Hackers Detected
Semalam saya sangat serabut dengan apa yang dah jadi pada fb saya. Ada hackers yang attack fb pages saya dan buat iklan dengan menggunakan pages saya. Konon jual kasut Nike, sampai target audience dia semua negara dengan RM3560 bajet sehari.
Mengarut! Nonsense! Imposible! Ni lah antara komen-komen yang saya terima dari iklan tu. Tapi, tetap masih ada juga orang yang tertipu dan terpedaya.
Asalnya saya mula perasan benda ni masa malam sabtu tu semasa di kampung. Tiba-tiba saya dapat notification yang menyatakan iklan saya diluluskan oleh fb. Saya taknya staff saya dia orang ada buat apa-apa iklan ke? Rupa-rupanya scammer.
Esok pagi tu saya off kan terus iklan tu. Dahlah bermacam-macam orang dari pelbagai pelosok like, share dan komen. Risau betul saya. Mana taknya, dah kalau ada lagi buyer yang beli kasut dia tu, tapi scammer, mana dapat apa. Macam tu lah cara dia orang buat duit dengan tipu orang.
Macam sebelum ni saya selalu bagitahu pasal scammer emas, scammer forex atau scammer property kan! Tapi untuk kali ni saya terkena hack dengan scammer kasut sport nike. Saya tak tahulah siapa yang dah kena scam dengan orang ni. Tapi memang dah ada buyer. Maksudnya dah ada yang tertipu dan buat pembayaran pada hackers tu.
Hebat betul hacker ni buat duit. Gunakan fb pages saya buat iklan. Habis duit dalam kad kredit saya kena bayar iklan-iklan dia. Bukan satu iklan dia lancarkan, 3 iklan pula tu. Saya stop kan, dia buat lagi. Habis RM2700 duit saya waktu tu, dan mujur pihak Maybank cepat-cepat sekat kad kredit saya sebab tengok ada transaksi besar tanpa pengesahan saya. Itu pun sebenarnya hampir 5K juga sebenarnya kalau tak duit saya burn.
Sekarang ni saya dah buat report pada fb dan kena juga buat report pada Maybank. Lepas tu rasanya nak kena buat report polis juga lah.
Saya pernah dibagitahu yang hackers ni akan cuba untuk test skill dia. Mungkin bukan rezeki saya bila saya terkena. Apa pun, saya belajar dari perkara ni. Cuma harap dapat settle kan dengan cepat urusan-urusan buat report pasal hackers ni.
Saya pun tak tahu sama ada orang dalam Malaysia atau orang luar. Tapi kalau awak (hackers) orang yang memerhatikan saya dari dulu, saya harap awak insaflah. Lebih baik awak gunakan ilmu awak tu untuk sesuatu yang lebih bermakna dan berguna untuk negara. Bukan macam ni caranya kalau nak buat duit. Datang kelas saya belajar trading gold.