Racun @ Ubat?

Dato Dr Fadzilah Kamsah pernah pesan “Maafkanlah orang lain masa nak tidur”. Sebab apa?? Supaya kita tak tidur dengan bermacam-macam permasalahan. Tak tidur dengan hati yang tidak tenang, tidak tenteram. Tak tidur dalam keadaan berdendam.

Bila saya amalkan pesanan DFK ini, dan saya fikir balik-balik, memang ada betul sangat-sangat apa yang dicakap. Rupanya nampak macam biasa, tapi ada pengertian yang sangat mendalam.

Kalau korang nak tahu, dendam ni tak elok pun untuk diri kita. Sebab dendam ni sebenarnya boleh jadi RACUN jika kita biarkan ia duduk terlalu lama dalam hati.  Lebih kurang macam spray Ridsect yang ada racun untuk matikan nyamuk tu. 

Mungkin korang rasa macam nak spray aje orang-orang yang menyakitkan hati korang dengan racun. Biar sedap hati korang yang tengah membara. Tapi sedar atau tak, sebenarnya korang dah salah percaturan bila menyimpan racun (dendam) dalam diri. 

Sebab bila korang simpan 'racun' tu dalam hati, mungkin korang sendiri tak perasan yang racun tu sebenarnya sedang meresap ke dalam setiap genap ruang anggota dalaman korang. Hasilnya korang sendiri yang termakan racun yang disimpan secara tak sengaja. 

Sebab tu dalam nak berNIAGA ni, korang kena ikhlaskan hati. Waima dalam kehidupan seharian pun, memang korang takkan terlepas dengan orang-orang yang alignment dia lari dari apa yang korang pegang. Ada juga yang jenis akan sailang korang. Ada juga yang jenis kaki tipu. Ada pula yang jenis mulut lepas, cakap main sembur tanpa usul periksa. Dan macam-macam lagi orang yang korang jumpa dalam situasi harian korang.

Dan masa tu korang akan rasa memang semua tu salah DIA.. Dan semua yang KORANG buat adalah betul. Jika betul macam tu, buat apa korang nak simpan racun dalam hati?? 

Bertabahlah dan serahkan aje semua ni pada Allah. Dia Maha Berkuasa. Biar DIA yang membalasnya. Sebab bab menghukum ni biarlah kita serahkan aje pada YANG MAHA PENCIPTA. Sebab tu semu atas aturan DIA juga. 

Itu pun kalau korang percaya pada Rukun Islam dan Rukun Iman dan Mengucap 2 kalimah syahadah. Itu maknanya korang ni Islam lah kan..

Perit??

Memang perit nak terima kesalahan orang. Mesti akan ada aje orang yang cakap, " Kalau kena kat batang hidung ko, baru ko tahu rasanya macam mana. Sakit tau hati aku ni!!" Mesti korang biasa dengar dialog ni kan?

So, semuanya terpulang pada diri sendiri sama ada korang nak simpan Racun ke atau nak simpan Ubat sebenarnya??

Sebab senyum pun ubat untuk memaafkan orang..  Walaupun ianya ubat yang sangat pahit untuk ditelan.. Memaafkan juga adalah ubat walaupun korang rasa tak nak ubat tu.. Tapi percayalah, hidup korang akan lebih baik jika korang cuba memaafkan daripada korang berdendam..

Apa yang dah berlalu, apa yang dah lepas tu biarlah berlalu. Korang tetap kena teruskan hidup. Buat apa korang nak simpan racun dalam diri sedangkan orang tu bergembira?? Buat apa korang nak menyakiti hati sendiri??

Jadi, ambil jalan yang terbaik untuk diri korang.

Semoga hari mendatang korang akan lebih baik.

Please follow and like us:
error

Dapatkan Ebook 'Knowledge Trading' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.