Minggu lepas saya telah melangsungkan satu contest untuk sponsor beberapa orang ke kelas Trade Gold For Moeny (TG4M) pada 25 November 2018 ini di Shah Alam..
Setiap contestant perlu share posting saya, beri komen kepada AJL kenapa saya perlu pilih mereka dan komen DONE PM di ruang posting saya tersebut.
Saya bagi masa satu minggu sahaja untuk contest tersebut. Hasil screening dan teliti yang mana satu okay, malam tadi saya buat satu live di fb pages saya untuk umumkan pemenang-pemenang tersebut.
Sebenarnya saya nak sponsor ni adalah sebagai CSR saya kepada mereka yang betul-betul memerlukan guideline saya untuk ubah taraf kewangan mereka. Diambang krisis ekonomi dunia ni, saya tahu bagaimana susah dan struggle nya orang sekarang untuk survive dalam hidup.
Saya juga pernah hadapi situasi yang sama dulu. Cumanya bagi saya, tak ada ilmu yang percuma. Sebab tu saya akan cuba sedaya upaya untuk join apa-apa program yang boleh tambah ilmu saya. Sekarang saya sudah ada di atas, jadi saya juga perlu tolong orang lain untuk hadapi waktu-waktu mereka pula.
Macam ni lah kehidupan. Kena saling bantu membantu supaya bukan setakat kita aje yang berjaya. Kalau boleh biar semua orang turut berjaya. Selagi mana anda tak malas untuk timba ilmu, tak malas untuk buat latihan, tak putus asa untuk terus berjaya.
Saya ucapkan tahniah kepada yang berjaya dapatkan sponsor dari saya untuk ke kelas TG4M pada 25 November ini. Insyaallah, CSR saya ini akan saya jalankan lagi pada tahun hadapan. Semoga apa yang saya lakukan ini dapat membantu insan lain yang dalam kesusahan.
Dalam live saya tu juga saya ada kongsikan berkenaan pelaburan. Anda boleh tonton semula di sini..
Jommm, nak share tentang keadaan pasaran terkini.& RM 9000 milik siapa ?
Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Khamis, 15 November 2018