TG4M Terakhir 2018
Semalam program Trade Gold For Money (#TG4M) adalah yang terakhir kalinya untuk tahun 2018 ini. Walaupun keadaan hall yang selalu saya gunakan dalam keadaan renovate, tapi program TG4M tetap juga dijalankan seperti yang dirancangkan. Cuma ia tidak diadakan di hall, tapi di bilik meeting office AJL.
Setelah 4 tahun TG4M ke udara dan untuk TG4M kali yang ke-42 ini, saya rasa sangat puas hati dengan apa yang saya dapat sharing kan dalam kelas TG4M semalam.
Sepanjang tempoh 4 tahun ini jugalah banyak pengalaman manis yang saya dapat dan juga berbagai ragam dan gelagat pelajar yang saya lihat.
Bila saya ingat kembali semua moment-moment tu, terasa syahdu pula bila lihat kejayaan demi kejayaan para pelajar. Perubahan pada kehidupan mereka selepas mengikuti program saya tu yang memang sangat mengharukan.
Kisah Pelajar
Anda bayangkanlah…
Ada 1 kes alumni yang dahulu masa mula-mula masuk program tiada duit. Tapi disebabkan keinginan dan burning desire yang sangat tinggi, dia sanggup buat installment dengan AJL disebabkan pada ketika tu dia masih lagi pelajar IPTA. Baguskan? Muda-muda lagi dah ada kesedaran untuk mencaril ilmu jana pendapatan di saat kawannya yang lain sibuk lagi bermain game ketika ada masa lapang.
Sekarang ni, dia dah habis belajar dan tinggal bersama ibu bapanya di Kelantan dan jadi Full Time Trader sambil-sambil tolong bisnes adiknya. Bia dia datang ke KL, dah boleh bawa parent nya sekali naik kapal terbang dan sewa hotel yang dia sendiri sponsor segalanya.
Dalam 1 kes yang lain pula, sebelum ini dia terpaksa berhenti kerja disebabkan mempunyai masalah kesihatan yang tidak membolehkan dia bekerja. Selepas dia masuk program ini dalam tempoh 6 bulan dia pulun giler belajar. Kalau orang lain buat praktis satu dua jam aje satu hari, dia pula siap tidur dengan chart masa tu. Punya struggle belajar dan fahamkan ilmu yang dipelajari.
Sekarang ni dia dah boleh dapat ‘gaji mingguan’ yang bersamaan dengan ‘gaji bulanan’ dia sebelum ni. Dan dia juga mempunyai masa yang fleksibel untuk melayan kerenah anak-anaknya yang sedang membesar.
Sebenarnya banyak lagi kes-kes kejayaan pelajar-pelajar yang lain. Pada saya kejayaan ini adalah milik semu aorang. Selagi mana masing-masing ada mempunyai IMPIAN untuk BERJAYA dan ditambah lagi ada KEAZAMAN dan BERUSAHA sungguh-sungguh, kejayaan pasti menjadi milik mereka.
Bagi saya tiada formula MAGIC atau campur aduk sihir (ala yang macam selalunya amalan orang yang buka kedai makan) untuk kejayaan mereka. Sebab dalam bidang trading ni, jika mereka tidak berusaha, mereka tidak akan berjaya.
Saya dan AJL hanya menjadi ASBAB sahaja untuk kejayaan mereka. Allah telah berikan ilmu trading kepada saya untuk saya salurkan kepada ‘mereka yang terpilih’ ni. Sama juga situasinya dengan Allah berikan saya projek dan payment untuk saya salurkan rezeki tersebut kepada pekerja-pekerja setia saya. Dan sama juga kesnya dengan Allah berikan kita semua yang menjadi ibu bapa rezeki sebagai nafkah untuk menyara anak-anak yang disayangi.
Mudah aje kan hukumnya!!
Itu semua adalah kerja Allah. Kalau Allah nak bagi kejayan kepada seseorang itu, Kun Fa Ya Kun, maka jadilah ia.
Ia bagaikan orang yang ‘sakit’ lah senang cerita. Jika sebelum ini kita jenuhlag mencari tempat untuk berubat dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain. Orang kita cakap, masih belum ‘rasi; dengan tempat berubat tu, sebab tu belum dapat lagi kesembuhan.
Tapi bila Allah dah gerakkan kita jumpa 1 tempat berubat @ klinik tu, yang kadang-kadang tempat tu juga adalah laluan kita tiap-tiap hari, bila nak baik tu, baiklah. Semua tu kan kerja DIA> Aturan kehidupan semua DIA yang aturkan!
Saya tahu ramai lagi yang ‘sakit’ dalam bidang trading ni. Ada yang masih mencari-cari lagi guru untuk menyelesaikan masalah trading yang dihadapi. Mencari solusi dan cara terbaik untuk trading. Cuma ada yang cepat aje jumpa dengan gurunya, dan ada pula yang terpaksa lalui jalan yang panjang dalam trading, makan bertahun-tahun baru jumpa yang rasi.
Namun saya percaya, getaran atau vibration pada tahun 2019 ini sudah terasa untuk Allah izinkan saya groom lebih ramai lagi trader untuk berjaya.
Semoga nanti Allah izinkan saya berjuma pula dengan anda pada tahun hadapan untuk kita sama-sama enjoy belajar dan menikmati hasil wang dari pembelajaran tersebut.
Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada team AJL yang cuba memahami apa perjuangan yang saya cuba bawakan demi bangsa dan agama yang tercinta. Dan cuba sedaya upaya untuk merialisasikan cita-cita saya dan bantu lebih ramai orang lagi keluar dari kemelut masalah mereka.