Siapa nak dengar kisah saya? Kali ni kisah yang saya nak kongsikan adalah kisah mengenai bitcoin dan krisis ekonomi..

2017

Tahun lepas, dalam bulan Oktober saya pergi ke Itali. Sebab saya antara pakar teknikal analisis yang dipanggil untuk sertai conference IFTA di Milan.. So untuk tahum ni korang beruntung sebab Malaysia jadi tuan rumah untuk IFTA kali ni..

So sambung pada kisah ketika itu.. Masa tu orang tengah sibuk dengan Bitcoin. Sana sini Bitcoin. Masa dalam conference pun speaker ada sebut tentang Bitcoin. Sebab masa tu market Bitcoin tengah mencanak-canak naik tau..

So, bila saya dah balik dari Itali, saya cakap kat student saya supaya jangan terlibat dengan Bitcoin. Biarlah kita tengok orang lain menangis.. Jangan kita yang menangis pula nanti.. Sebab saya berpendapat yang Bitcoin ni tak ada fundamental, tak ada asas pun yang boleh jadi tunjang pada 'pelaburan' Bitcoin ni..

Kalau macam emas, ada emas di dalam bumi. Kalau macam minyak, ada minyak yang boleh digali. Kalau macam saham, ada syarikatnya dan perniagaannya. Tapi bila cakap Bitcoin, saya tak nampak apa asas yang boleh jadi tiang untuk ia berdiri kukuh.. So, dia boleh jadi macam video Titanic bawah ni..

Kawan baik saya pun ada minta pendapat saya berkenaan Bitcoin ni. Dan apa yang saya cakap adalah benda yang sama. Sebab itu pegangan saya.. Supaya kawan saya pun boleh sampaikan pada student2 dia yang mungkin baru nak kenal dengan dunia pelaburan ni lebih-lebih lagi yang melibatkan 'currency baru' ni. 

Saya pun tak nak lah ada anak bangsa saya sendiri yang nangis kena tipu dengan scammer tahap dewa di peringkat kebangsaan.. Dah penat dah nak tengok mereka ini meratap, menangis, kongsikan pengalaman ditipu scammer.. 

Saya tak kisah pun orang nak percaya atau pun tak dengan apa yang saya cakap. Nak cerita lebih-lebih pun saya kekok. Sebab saya bukannya master degree dalam bidang pelaburan atau ekonomi atau banking... Saya ni hanya engineer yang tahu buat kerja sendiri dan ada prinsip sendiri je..

Cuma saya selalu train otak saya untuk selalu menganalisa. Mungkin sebab dulu masa saya jadi lecturer mengajar subjek Analisis Struktur selama 3 tahun, dan masa jadi junior engineer sampai ke taraf senior engineer pun hari-hari main dengan design dan analisis struktur dan infrastruktur. So, dia dah jadi darah daging..

Bila dah terbiasa dengan buat analisa ni, hampir 80-90% analisa yang saya buat adalah accurate. Omputeh kata tepat.. Ha ha ha.. Inilah ilmu Allah.. Dia yang bagi pinjam ilmu ni yang dulunya asing dari saya.

Haa.. Kisah bitcoin ni berterusan hinggalah masuk ke tahun seterusnya iaitu tahun ini..

2018

Masuk tahun 2018, ramai yang menangis sebab Bitcoin mengalami kejatuhan.. Berdentum dia jatuh.. Tapi tetap juga ada gang yang kata "inilah masa untuk beli pada harga rendah!". Dalam bahasa trading kita panggil 'buy on dips'. 

Korang tengok sendiri chart yang saya pernah tempek pada posting saya di FB mengikut turutan tarikh ni..

2 Jan 2018

5 Feb 2018

8 Mac 2018

3 Apr 2018

9 Okt 2018

Macam mana?? Dah nampak macam mana dia buat penurunan dan terus menurun?? Ha ha ha..

Mana gang yang kata beli time harga rendah?? Sebab harga terus merendah dan merendah lagi ni.. Mana ada 'buy' nya.. All the way dari awal tahun seller control market. Sampailah ke hari ni..

Saya bukan gebang sorang2 tau, macam ada orang cakap bila benda dah jadi baru nak kecoh satu dunia. Student saya pun jadi saksi apa yang saya cakapkan ni.. Sebab dengan dioranglah saya senang nak cakap.. Boleh guna bahasa itik dengan itik.. Mudah disampaikan dan mudah mereka nak faham..

Tahun 2018 ni memang terasa ngeri. Sebab saya dapat rasakan krisis besar yang saya selalu update dalam kelas dan dalam fb pages saya dah semakin menghampiri.

Lihat aje lah Chart Dow Jones yang dah sangat mencanak tinggi.. Apa yang tinggi akan turun juga nanti.. Memang itu movement setiap  market..

Kalau korang perasan, dengan trade war, gold, oil, debt, politik dan macam-macam lagi telah berlaku. Termasuklah kitaran 10 tahun yang berulang-ulang ada menunjukkan memang sesuatu akan berlaku..

Nampaknya crash yang akan berlaku nanti memang akan lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelum ini.. Apa kata korang buka mata korang untuk tengok bab krisis ekonomi pula.. Upgrade kan minda tu.. Sebab dalam dunia ni bukan setakat bencana berlaku sebab dajjal nak muncul.. Tapi memang ia ada kitarannya yang datang 10 tahun sekali..

Saya nampak sejak PH ambil alih tampuk pemerintahan dalam masa yang tidak menyebelahi mereka. Mungkin ada orang yang akan salahkan LGE sebab tak pandai jaga duit negara. Walhal, semua ni terjadi atas kitaran semula jadi dan ianya bukan berlaku dalam Malaysia aje tapi worldwide.
 WORLDWIDE!!

Sebab tu penting untuk ambil tahu dan peduli tentang ilmu.. Bukannya sibuk membawang sana sini tanpa lihat akar umbi.. Nanti korang tengoklah berapa ramai orang yang bagi pahala free pada orang lain sebab membawang!

So, apa persiapan korang untuk berhadapan dengan orang jual kereta dan rumah dengan harga cheap sale? Stock market akan merundum dan korang boleh beli stock dengan harga yang murah? Harga emas yang bakal meletup macam tahun 2009-2011 dulu. Dah ada persiapan tak??

Atau korang nak mengeluh dari dulu sampai 30 tahun akan datang pun nak mengeluh lagi?

Kalau korang rasa nak belajar sesuatu yang boleh bantu korang time krisis, klik button bawah ni je..

Saya Nak Belajar Dari DVD GTI

So boleh jumpa saya nanti dalam kelas 21 Oktober okay...

Harap2 korang munafaatkanlah masa yang ada lagi ni.. Jangan tepuk dahi pula masa ia berlaku..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.