Hi Traders..
Masih lagi mengikuti perkembangan saya di blog saya ni?
Planning 2019
Tak sangka kejap aje kan masa berlalu. Sekarang ni pun dah nak akhir bulan November. Tinggal 1 bulan je lagi kita di tahun 2018 sebelum kita melangkah ke tahun 2019.
So, planning untuk tahun 2019, saya dan AJL ada buat perancangan dan ada beberapa program yang akan ditukar serta ada program baru bakal dilancarkan.
Oleh sebab AJL pun dah hampir nak masuk tahun ke-10, kenalah bergerak seiring dengan permintaan semasa. Walaupun bab education.
#STSOn9
So, antara perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 ini adalah program advance Simplified Trading Signal (#STS) bakal ditukar daripada bentuk kelas dan belajar face to face kepada bentuk online, iaitu secara maya.
Wow.. Best tak?
Jika sebelum ni ramai yang tak dapat nak join program STS sebab tarikh yang ditetapkan tidak kena dengan jadual. Dan nilai program STS yang dijalankan selama 3 hari ini juga menjadi punca ramai yang hold dulu untuk belajar. Sebab nilai silibus STS tersebut yang tinggi, sebab tu AJL anjurkan di hotel.. Tapi, saya perlu bawa perubahan untuk tahun 2019 ni..
Program STS secara kelas
Perancangannya?
#PJJ
STS bakal dibuat secara online dengan trademark baru #STSOn9 dan harga untuk sertai STSOn9 yang bakal jadi silibus pembelajaran jarak jauh (PJJ) ini adalah jauh lebih rendah dari biasa. Saya buat potongan 50% dari harga asal STS.
Sebab apa?? Sebab untuk program 3 hari nanti saya nak gantikan dengan program baru yang jadi lanjutan program STS @ STSOn9 ni.. Iaitu Trade4Live yang mana merupakan lanjutan bagi program STS @ STSOn9. Selama 3 hari tu memang akan trade secara live dengan saya.
Dan program STS pula akan jadi seperti anda mengambil short course selama 1 semester iaitu 6 bulan. Akan ada assignment selepas beberapa minggu, dan juga akan ada final exam. Wow.. Macam belajar kat Open University pulak kan..
Saya memang nak bawa AJL sebagai Akademi yang bergerak lebih maju lagi dari sebelum ini. Mungkin belum lagi mampu untuk ada kolej sendiri, tapi silibus yang ada memang dah perfect seperti silibus PJJ tau..
Saya percaya, jika AJL boleh lahirkan ramai trader berjaya dari program STS sebelum ini, untuk tahun 2019 nanti akan ada lebih ramai lagi yang akan berjaya dengan STSOn9..
Bahkan jika anda duduk jauh di ceruk Afrika pun anda boleh mempelajari STSOn9 ini asalkan anda register dan ada jaringan internet di sana.
Self Sabotage
Jangan biarkan diri anda terus menerus memberikan 1001 alasan lagi. Sebab sampai bila anda nak Self Sabotage diri anda sendiri dengan mindset yang negatif dan pemikiran yang jumud. Kita sekarang dah duduk di alaf 2020.. Bahkan tahun 2020 pun dah tak jauh aje lagi. Krisis ekonomi dunia pun bakal menghampiri. Banyak yang dah hilang pekerjaan dan masih ramai lagi yang menganggur. Mungkin bukan anda.
Tapi, apa kata anda jadikan tahun 2019 ini sebagai satu azam baru untuk anda melakukan anjakan paradigma bagi diri dan keluarga anda? Kadang-kadang kita mungkin tak terfikir apa yang akan jadi pada diri kita jika kita melakukan perubahan.
Tapi, jika kita tak berubah langsung, tak ambil sebarang tindakan, tak usahlah berfikir, sebab memang kita takkan capai pun. Kita tetap akan duduk ditakuk yang sama sampai bila-bila sambil melihat kejayaan orang lain satu per satu.
Saya kalau boleh nak semua orang berjaya. Mampu keluar dari kemelut kewangan. Dan mampu untuk mencapai hajat dan impian masing-masing.
***
Salam Sayang,