Alhamdulillah.. Program Trade Gold For Money (#TG4M) siri yang ke 41 telah pun berakhir petang semalam. Untuk TG4M kali ini saya cuba bawa pendekatan yang berlainan daripada yang kebiasaannya sebab kelas TG4M kali ini ramai student saya yang datang recharge. Jadi saya rombak sikit cara penyampaian supaya yang lama dapat ilmu baru dan yang baru dapat add value.
Saya turut lebihkan pendekatan dari sudut Naked Chart yang merupakan ilmu teknikal analisis yang saya ajarkan dalam kelas advance saya iaitu Simplified Trading Signal (#STS). Selain Naked Chart, saya juga bukakan minda mereka ini dengan wave yang wujud dalam pasaran seperti Elliot Wave, Teori Dow dan Cangkul Sakti. Nampaknya hasil perkongsian kali ini telah membuka mata dan minda mereka ini tentang keadaan pergerakan pasaran itu sendiri.
“Setiap yang naik, pasti ada turun”
Itu lah ayat yang saya selalu ulang berkenaan wave.setiap pasaran tidak kiralah pasaran dalam bursa atau pun pasaran antarabangsa. Anda pun patut tahu bahawa tidak ada satu pasaran itu yang selama-lamanya bergerak secara uptrend tanpa ada penurunan walaupun sebentar.
Saya juga turut memberi pencerahan tentang volume yang wujud dalam pasaran sebab salah satu punca pasaran bergerak adalah kerana wujudnya volume dalam pasaran tersebut. Sebab saya nak mereka ini tahu walaupun di dalam platform MT4 tidak ada software yang menunjukkan data volume yang wujud di dalam setiap transaksi, tetapi sebenarnya mereka ini semuanya wujud.
So, saya tunjukkan contohnya dalam pasaran bursa kerana software bursa saya mempunyai data volume tersebut. Oleh kerana software ini sangat mahal, kebanyakan platform trading seperti MT4 tidak menyediakan data tersebut kerana ia menanggung kos yang agak tinggi. Macam saya pun kena bayar tiap bulan dalam RM100 juga untuk data volume di bursa saya.
Apa yang saya tunjukkan ini adalah supaya mereka ini cakna dan tidak membuat transaksi secara membuta tuli. Tetapi ikut pada guideline yang saya telah ajarkan. Sebab setiap transaksi mereka ini juga akan memberikan kesan kepada sejarah pasaran walaupun hanya sekecil kuman.
Selepas sesi penerangan tentang wave, saya ubah style kelas dalam bentu bulatan pula.. He he he
Lihat aje susunan kerusi dah berlainan. Yang ni ada sesi programming balik minda mereka dan sharing kisah kejayaan, perancangan dan kegagalan mereka dalam trading. Tak sangka sharing kali ini sangat membanu mereka lebih kenali diri mereka dan apa yang mereka dah capai sebelum ni. Selain turut belajar dari kisah kejayaan dan kegagalan trade yang lain.
Sesi penting untuk mereka ini faham dan appreciate apa yang mereka dah lakukan. Apa yang dahsyat lagi, asa studeny yang kongsi kisahnya di Mekah beberap bulan lepas. Tak sangka dalam tempoh tu dia boleh buat duit dari $1000 jadi $16,000. Rupanya Allah kalau nak beri rezeki tu, kejap aje DIA beri.
Sesi programming ni sangat sesuai untuk menguatkan ikatan antara gold trader ini. Sebab saya kalau boleh nak mereka ni hidup sebagai trader yang berjemaah. Bukan berseorangan!
Dan tak sangka feedback yang saya dapat hasi dari sesi TG4M semalam sangat memberangsangkan. Ramai yang bersemangat dan suka cara saya conduct kelas semalam. Nampaknya boleh jadi idea baru untuk sesi TG4M yang akan datang pula kan!
Saya ucapkan tahniah pada yang berjaya datang semalam. Dan bagi yang tak dapat hadir, jangan lupa sesi TG4M pada bulan depan tau. Rebut peluang yang ada. Sebab anda perlu energy yang baru untuk recharge balik diri dan minda anda tu.
Salam Sayang,
Ir Sofian