Seperti biasa bila dah nak akhir tahun saya akan pergi mengerjakan umrah. Jika tahun lepas saya ada bawa anak-anak saya bersama. Tapi untuk kali ini saya bersama isteri aje. Anak-anak kalau nak pergi pula lagi lepas ni dia orang kena pakai duit sendiri pula.. Baru ada value yang dsuntik pada mereka. 

Ramai yang bertanya kenapa saya tiap tahu mesti pergi mengerjakan umrah. Bagi saya yang bekerja sebagai businessman ni, banyak tanggungan yang saya nak kena tanggung. Apa salahnya kalau dapat sekali je setahun saya buat acara mengasingkan diri untuk Me & His Time kan!

Waktu ini lah saya nak mengadu habis-habisan pada si Dia Pencipta kita semua. Saya nak bermunajat dan berdoa di Mekah dan Madinah supaya segala perancangan saya berjalan lancar dan saya dapat capai apa yang dirancangkan. 

Saya rasa orang yang ada banyak tanggungan macam saya  ni akan faham apa yang kami sebagai usahawan ni hadapi. Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil ni. Dan banyak orang dibuang kerja. Kalau boleh saya nak syarikat saya masih kukuh di saat genting dan saya tak nak pekerja-pekerja saya hilang punca pendapatan. Masa umrah inilah saya nak doa dan mohon padaNya sebab bila kita doa ditempat yang mustajab ni, InsyaAllah, akan diperkenankan.. Cuma cepat atau lambat aje..

Kali ni saya pergi umrah bukan sekadar umrah aje. Tapi saya ambil pakej yang ziarah mesir sekali. Banyak tempat-tempat menarik yang saya lawati termasuklah Piramid Firaun, Muzium Firaun, Bandar Iskandariah, Kota Alexandria, Masjid Salahuddin Al-Ayubi dan banyak lagi. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan kan..

Saya nak kongsikan dengan awak semua pengalaman yang saya dapat kutip semasa ziarah mesir ni. Semoga awak juga dapat datang ke sini suatu hari nanti..

Piramid Firaun

 

Pasar Buah

 

Ladang Kurma

 

Muzium Firaun

 

Kota Iskandariah

 

Kedai Kopi

Masjid Nabawi

Sambil-sambil ziarah tu, ada masa saya buat live dengan pembeli buku Teknikal Analsis saya. Menyempat lagi kan! ha ha ha.. Ni waktu saya live ni baru pukul 4.00 pagi kat Mesir.

Selain gambar-gambar ni, saya juga nak kongsi dengan awak video yang saya ada ambil semasa ziarah Mesir ni. Saya ada post di fb saya sebelum ni. Mungkin awak dah tengok atau mungkin terlepas. Apa kata saya  share balik kat sini kan..

Pandangan dalam Masjid Salahuddin Al Ayubi yang terletak di puncak bukit yang juga kubu pertahanan suatu masa dahulu.

Saya nak kongsikan pemandangan indah dalam Masjid Salahuddin Al Ayubi.Terletak di puncak bukit yang juga kubu pertahanan suatu masa dahulu.Enjoy.....#irsofian

Posted by Ir. Sofian - Jutawan Logam on Jumaat, 7 Disember 2018

 

Perjalanan menuju bandar iskandariah. Ziarah bumi anbiyak. Ust Fatah yang kelola ni.

Ziarah di bumi Ambiyak.Ust Fatah

Posted by Ir Sofian on Khamis, 6 Disember 2018

 

Pusing-pusing dalam Muzium Firaun tengok mumia hidup nak??

https://www.facebook.com/IrSofianFan/videos/203893703828593/

 

Macam mana??

Best tak perkongsian saya ni??

Apa kata awak pun kumpul duit untuk pergi sini.. Kalau kita boleh laburkan duit kita untuk makan makanan sedap-sedap, beli baju, kasut, handbag berjenama, apa salahya kita menabung duit kita tu untuk pergi ke tanah suci dan ziarah tempat bersejarah ni??

Lepas ni awak pula boleh kongsi dengan saya dan kawan-kawan awak yang lain pula. 

 

Salam Sayang dr Madinah,

Ir Sofian

 

 

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.