Ini kisah perjalanan hidup saya yang dari seorang engineer, menjadi bisnesman dan menceburi pula bidang pelaburan dan jadi pelabur. Harap kisah saya ini boleh jadi sumber inspirasi anda semua yang membaca..
Kita start cerita tahun by tahun eh!
Tahun 2003/2004
Semasa umur saya dalam lingkungan 28 ke 29 tahun, saya dah mula rasa bosan dengan kerjaya harian saya yang nak kena menghadap projek, buat design, monitoring, planning, management, nak hadap meeting lagi.. Sampai rasa nak termuntah dah dengan apa yang saya buat masa tu.
Itu yang tiba-tiba terdetik saya nak challange diri saya untuk ambil exam Professional Engineer (PE). Sebab masa tu bila ada orang ambil exam PE tu dengan boss saya, sayalah orang yang semak design candidates tu. So, saya terfikir, why not aku ‘cuba’ ambil exam ni..hmm..
Syukur dengan izin dari Allah, saya dipermudahkan untuk lepas exam ni dengan mudah. Sehinggakan masa sesi interview tu, interviewer tanya saya, saya ambil exam ni untuk buka consulting firm ke?
Saya cakap, “I just taken this exam for my own satisfaction” Yelah, masa tu tak ramai orang Melayu yang ambil exam ni pada usia muda.. So, masa umur saya 30 saya dah dapat title Ir. ni..
Selepas itu, saya jadi kontraktor class D atas nama Kezo Bumi Sdn Bhd. Bila dah ada duit sikit, saya dipelawa oleh jiran saya untuk jadi partner buat bisnes plastik packaging yang nama syarikat dia BI Plastic Sdn Bhd.
Tahun 2006
Tahun 2006 ini tahun yang Allah nak uji saya. Dipendekkan cerita, tahun 2006 tu juga saya mula setup brand Soleha Cake & Bakery dengan wife saya Zaliha Ahmad. Dan kerja saya menjaja Chocolate Moist Cake dan puding ke sekolah dan pasar raya. Dan saya juga hantar kepada agen-agen. Saya dak tak buat bisnes plastik lagi dah.
Ini lah kerja yang saya buat untuk saya bangkit semula nak 'hidup'. Masa ni memang terasa perit. Tapi saya tak nak lah cerita bab perit-perit ni. Saya cuma nak kongsi cerita-cerita best yang boleh jadi sumber inspirasi korang semua aje..
Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan saya yang sama-sama kontraktor yang banyak memberi sokongan dan semangat untuk saya BANGKIT semula.
Ah Seng
Ah Chia
Jawa
Kak Faridah
Suhaimi
Nash
Dalam tahun yang sama juga, secara kebetulan saya terpaksa buka syarikat Kezo Consult sebab jiran saya Hairul bagi job kepada saya untuk buat plan renovation.
Bermula dari situ lah, saya dikenali dengan ENGINEER 1 HARI!
Sebab deal saya mudah aje, bagi job hari ini, esok hari saya pulangkan semula job yang dah siap pada orang tu. Nama saya terus merebak dengan cepat dengan branding yang saya cipta. Secara tidak langsung nama syarikat Kezo saya telah replace nama saya sehinggakan orang tak panggil saya Sofian, dia orang panggil saya KEZO.
Ok laa tu kann, branding menjadi viral.
Tahun 2008
Alhamdulillah, tahun ni saya diberi rezeki oleh Allah swt sehingga duit dalam akaun bank saya banyak kosong kat belakangnya. Dari situ saya start beli property walaupun pakai gerak hati aje. Ha ha ha..
Waktu ni Wisma Kezo telah pun wujud. Saya yang merupakan anak kampung dah memiliki bangunan sendiri. Jutawan mudah yang berjaya bangkit dari kegagalan.
Tahun 2009
Masa ni saya dah start buat banyak bisnes dan setup group company. Saya ni major share holder syarikat. Antara anak company bawah induk saya adalah:
Kezo Properties sdn bhd
Kezo Builder sdn bhd
Kezo Resources (M) sdn bhd
Kezo Trading
Banyakkan?? Memang giler kuasa kan!! Tapi sebenarnya bukan giler kuasa tapi situasi saya yang mendorong saya untuk expand dengan drastik yang akhirnya memakan diri sendiri. Mana taknya, semua benda nak buat. Duit tengah ada.. Macam-macam bisneslah nak buat nak kembangkan lagi duit.
a) Produk air kesihatan saya, KZees Secret yang beli resepi emas cotek sampai habis terjual. Tapi duit tak masuk!
b) Baja organik (lupa dah nama dia) saya produced dan dihantar tapi duit tak masuk juga.
c) Development projek dengan Dato yang mintak saya uruskan tanah dia, tetiba ada conflict dengan partner dia. (Plan aku dah baekkk punya terpaksa scrap)
Tapi saya boleh umpamakan yang saya ni adalah GULA dan banyak yang datang nak makan gula tu aje.
Tahun 2009/2010
Waktu ni sahabat saya Azman kenalkan saya dengan seketul emas 4.25gram (ie 1 dinar) semasa saya jadi pensyarah 3 tahun di UTM. Ni gambar hari terkakhir saya mengajar.
Kawan saya kenalkan saya dengan emas sebab dia kesian tengok saya asyik kena tipu aje. Jadi dia cakap, "Yan, cuba ko melabur dalam emas pula Yan."
Dan dengan kata-kata itulah bermulalah journey saya invest dalam emas dan jadi speaker pelaburan emas fizikal. Sebab sekali saya suka, saya akan korek dan selidik dalam-dalam sampai saya hadam benda tu..
Tahun 2010
Tahun ni saya dapat mengerjakan haji selepas saya pergi umrah pada tahun 2008 dan berdoa supaya dapat mengerjakan haji pula, akhirnya termakbul.
Di padang arafah, saya menadah tangan sambil air mata tidak berhenti mengalir. Saya bermohon agar Allah bukakan saya pintu kejayaan dari arah yang saya tidak pernah terfikir dan akan dapat lagi ramai kawan bukan musuh.
Tahun 2011
Saya mula masuk kelas belajar ilmu lain. Macam-macam kelas saya pergi hanya untuk menambahkan ilmu dan kembangkan kerjaya saya ke bidang lain.
Irfan khairi - Internet Marketer
Dr Azizan - Business
Cikgu Deris dan Arif - Forex
DSR - Property
Jerry - Perjalanan & Kehidupan Manusia
Akhirnya saya jumpa jalan saya:
+ Consultant : saya pegang kuat-kuat jalan terus
+ Pelaburan : hobi yang membuat hidup ini lebih indah dan warna warni
+ Emas : tetap subur dihati kerana Allah telah cambahkan ilmu yang sangat dalam sehingga menjadi darah daging saya dalam pelaburan dan trading. Ramai ATM machine telah saya cipta dan bantu mereka dapat apa yang mereka hajati.
Saya tak kisah orang nak cakap apa, kerana saya tahu journey saya DIPIMPIN oleh Allah.
Jadi saya akan jalan terus. Saya takkan pandang kebelakang lagi sebab orang lain takkan faham apa yang kita nak. Hanya kita sahaja tahu destinasi kita ke mana.
Bermacam-macam pengalaman yang saya dapat telah mendewasakan diri saya. Perjalanan dalam dunia baru ni memang cukup mendewasakan saya. Saya dapat melihat dunia saya dengan semakin jelas.
Menjadi seorang ENGINEER dalam industri pelaburan memang asing. Tapi OTAK pemikiran seorang enginer, bisnesman merangkap chartist yang bergabung dalam sel-sel otak ini adalah satu nikmat yang Allah kurniakan. Tanpa kurniaannya, tak mungkin saya dapat eksploitasi otak saya hingga sebegini.
Bersambung...
Nak tahu selanjutnya??