Apa yang korang nak dari trade ni?
Jika soalan sebegini yang ditanyakan, saya pasti akan ada bermacam-macam jawapan yang akan muncul. Bahkan jawapan yang tidak masuk akal juga akan ada yang utarakannya. Percaya tak cakap saya?? Kalau saya tanya korang, apa pula jawapan korang??
- Saya nak jadi jutawan!
- Saya nak cepat kaya!
- Saya nak berhenti kerja terus!
- Saya nak trade dengan modal ciput, tapi saya nak untung besar!
- Saya tak nak trade, boleh tolong trade untuk saya?!
- Saya tak nak rugi langsung, boleh tak?!
Jawapan korang yang mana satu? Ada seperti yang saya senaraikan kat atas ni tak?
Kalau ada, maknanya mind set korang dah salah faham tentang trading ni sebenarnya. Asalnya trading ni sebenarnya merupakan salah satu jalan alternatif lain untuk korang buat duit sama ada setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan. Dan korang boleh keluarkan wang keuntungan trade korang bila-bila masa.
Salah Faham Trading
Tapi, tak ada istilah korang boleh jadi jutawan jika korang baru aje terlibat dengan trading ni. Melainkan korang pump duit berjuta-juta dalam tu, baru korang boleh kaut keuntungan beribu dalam tempoh masa yang singkat. Kalau tak, korang kena ikut step yang sama seperti yang lain iaitu dapat duit, korang kembangkan ke tempat lain seperti property, fixed deposit dan lain-lain.
Saya memang jenis pantang sikit dengan orang yang nak untung besar tapi nak modal tu celah gigi aje. Korang ingat trade ni judi ke? Kalau korang anggap macam tu, jatuh haram lah trade ni untuk korang. Nak trade kena ada ilmu, kena follow rules dia, ada money management yang korang kena ikut. Bukan korang boleh main hentam macam tu aje.
Macam Bisnes
Ikut sistem perniagaanlah juga. Kalau korang labur sikit, memang kecillah keuntungan yang korang dapat. Tapi kalau korang labur banyak, ada lah banyak sikit korang dapat. Tapi masih tetap bukan 100% keuntungan dalam satu masa.
Ada ke korang tengok orang bisnes ni untung 100% dari modal dia labur dalam waktu singkat? Tak ada kan?? Macam tu jugalah trading ni. Untuk dapatkan sepenuhnya modal yang korang labur tu, memang akan masa.
Sebab tu juga benda trading ni korang kena buat sendiri sebab korang akan tahu macam mana perjalanan untuk dapat keuntungan tu. Bukannya korang bagi modal korang kat orang lain untuk trade kan. Sebab kalau korang tak dapat keuntungan yang korang nak, korang akan salahkan tukang trade tu menipu. Dan benda macam ni jugalah yang menyebabkan korang terjebak dengan scammer.
Kena Tipu
Orang yang malas, orang yang tamak, orang yang asyik fikir nak cepat kaya, memang dia orang ni orang yang jenis akan kena scam aje dengan scammer. Sebab sifat korang itu sendiri yang minta untuk di scam orang. Scammer pun nak cari jalan mudah untuk dapat duit. Dan yang mudahnya tipu korang lah.
Isu scammer ni dah banyak dah berlaku. Saya pun dah banyak post pasal scammer ni dan tips-tips dia. Sama ada korang ambil cakna atau tak aje dengan apa yang disampaikan.
Zero Losses
Selain isu scam, ada juga orang yang trade sendiri. Tapi pemikirannya lain sikit. Sebab apa saya kata lain? Sebab dalam otaknya cuma fikir trade nak untung aje dan tak nak rugi langsung. Bila untung, seronoklah berjoli sana sini. Tapi bila rugi, mulalah salahkan orang lain atau menuding jari ke sesiapa yang dia nak termasuk gurunya. Kononnya ajaran gurunya salah. Tapi masa dia untung tak ada pula dia fikir ajaran gurunya salah? Haa..
Ini satu lagi mind set yang tak betul yang dah tertanam dalam otak beberapa orang trader. Saya tak kata student saya, tapi mungkin minoritinya ada yang macam tu. Walaupun bukan trading, ilmu lain sekali pun. Tetap ada juga yang berpemikiran sebegitu.
Sebelum tu, pernah tak korang terfikir pasal investment atau bisnes??
Pernah tak korang tengok orang yang buat investment atau bisnes ni yang tak ada loss?? Yang zero losses?? Yang 100% untung je?
Haa.. Sebab tu korang kena betulkan balik mind set korang. Kenalah berfikiran realistik sikit. Sebab dalam apa pun yang korang lakukan, bisnes ke, investment ke, memang akan ada untung dan akan ada rugi. Cuma macam mana korang nak kawal kerugian tu supaya dapat jadi kurang aje yang boleh. untuk hilangkan terus memang tak boleh.
Sebab apa??
Sebab dah memang macam tu adat resam berniaga atau melabur.
Kalau korang tamak, korang tak follow rules yang ditetapkan, korang tak jaga money management dengan betul, bukan setakat trading boleh MC, bisnes atau investment pun boleh lingkup tau. Sebab itu untuk berjaya banyak ilmu yang korang perlu pelajari terlebih dahulu. Bukan hanya sekadar 1 ilmu. Tapi juga ilmu-ilmu yang bersangkut paut dengannya juga.
Semoga perkongsian saya ni boleh membuka minda korang untuk berfikir secara realistik. Dan untuk korang perbetulkan kembali mind set korang supaya berdiri atas mind yang betul.
Kalau korang rasa posting saya ni bermunafaat, kongsikan pada rakan korang yang lain. Jangan simpan ilmu tu sorang-sorang.
.
.
Salam Sayang,
Ir Sofian