat pool dulu. Then kalau U rasa best, I train U untuk open water dive pula”

 

First Diving Pool

So bermulalah insiden-insiden saya berdiving dalam pool. Ha ha ha.. Korang jangan nak tergelak pula.. Apa barang dive dalam pool kan.. But,jujur saya cakap, walau hanya dalam pool je saya try dive dulu, terus hati saya berkata, “inilah yang aku cari untuk isi masa Me Time!”

Dari aktiviti dive dalam pool ni lah saya diajar tentang cara-cara dan teknik dive terlebih dahulu. Macam mana nak benafas dalam air, macam mana nak control pergerakan badan, macam mana nak pasang equipment2 dive ni.. Dan banyak lagi.. Semua ni penting untuk dibelajar sebelum kita masuk dive dalam laut yang sebenar.

Yang kelakat tu kan, masa tengah dive dalam pool tu tiba-tiba ringan aje kaki.. Rupanya fin saya tercabut.. Ha ha ha.. Saya simpan memori ni di fb saya juga..

Ehhhhhh, apa sebab ringanc aje kaki ni?Aduiii, fin aku tercabut rupanya !!!!

Posted by Ir Sofian on Ahad, 9 September 2018

Sebelum korang nak dive, korang sendiri kena tahu apa equipment yang diperlukan untuk dive ni.. Korang sendiri boleh tengok video di bawah ni. Ini masa first time saya start belajar dive tau. Korang tengoklah macam mana cara nak cecah air dan pakai regulator. Benda ini lah yang nak kena belajar.

Tengok mukalah. Ha ha ah.. Baru aje nak kenal-kenal dengan sport scuba ni. Last2 macam kena pukau pula. Terus sign up nak ambil lesen scuba. Ha ha ha.. Akhirnya saya terjebak secara total. Saya rasa kalau korang sendiri dah rasa, mesti korang pun takkan fikir panjang lagi dah untuk sign up buat lesen dive ni.

Tak percaya? Apa kata korang try dulu.. He he he..

 

First Exam Scuba

Selepas training beberapa kali untuk dapatkan teknik dan cara yang betul dive, masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Nervous tau..

28 & 29 September 2018 telah jadi tarikh keramat untuk saya lalui.. Untuk 2 hari tersebut, saya telah lakukan sesuatu yang hanya saya tengok kat movie atau youtube je tau.. Selalu tengok James Bond aje yang buat, tapi kali ini saya yang akan buat sendiri. Wow… Terasa macam James Bond pula… Ha ha ha.

Orang kata cerita movie Malaysia PASKAL yang baru aje keluar tu best giler. Sebab diorang ada buat training lepaskan diri dalam air, dan macam-macam lagi aksi yang diorang buat sendiri. Saya pun belum berkesempatan lagi nak tengok PASKAL tu.. Insya Allah, ada kesempatan saya pun nak tengok. Boleh ambil feeling-feeling macam saya dive ni kot..

 

First Experience Scuba Dive

Dah masuk story pasal pengalaman pertama buat scuba dive dalam laut.. Yuhuu... Akhirnya saya merasai juga macam mana nak dive turun dari pantai. Kalau bahasa teknikalnya dipanggil 'Shore Dive'. Kalau yang biasa korang tengok yang jenis dive terjun dari bot dengan kangkangan kaki, haa itu dipanggil 'giant stride entry'. Lain posisi, lain cara, lainlah nama panggilannya. 

Dan lagi best kalau korang buat 'back roll entry dive' yang jenis terbalikkan badan dari bot. Mula-mula saya ingat kalau buat macam tu air mesti akan masuk dalam telinga dan problem lah telinga saya nanti. Tapi rupanya ada teknik yang selamat dan best dive entry cara ni. 

Maknanya, korang kena ada ilmu dulu. Baru cara dive entry korang tu tak ada masalah. Ala, sama macam kalau korang nak trade lah. Kena ada ilmu dulu. Baru lah cara korang entry dalam pasaran tu tak menimbulkan problem kat trading korang nanti. Semua benda yang kita nak buat sama aje stepnya. Kena ada ilmu, dan follow teknik tu masa buat. Sebab tak guna kalau korang ada ilmu, tapi korang tetap guna cara sendiri bukan pakai ilmu tu..

Dalam scuba ni, kunci utama kalau korang nak scuba adalah teknik control pernafasan korang. Cerita pasal pernafasan ni korang boleh lihat macam yang aku buat dalam posting di fb aku tu. Sebab bila kita duduk dalam air, automatik paru-paru kita akan jadi pelampung tau. Bila kita sedut dan lepaskan oksigen dalam badan, itu yang akan jadikan kita terapung atau tak. Macam mana? Best tak? hebat betul ciptaan Tuhan ni tau..

https://www.facebook.com/Ir.Sofian/videos/10217242559960803/?t=5

Korang kena tahu yang scuba ni tak sama macam kita swimming tau. Sebab bila scuba ni kita hanya akan guna fin aje untuk bergerak dan control pergerakan kita. Nak tentukan arah tuju kita ke mana, lenggokkan badan dan kepala pula yang memainkan peranan. Haa..macam ikan lah..Kita cuba bergerak seperti ikan..

Tapi nak dive dalam laut ni, ada syarat tau. Sewaktu korang dalam air, korang diHARAMkan dari cuit atau pegang coral dan segala hidupan laut. Cantik memang cantik. Tapi korang boleh tengok aje. Macam notis yang tampal kat kedai tu.

"Nice ti see, nice to hold. Once broken, consider SOLD"..

Sebabnya ia adalah harta peninggalan untuk generasi akan datang. Tak ternilai untuk dibeli atau dijual tau.. Kalau kita tak jaga hidupan laut kita, mungkin anak cucu kita sendiri dah tak dapat nak lihat pemandangan yang indah ni lagi.. Tengok aje lah masa generasi kita sekarang ni. Dah berapa banyak pantai yang dulu cantik, kini sudah tiada lagi. Jadi tempat yang sudah tidak sesuai lagi untuk kita bersantai-santai dah lagi. Rugi tak? Rugi tau..

https://www.facebook.com/Ir.Sofian/videos/10217242558280761/?t=4

First Nite Dive

Alamak!!

Ikutkan NIte Dive ni tak ada dalam planning saya sebenarnya. Tapi rezeki saya lah kot nampaknya. So, saya pun join lah dive waktu malam ni dengan hanya berbekalkan touch light aje. Tapi secara peribadinya, saya tak berapa nak suka sangat dive waktu malam ni.

Yelah, seram kot duduk dalam air waktu malam-malam ni. Apa yang nak ditengoknya, semua nak kena suluh. Buatnya tersuluh mata merah kat sebelah.. Dah boleh jadi cerita Munafik dan Hantu Kak Limah versi laut pula.. Takpun cuba korang bayangkan kalau tiba-tiba lampu suluh korang mati. haa.. gelap gelita lah hidup korang dalam laut tu..  Tak gelabah ke hidup korang nak naik ke darat. Ha ha ha..

Tapi apa pun, ianya satu pengalaman yang sangat bagus. Memang susah nak diceritakan dalam bentuk tulisan, tapi macam tu lah gambarannya..

Sekurang-kurangnya apa yang saya SHARE kan ni orang boleh enjoy sekali walaupun korang tak rasainya.. Belajar dari pengalaman orang tak salah.. Kalau korangnak try sendiri, then baru korang akan lebih faham apa yang saya ngarutkan dari awal tadi.. Ha ha ha..

Kos Dive

Ada juga yang bertanyakan tentang kos nak dive ni mahal tak. Bagi saya kalau setakat ak dive, kosnya tak banyak mana pun. Sebab equipment semuanya boleh aje disewa kat scuba centre dan Hj Fauzi pun dah provide. Melainkan korang nak serious, kena lah invest sikit kat equipment kan! 

Saya cuma nak cari kawan-kawan yang nanti kita boleh dive sama-sama.. Dah dapat lesen dive ni, boleh lah kalau nak dive kan! Boleh cari port best untuk dive, kita dive okay..

Note: 1st open sea dive : 5 dives = 260 minutes ( 50 + 50 + 50 + 50 + 60min)

Terima kasih buat mentor saya, yang merupakan intructor saya dalam scuba dive. Tanpa ilmu yang diajarkan, mesti saya takkan dapat teknik yang betul dan dapat rasai pengalaman dive yang memang sangat sangat best ni..

Sekadar ini diary saya tentang scuba dive ye.. Lain kali saya sambung lagi ye.. he he he

.

.

Salam Sayang,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.