Sebagai salah seorang yang mempunyai program sendiri, nak tarik crowd dan student pun memerlukan Team AJL untuk buat marketing. Apa yang saya faham berkenaan dunia marketing ni, ia sentiasa berubah-ubah mengikut kitaran masa dan waktu.
Dan sekarang ni ramai dah sifu-sifu internet marketing yang ingatkan usahawan untuk terjah ke citarasa baru pelanggan-pelanggan dan bakal pelanggan ni. Katanya dunia perniagaan dan marketing ni dah terlalu pantas. Tak kiralah blog ke, website ke, fb ke atau ig ke. Video marketing dah menguasai dunia perniagaan dan marketing.
Jika dulu-dulu kita nak berbisnes banyak secara offline, tapi sekarang ni dunia offline pula dah terasa ketinggalan jauh kebelakang sebab ia memakan kos yang tinggi berbanding dunia online. Mungkin sebab sekarang ni teknologi dah semakin maju, segalanya dihujung jari aje. Dah tak perlu berhabis kos untuk keluar berjumpa dengan pelanggan dah.
Saya sendiri ingat lagi zaman-zaman dulu, sewaktu buat bisnes. Masa TM buka sistem agen untuk promosikan streamyx yg masa tu under Faratec. Saya terpaksa sewa booth di Giant & beberapa shopping complex untuk beberapa waktu semata-mata nak cari pelanggan untuk streamyx tersebut. Duduk melangut aje lah di booth masa weekdays. Kalau waktu weekend tu adalah juga manusia yang berjalan-jalan. Jadilah penunggu macam lagu Biar Aku Jadi Penunggu tu.. Susah nak dapatkan pelanggan tau.
Akhirnya rugi. Kos dah keluar banyak. Yang untungnya company lah sebab dia bijak. Dia ada ikat kontrak dengan TM dan Dewan Perniagaan. Kita sebagai agen-agen ni tak dapat apa pun. Tapi apa pun itu adalah salah satu kenangan manis buat saya.
Tapi tu belum masuk cerita anak angkat kepada Mardi masa saya buat bisnes kilang plastic packaging dulu tu. Tapi cerita ni saya malas nak cerita sebab rasa dah pernah bagitahu sebelum ini.
Sekarang ni dah tak susah dah. Bila dunia dah beralih kepada online, target pelanggan juga jadi ramai sebab selagi ada yang online, selagi itu juga kita akan ada potensi untuk dapatkan pelanggan. Cuma macam mana nak tarik tu yang kena kreatif.
So, bila nak kreatif ni, tu yang ada bermacam-macam teknik termasuklah cara copywriting, gambar menarik dan video marketing yang boleh attract pelanggan. Tapi baru-baru ni ada viral pasal ada orang kena tipu dengan orang yang masuk kelas berpuluh ribu untuk belajar FB ads. So jenuhlah ke tohmah si cikgu dan anak muridnya tu semalam. Hu Hu Hu.
Kalau korang nak tahu, ramai aje lagi yang PM saya yang nangis-nangis sebab kena scam dengan PELABURAN EMAS. Banyak jugalah sebenarnya duit orang Melayu kita ni. Lagi banyak dari fees nak masuk program yang saya buat. So, tak ada istilah yang orang kita ni tak ada duit. Cumanya saya boleh kata semua yang terkena ni jenis yang MALAS.
Saya cakap malas sebab masing-masing malas nak buat research dan malas nak bertanyakan kawan-kawan. Maklumlah kan, bila untung nanti nak untung sorang-sorang. Tak nak share dengan kawan-kawan. Tup-tup nanti terus tukar kereta Porsche dan bolehlah nak tayang kat kawan-kawan. Tapi kalau rugi??
Ada juga isu yang orang nak minta saya buatkan kelas free. Tapi kalau buat kelas free pun jangan harap orang yang request tu nak datang. Nanti 1001 alasanlah dia akan bagi. Ada meeting lah, anak demam lah, sepupu adik ipar kahwin lah, tak ada keretalah. Macam-macam lagi. Mereka ni memang kaya dengan alasan. Tapi sebenarnya dia sendiri yang tengah sabotaj diri dia sendiri. Tapi dia tak perasan. So kita maafkanlah dia ye.
Sebab saya sendiri dah pernah terkena. Masa tahun 2010 dulu saya ada buat kelas free dekat dewan saya Dewan Seminar Untuk Di Sewa. Masa tu saya ajar tentang pelaburan emas fizikal. Yang register nak datang kelas saya tu 30 orang tau. Banyak lah kan?? Tapi bila sampai waktu korang tahu berapa kerat aje yang datang??
Sorang je beb!! Sorang aje!!
Padahal saya buat kelas free kot. Bukan berbayar.
Lepas tu saya dah serik dah nak buat atau bagi benda-benda yang free ni. Sebab apa? Sebab orang tak hargai pun value yang kita bagi. Masa yang kita peruntukkan, Ilmu yang kita kongsikan. So, lepas ni korang jangan minta dengan saya benda free. Saya tak layan dah!!
Tengoklah kalau-kalau terbuka hati nak bagi pun, tu pun saya akan minta tolong Akademi JL @AJL untuk screening siapa yang betul-betul nak ubah hidup dia orang tapi tak ada modal nak masuk kelas. Saya sponsor dia. Bukan bagi free tau. Saya bayarkan untuk dia ubah hidup dia.
Tapi… Sama aje. Semuanya hampeh. Sebab yang berjaya pun hanya orang yang bayar untuk ilmu dan service yang kita offer. Macam bila saya offer coaching, berebut yang nak sign up. Orang yang macam ni lah ada kualiti untuk berjaya. Sebab saya jarang tau nak buat coaching ni.
Sebab apa saya cakap yang bayar je yang berjaya??
Sebab saya dah lama dalam bidang ni. Dari 2010 lagi. Kalau nak dibandingkan dah macam korang tengok sendiri macam mana tumbesaran anak-anak korang, dari sekolah tadika ke sekolah rendah kan.. Lama ke tak tu?
Saya dah boleh baca dah ragam orang. Kebanyakan yang bayar ni yang bagi komitmen sebab dia dah laburkan duit untuk ilmu tu. Berbanding yang dapat secara percuma ni, dia orang tak berapa nak hargai peluang yang kita dah bagi. Cukuplah sekadar yang percuma tu. Lepas tu hilang macam tu aje. Pergi cari tempat lain yang bagi free lagi pula.
Kalau macam tu lah caranya, sampai bila-bila orang macam ni takkan berjaya. Sebab tak ada usaha. Serupa macam orang yang tak nak bekerja, tapi meminta sana sini. Berbanding dengan orang yang dah tua, tapi tetap duduk di tepi jalan dengan barang dagangan dia hanya untuk cari sesuap rezeki.
So, berbalik pada cerita video marketing tadi. Sebab orang sekarang ni kan suka tengok video berbanding nak baca-baca, so saya nak share 1 video. Ini adalah video sepanjang saya ambil lesen dive scuba di Pulau Tioman itu hari. Bukan untuk tujuan marketing pun. Tapi untuk cuci-cuci mata korang lah.
Scuba ni memang lain dari aktiviti daratan sebenarnya. Korang akan jumpa DUNIA lain dalam laut tu. Serius tau saya cakap ni. So, bagi korang yang belum dapat menikmati pemandangan dalam laut, saya nak share dengan korang keunikan dan kecantikan asli laut kita ni. Korang boleh rasa feel yang saya rasa dalam tu.
Dalam video ni siap ada insiden Si Penyu sedang meratah Si Obor-Obor tau. Sedap sungguh tengok penyu tu makan.
Coach saya Tn Hj Fauzi dah ajak saya turun scuba lagi. Apa lagi?? Jomlah kawan-kawan semua. Sambil-sambil tu bolehlah kita buat program buat duit sambil scuba kan.. Sure mesti best. Ha Ha Ha..
Saya selalu cakap #TradingForLiving yang mana saya ajar student cari duit dengan cara sempoi dan mudah . Bukan jadi hamba market. Macam yang saya buat pada student coaching sts saya baru-baru ni. Sambil berjoging, main bowling, sambil tu perbaiki trading. So kalau korang nak tahu berkenaan trading gold tu, korang boleh klik button bawah ni eh!
Saya share aje ilmu yang Allah bagi pinjam ni, sementara tengah hidup kan! Moga ia akan jadi jariah saya nanti sebab transform orang yang jobless, yang baru grade tapi tak ada kerja, yang kena VSS, yang suri rumah, yang dah boring kerja dan malas nak tengok muka boss dia. Haa.. ini laa makanan korang, Insyallah..
Ada yang tanya, ni berapa duit nak kasi? Ni berapa % boleh dapat sebulan? Orang-orang yang tanya macam ni, saya tak nak korang jadi student saya tau. Sebab apa?
Sebab korang MALAS nak belajar. Sori eh saya cakap kasar sikit. Mungkin dengan pendekatan ini akan buka telinga dan mata korang. Sebab student saya yang saya rotan pun, dia orang lagi suka katanya. Siap cakap "Lagi rotan, lagi banyak dapat profit Ir "
#TamparTamparSebabSayang
Salam Sayang
#irsofian